Tuesday, December 4, 2012

Berehat sebentar di Penang (Episod 1)

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah beberapa hari lepas, kami sekeluarga sempat bercuti. Alah...jalan dekat2 je pun, di Penang je. Nak jalan jauh2 rasa macam lama je makan masa perjalanan, duit minyak dan tol lagi, penginapan lagi. Lagipun baru je ulang alik ke KL bulan lepas.

Nak berjalan ni tak boleh nak berkira duit sangat. jadi kalau bajet ciput, jalanlah dekat2 je...

Sumber: Google Image

Sebenarnya keputusan untuk bercuti ini pun dibuat dengan tiba2 je memandang hari2 yang akan datang mungkin akan lagi sibuk dengan persiapan Abdul Rahman nak masuk darjah satu dan persiapan buka sekolah pula. Dan juga amat sibuk dengan penulisan bahas dan 'buku baru' (mohon doa dari semua..)..

Macam dah kena ikat leher dengan laptop je.. Macam2 nak kena tulis. Dalam pada itu masih teruja nak berkongsi macam2 dalam blog... Adoyai

Kalau tak berjalan minggu ni, minggu depan mungkin takde masa dah.


Sumber: Google Image

Dan juga keputusan bercuti di Penang ni diambil sempena MERAIKAN abang Abbudey yang RAJIN BANGUN SUBUH2 DAN SOLAT DI MASJID dalam masa cuti sekolah ni (MasyaALLAH! satu usaha yang saya sentiasa pujinya kerana senang dikejut bangun Solat Subuh dengan Baba di Masjid. ALhamdulillah...Moga dapat istiqamah.)
Masjid Jamek Kuala Ketil
Sumber: Google Image

Sebelum2 ni biasanya Abang Abbudey Solat Subuh di rumah sahaja. Bangun pagi pukul 6.30pagi, mandi, Solat Subuh dan terus bersiap ke sekolah.

Percutian kami di Penang hanya memakan masa 30 jam sahaja. Dahsyat kan? Keluar rumah pukul 11 tengahari  dan balik rumah sampai ke rumah pukul 4 petang keesokkan harinya.

Sumber: Google Image

Walaupun baru tinggal rumah sehari sahaja, rasa macam lama sangat tinggalkan rumah.

                                  LAGI TEMPAT MENARIK YANG MESTI DILAWATI

OK. InsyaALLAH akan berkongsi tentang percutian 30 jam ini pada entry yang akan datang. (seronoklah pulak tengok Blog Ummu Muhammad yang buat entry berepisod2), tak payah nak taip panjang2.

Bersambung di episod kedua. =)
Baca episod akhir

2 comments:

  1. abng n adik hebat n hensem! tahniah abbudey..sejuk perut bace...mudah2an Allah sentiase mengiringi usahe mama n baba utk perintis generasi al-Quran! go abbudey! opss abdullah jugak!

    ReplyDelete
  2. AMIN...ALhamdulillah...seronok saya baca komen dari Ummu Muhammad. 2 orang putera Ummu Muhammad juga tentu jauh lebih hebat dengan semangat ibunya mendidik mereka!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...