Sunday, December 9, 2012

Berapa banyak nak beri anak dengar Al-Quran?

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH, kali ini saya ingin menjawab soalan di dalam tajuk entry ini:

Berapa banyak (lama)  nak beri anak dengar Al-Quran? Supaya mereka dapat menyerap bacaan AL-Quran itu dan mudah untuk hafaz Al-Quran.


Untuk menjawab soalan ini, saya ingin bercerita tentang berapa banyak alat audio di rumah kami yang telah rosak akibat terlalu kerap digunakan untuk memperdengarkan AL-Quran kepada anak2.

1- Yang pertama sekali rosak ialah sound laptop acer (orang kata laptop jenama acer memang cepat rosak, ramai yang membeli laptop acer, tentu mengadu tentang soundnya yang cepat jadi perlahan dan hilang terus soundnya berbanding sound laptop HP yang lebih tahan lama. Agak2 boleh kena saman dengan ACER  tak dengan komen begini)

2- MP3 yang rosak kerana dipasang terlampau lama sehingga baterinya menjadi kembung. Seingat saya ia dibeli di Syria dulu dengan harga 1000Lira Syria ($40) waktu zaman masa mula2 keluar mp3 dulu.
sebenarnya mp3 kami dulu cap ayam sahaja.

3- Sound/ Speaker yang dah berapa biji dah yang rosak.. Tapi selalu kami beli yang kecil sahaja supaya senang dialih dari bilik ke bilik. Biasanya harga bawah $50. Bukanlah speaker yang besar gitu.

selalunya kami beli speaker seperti ini.
Itulah yang jadi tapi tidak ada rasa menyesal pun sebab bukan rosak sbb guna utk bukan2. Tapi untuk bagi anak dengar AL-Quran SETIAP MASA HATTA BILA MASA ANAK TIDUR PUN.

Oleh kerana AL-Quran sentiasa dipasang, jadi TV telah dipinggirkan dan ditutup sepanjang masa.

Itulah yang dilakukan masa anak-anak kecil dahulu dan saya masih bergelar surirumah atas pilihan sendiri selepas setahun mengajar di Sekolah Menengah Agama Islah Pinang Tunggal (walaupun waktu tu gaji suami hanyalah $800 sahaja!)

sumber: google image
Waktu tu mmg tekad, kalau dapat baby, memang nak berenti kerja utk fokus kepada baby dan Abbudey sahaja kerana tahu betapa pentingnya usia baby ketika itu. Jadi surirumah sorang di rumah bukan ada orang nak menyembang. Jadi pasanglah AL-Quran SEPANJANG MASA dengan anak2.

Dan ketika itu jugalah saya diberi ilham utk membuat aktiviti homeschool bersama anak2.

comel sgt kan gambar baby tidur...


Abdullah dua tahun yang lalu....
(comelnya.... sekarang dah besar dah...sat jaaa rasa.... )


Kita boleh membantu Palestin dengan 8 tips praktikal ini
BERSEDIH SAHAJA TIADA GUNANYA
sumber: di sini

3 comments:

  1. Alhamdulillah berbaloi juga ya..semoga segala impian keluarga pemilik blog cinta rasul tercapai...amin

    ReplyDelete
  2. Saya beli radio yang ada USB(MP3), harga hanya 58.Radionya kecil sahaja dan ada bateri atau sambungkan di plak. Dalam USB adalah surah Al-Quran atau lagu2 Iqra yang saya download dr Youtube dan kemudian convert ke MP3. Saya boleh ubah2 kandungan2 dengan cara saya delete fail tersebut dalam USB. Saya rasa kosnya sgt jimat. Setakat ini saya gunakan malam sahaja sebab saya bekerja. Masih ok setelah guna selama 2 tahun.

    ReplyDelete
  3. MasyaALLAH radio yang berkat!
    Tahniah puan atas usaha puan.
    Saya doakan moga ALLAH sentiasa memberkati usaha puan sekeluarga. Amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...