Monday, October 8, 2012

I love Al-Quran, and you?

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku ini adalah antara buku2 yang saya suka dan saya selalu sarankan kepada peserta SEMINAR LANGKAH MUDAH DIDIK ANAK HAFAZ AL-QURAN untuk membacanya.

Sebuah buku yang bagus dan santai sahaja

bukunya

isi kandungannya

harganya


Buku ini amat memberi keinsafan bagaimana sikap kita sebagai ummat Islam dengan AL-Quran.

Adakah kita membacanya saban hari?

Kalau bukan kita orang Islam yang membacanya, siapa lagi yang naka membacanya?

salah satu kisah yang menarik dengan kartun yang menarik
Gamabr di atas ini adalah mengisahkan tentang seorang cucu yang bertanya kepada datuknya kenapa kena baca AL-Quran setiap hari tapi dia tak faham pun?

Datuknya tak jawab pun. Datuk dia bagikan sebuah bakul (bekas tempat letak arang yang dah kotor hitam dengan debu arang) dan datuknya minta cucunya ambik air dari sungai yang jauh dari rumah mereka dan bawa air itu ke rumah.

Banyak kali cucunya mencuba, tapi gagal kerana manalah boleh bakul nak tadah air. Dan setiap kali juga, datuknya suruh cucunya cepat lagi supaya air itu dapat sampai ke rumah. Tapi masih gagal.

Cucu dia rasa sia-sia je buat kerja tak berfaedah macam tu.

Akhirnya datuknya menjelaskan motif dia suruh lakukan sedemikian. Datuknya minta cucunya melihat bawah bakul tersebut.

Bawah bakul itu dah bersih dan debu2 arang tu dah hilang.

Begitulah perumpaan orang yang membaca AL-Quran. Walaupun tidak faham, tapi ia dapat menyucikan hati.

Tapi mesti ada usaha untuk faham. Tafsir Quran dalam bahasa melayu banyak sekarang ni. Sampai dalam handphone pun ada aplikasi al-quran dengan tafsir..


beza ketika kecil dan besar.
Kecik2 dulu p masjid mengaji quran.
Bila dah besar, quran pun x kenal
agak sadis, tp itu realiti

Tempat Al-Quran hari ini:
1- berdebu atas almari
2- guna masa angkat sumpah jawatan
3- simpah elok2 dlm almari mahal
4- menjadi hantaran

ITU SAHAJA!
Semoga kita semua dapat istiqamah dalam mebaca al-quran setiap hari.
AMIN.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...