Sunday, December 30, 2012

Buku MUHASABAH tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku yang saya ingin kongsikan ini sebenarnya telah menjadi buku best seller dan tentu ramai yang sudah memilikinya. Ramai juga yang memuji tulisan Prof. Kamil dan sarankan buku ini.

ALhamdulillah, saya juga sempat habiskan baca buku ini beberapa bulan yang lepas.

dua buah buku yg dibeli online

Buku Bersyukur Saat Diuji adalah sambungan dari Buku Travelog Haji, Mengubah Sempandan Iman.

Gaya ayat dalam buku ini mudah dan santai. Ayatnya tidak bombastik. Mudah difaham dan berkesan dihati.

Pada mula saya baca komen orang tentang bagusnya buku ini, saya menidakkannya kerana saya tidak baca lagi buku ini.

Tetapi selepas membacanya, saya turut bersetuju bahawa buku ini sangat bagus untuk di baca.

belekang buku

harganya
Saya juga setuju dengan kata orang ramai bahawa buku tulisan Prof.Kamil selalunya ditulis ikhlas dari hatinya, kerana itulah ia mudah memberi kesan dalam hati pembaca.

Buku Bersyukur Saat Diuji menceritakan kisah ujian2 yang dilanda oleh Prof.Kamil sekeluarga dari ujian Banjir besar, ujian kesihatan, ujian kematian, ujian fitnah dan bermacam lagi.

Dan bagaimana beliau menghadapi ujian2 tersebut dengan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.


kata2 dari pembaca yang saya nafikan sebelum membaca buku ini dan
saya tarik balik penafian saya setelah membacanya. 


Buku Travelog Haji pula berkisar tentang cerita sebelum, ketika dan selepas Prof. Kamil,isteri, adik dan kakaknya menunaikan haji.

Jika anda telah memiliki buku Bersyukur Saat Diuji, tidak sempurna jika anda tidak beli buku Travelog Haji kerana buku ini ibarat kepingan cerita yang tidak dijelaskan dalam buku Bersyukur Saat Diuji.






Tidak hairanlah ramai yang menitiskan air mata saat membaca kedua buku ini. Kisah2 dan monolog doa penulis di dalam buku ini amat menyayat hati.

Bahkan banyak nasihat, pedoman dan pesanan yang disampaikan dalam KEDUA2 buku ini, antara yang terpenting ialah:

1- KEPENTINGAN SOLAT MALAM
2- KEPENTINGAN PUASA SUNAT
3- BERDOA KEPADA ALLAH SEPANJANG MASA
4- BERZIKIR DAN MENGINNGATI ALLAH PADA WAKTU SENANG DAN SUSAH
5- YAKIN DENGAN ALLAH.

Walaupun buku ini sangat santai, tetapi ia memberi BANYAK nasihat tentang penyucian hati dan jiwa, juga ingat supaya mendekatkan diri kepada ALLAH sepanjang masa.

Sangat kagum dengan dua buah buku ini.
Pastikan anda juga dapat membacanya.
Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...