بسم الله الرحمن الرحيم
Kalau dahulu, untuk beraktiviti lama2 di luar rumah bersama anak2 adalah perkara yang mudah dan sering dilakukan. .
Tapi sekarang, memandang semua sudah bersekolah, masa untuk beraktiviti di luar rumah agak terhad.
ALhamdulillah, cuti hari Raya AidilAdha beberapa hari ini sempat kami luangkan masa setengah hari (hari cuti yang terakhir) untuk beraktiviti dengan anak. Hari2 awal cuti pula sibuk dengan persiapan hari raya dan anak2 pun sibuk sama mengikut tengok abahnya sembelih binatang2 korban....
Inilah aktiviti yang kami lakukan:
Menggunakan water colour yg lama dok dalam almari je...
Baju plastik yg Abbudey pakai ni adalah atas permintaan Abbudey sendiri. Dia yg potong sendiri. Ajaibnya macamanalah dia boleh ingat yang saya pernah buatkan baju plastik ini untuk dia. Sbb saya pernah buatkan utk anak2 sekali sahaja di sini: http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/06/berkenalan-dengan-water-colour.html dan ketika itu, dia masih kecil lagi... tak sekolah lagi rasanya. Macamanalah dia boleh ingat lagi baju plastik ni. Dia pun bukan pernah buka dan baca blog ni... MasyaALLAH...kuatnya ingatan kanak2 kan?! |
Memang adik sangat meminati aktiviti ini. |
Idea baru.. warnakan batu2 yang diambil dari taman kecil baba |
siap seekor ladybug batu! |
dua ekor ladybugs hasil kretiviti anak ini |
Abbudey kata ladybug warna oren tu garang. tengok kening yang dia lukis tu... garang x? |
water color dah habis guna jelah kaler pensil pulak Abdullah cuba utk warnakan ladybug batu. jeles dengan ladybug yg abang buat |
mukanya sudah tercalit water colour |
Selepas siap beraktiviti, meja batu ini perlu dibersihkan dari palitan2 water colour |
membasuh meja |
makan ketupat palas selepas siap bersih membersih... |
Alhamdulillah.... dari bangun tidur sampai ke zohor mereka beraktiviti di luar rumah....Alhamdulillah masih ada masa berkualiti dengan anak2...moga berkekalan nikmat kurniaan ALLAH ini....
KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK
KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK
No comments:
Post a Comment