Friday, December 7, 2012

Menghadiri Bengkel Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad S.A.W

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah rasa amat bersemangat apabila ilmu bertambah selepas menghadiri seminar yang memberikan teknik2 baru dan menarik.

Baru beberapa minggu lepas diberi rezeki menghadiri Bengkel Keluarga Ibu Kool Ayah Hebat SECARA PERCUMA!, ALhamdulilah minggu ni diberi pula rezeki menuntut ilmu dengan Ustazah Siti Khadijah (USK) dalam Bengkel Mendorong Pelajar Corot Gaya Nabi Muhammad SAW yang dianjurkan oleh Tahfiz Mutmainnah untuk guru-gurunya

MASYAALLAH! Banyak ilmu dan teknik yang diperolehi dalam Bengkel setengah hari ini. Dan banyak perkara lazim yang kita lakukan seharian yang perlu kita betulkan.

sumber: google image
boleh beli di sini:
http://downloadilmu.com/shop/

sumber: google image
boleh beli di sini:
http://downloadilmu.com/shop/
Sebenarnya saya sudah biasa membaca tentang teknik kaunseling gaya Nabi Muhammad SAW dari FB Puan Ainon Mohd, selalu menonton video Puan Ainon yang padat dengat tips dan informasi seperti di sini dan saya juga sudah beli ebooknya, tapi apabila menghadiri bengkel ini, rasa sangat puas dengan pengisiannya. Ditambah pula dapat peluang untuk bertanya segala kemusykilan yang bersarang dalam kepala. Puas hati dengan jawapan dari USK.

Dan juga adakalanya cerita-cerita pengalaman yang disampaikan oleh Ustazah Siti Khadijah amat menyentuh hati peserta bengkel. Ada yang sampai menitis air matanya.

Banyak tips yang bagus2 boleh didapati dari FB Puan Ainon Mohd setiap hari
Untung subscribe FB orang2 yang seperti ini, banyak ilmu yang dapat
sumber: DI SINI

Tentulah, Teknik mendorong pelajar gaya Nabi SAW ini walaupun sudah selalu dibaca hadisnya, tapi mengetahui tekniknya bagai mengetahui satu perkara yang baru. Banyak persoalan dan keraguan yang perlukan penyelesaian.
Nota emas yang diperolehi dari bengkel tersebut


Walaupun bengkel telah berlangsung selama 4 jam, tapi masih rasa belum puas rasanya, rasa banyak lagi hadis kaunseling yang perlu belajar lagi. InsyaALLAH ada rezeki di lain masa, InsyaALLAH.

InsyaALLAH saya akan kongsikan lagi ilmu yang diperolehi dalam bengkel ini pada entri yang akan datang, InsyaALLAH.

Lagi perkongsian dari Puan Ainon Mohd
Sumber DI SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...