بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah pagi tadi berpeluang untuk menyertai Kursus Cepat Membaca Perdana Bacalah Anakku & ReadEasy di Dewan Omar Mokhtar, atas RFC Lagenda Height.
Saya mendapat maklumat tentang kursus dari FB ReadNetwork bulan lepas dan terus transfer $20 duit pendaftaran ... Semuanya secara online.... (alhamdulillah...senangnya urusan).
Mendapat maklumat dr sini http://www.facebook.com/readnetwork?fref=ts |
Sangat memberi inspirasi kan?
Mengajar anak sendiri sebenarnya boleh memberi kita banyak idea tentang pendidikan awal kanak2. Banyak yang naluri ibu boleh terokai tentang pendidikan awal kanak-kanak bila mendidik anak2 sendiri.
Rasa-rasa macam sama dengan pengalaman siapa ye?
Macam Puan Lina Karim kan?kan? kan?
jauhnya la tangkap gambar |
1- Cara mendidik anak perlulah ceria dan happening... bersungguh2 Puan Nik Eliani menunjukkan gaya2 ceria dan kelakar untuk mengajar anak menyebut huruf.... barulah anak2 (anak didik) tak mengantuk.
2- Ibu bapa perlu mainkan peranan kalau mahu anak2 cepat membaca. Kena bekerjasama walaupun cikgu2 dah mengajar di sekolah.
3- Kursus ini juga sangat meriah dan ceria. Yelah, nak ajar anak tadika membaca bagi tak boring. Dan kebanyakan pesertanya adalah dari kalangan cikgu2 tadika dan sekolah rendah. Ada juga ibu bapa yang ingin mecari ilmu untuk mengajar anak2 sendiri.
4- banyak idea untuk mendidik anak2 yg dapat dr kursus ni..Tinggal samada nak buat atau tidak je...Moga2 ALLAH permudahkan untuk mengamalkannya.
5- Bukan anak2 sahaja yg perlu masuk kem-kem cuti sekolah, atau kursus2 musim cuti sekolah, tapi ibu bapa juga perlu menambah ilmu keibubapaan (parenting) , motivasi yang boleh dapat dari seminar2 keibubapaan dan group2 yang boleh menambah ilmu, motivasi dan teknik mendidik anak2 .Sangat memberi inspirasi...
ketika cabutan bertuah |
file dan nota kursus |
bukti kukuh telah menyertai kursus ini |
hadiah (badge) yg dpt bersama nota |
Hari ni sertai seminar cepat membaca alhamdulillah dapat sedikit sebanyak idea dan inspirasi untuk buat presentation di Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al-Quran di DEWAN KISMEC, Sungai Petani, Kedah bulan depan...Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye... =)
untuk maklumat lanjut ttg seminar ini, boleh lah layari: http://www.islamicparentingnetwork.com.my/E+Book |
No comments:
Post a Comment