**Moga ada yg mendapat inspirasi dari tulisan ini. amiinn..
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah kami sekeluarga termasuk Abdul Rahman berjaya menunaikan ibadah Puasa Arafah pada hari ini...
Alhamdulillah..satu permulaan yg baik utk Abdul Rahman berpuasa sunat. Doakan semoga dia dapat istiqamah amalannya dan beroleh husnul khatimah..Amiinn..
Sebenarnya Abdul Rahman berpuasa Arafah bukan atas suruhan apatah lg paksaan daripada kami...Ini adalah pilihan darinya sendiri. Kami hanya merancang untuk bangun sahur bersama dan AbdulRahman kata dia pun nak join sahur dan puasa sekali...
ALhamdulillah..Kami juga menceritakan kepada Abdul Rahman kelebihan berpuasa Sunat Arafah yg hanya ada SEHARI SAHAJA dalam setahun. Dan bersiap sedialah dengan soalan cepumas dari anak kecil ini, antaranya:
1- Budak kecik mcm abang ni pun Allah ampunkan dosa tahun ni dan tahun depan ke?
2- Kalau orang yang tak puasa hari ini, ALLAH tak ampunkan dosa dia ke?
Sebelum2 ni Abdul Rahman selalu juga minta untuk join sama puasa sunat isnin khamis, tp saya tak galakkan kerana takut dia keletihan di sekolah nanti... Tp masa Bulan Ramadan hari tu puasa time sekolah juga....errrr...
Alhamdulillah juga kami sekeluarga dapat bersama2 masyarakat di Kuala Ketil berbuka puasa sunat arafah di Masjid Kuala Ketil...ALhamdulillah ramai yang sedar kelebihan Puasa Arafah yg pernah saya catat di sini dan juga di sini. Ramainya yang datang berbuka puasa di Masjid Kuala Ketil hingga tak cukup tempat duduk..Kalau yg berbuka di masjid pun seramai ini, di rumah masing2 tentu lg ramai (optimis)..ALhamduillah...Moga ibadah2 seumpama ini terus mekar dalam hati masyarakat kita.
Abdul Rahman berbuka puasa di Masjid Kuala Ketil. Segan nak tangkap gambar orang ramai, tangkap gambar anak sendiri pun myorok2 |
Muka budak yang puasa Arafah buat kali pertama ...Alhamdulillah..Moga istiqamah hendaknya |
Moga beroleh keberkatan hari Arafah...amin! |
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KAMI DI BLOG CINTA-RASUL MOGA IBADAH QURBAN KITA DITERIMA ALLAH DAN KEHIDUPAN KITA SEMUA SENTIASA DALAM KEBERKATAN DAN REDHO ILAHI... |
No comments:
Post a Comment