بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah...berikut adalah sedutan rakaman bacaan hafazan anak2, Abdul Rahman (6 tahun) dan Abdullah (4 tahun) dalam Seminar Didik Anak Hafaz Al-Quran anjuran Islamic Parenting Network yang diadakan di PPAS, Shah Alam pada 15/9/2012
Alhamdulillah...syukur kepada ALLAH yang telah memberikan kekuatan dan keberanian kepada anak2 untuk menyampaikan hafazan di khalayak ramai. Moga Istiqamah hendaknya.
Alhamdulillah juga setakat hari ini, surah anak2 yg dah hafaz ialah:
ABDULRAHMAN:
- Annas hingga Annaba' (juz 30).
-Al-Mulk, AL-Qalam, Al-Haaqah, Al-Maarij, Nuh, Al-Muzzammil, AL-Muddathir, Al-Qiyamah, Al-Insan (juz 29).
-Al-Mujadalah, Al-hasyr, Al-Mumtahnah, As-Soff (juz 28)
- Yasin
ABDULLAH:
- Annas hingga Al-Ghasyiah, Annaba' (Juz 30)
-Al-mulk, Al-Qalam, Al-Haqqah, Al-Maarij, Nuh, AL-Muzzammil . (Juz 29)
-Yasin
Doakan moga anak2 ini sentiasa rajin dan istiqamah dalam menghafal dan mengulang AL-Quran.
Alhamdulillah juga setiap malam (selepas Maghrib dan makan malam), anak2 akan sama mengulang dan menghafal ayat2 baru bergilir2. Bila abang baca, adik pergi main. Bila adik baca, abang pergi main.
Abang baca 2 surah, pastu pi main. Adik pulak ganti baca 2 surah, pastu pi main. Abang pulak baca.... Begitulah sampailah penat... Kerana anak2 ini tak boleh nak disuruh baca banyak2 dalam satu masa. Dia jadi cemuih. Bila dia main tu, macam dia cas semula power dia. Begitulah dengan Abdullah dan Abdul Rahman.
Anak2 anda macamana pula? Jom kongsi cerita.
Sayang sekali dalam kedua2 seminar di PPAS, Shah Alam dulu, kami sekeluarga tidak sempat nak ikuti slot Puan Lina Karim dan suami =( kerana terpaksa bergegas pulang. Sekali sebab ada kenduri, dan pada 15/9 pula sbb baba ada forum selepas Maghrib hari tu juga..
Jadinya, lepas slot kami habis pada pkl 12, terus pecut ke Kedah.... sampai rumah pkl 5. Pkl 7 pula terus baba pi forum di Penang....Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....ALHAMDULILLAH...
InsyaALLAH moga2 pada seminar yang akan diadakan di Kedah pada 17/11/2012 kami berpeluang untuk sama2 mendengar slot dari Puan Lina Karim sekeluarga, InsyaALLAH.
Jom bersama kami dalam seminar ni, klik website ini untuk maklumat lanjut:
http://www.islamicparentingnetwork.com.my/E+Book
Assalamualaikum...ustazah, bagaiLmana cara saya nak menjemput puan Lina Karim untuk slot ceramah? ada no. contact tak
ReplyDeleteWaalaikumussalam
DeleteBoleh emel Puan Lina Karim di:
linakarim2@gmail.com