بسم الله الرحمن الرحيم
Cuti sekolah tinggal 2 minggu lebih sahaja lagi je... wah! cepat sungguh masa berlalu....
Alhamdulillah, tujuan cuti sekolah yang memang untuk meluangkan masa bersama2 keluarga, bercuti bersama anak, bagi peluang utk mereka berseronok seketika di samping ibu bapa pula nak berehat sebentar dari bebanan kerja (walaupun setiap hari masih banyak kerja perlu dilangsaikan - udah namanya hidup, takkan kesudahan kerjanya kecuali selepas mati)
Percutian ini adalah separa mengejut berbanding percutian pertama yang mengejut yang saya tulis di sini.
Kenapa pula separa mengejut?
Sebabnya awalnya kami rancang percutian ini dan booking hotel di Tok Aman Bali, Kelantan pada hari Rabu dan Khamis (12 dan 13 december), tapi pada malam isnin, tiba2 baba mendapat kerja untuk menjadi pengurusi di Majlis bersama Sheikh Ali Sobuni di Masjid Matang Gedong, Sungai Petani pada malam Khamis nanti (insyaALLAH akan cuba kongsikan nanti)
Kami memilih Tok Aman Bali Beach Resort kerana tempatnya yang baru, menarik, dan pemandangan yang cantik. Tambah best lagi banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana khususnya untuk ANAK2. antaranya: 1- kayak. 2- berbasikal 3- paddle boat 4- swimming pool yang sangat luuuuasss 5- taman permainan 6- pantai 7- ada mini zoo dan mini taman rama2 di resort ini juga sumber: http://www.tokamanbali.com.my/ Maklumat lanjut, boleh baca di sini juga: http://www.cutikelantan.com/accomodation/tok-aman-bali-beach-resort/ |
Jadi, setelah perbincangan dan 'mesyuarat', pagi Isnin tu, selepas subuh, terus dibatalkan tempahan hotel yang lepas. Dan kami cuba untuk tempah hotel di Tok Aman Bali pada hari Selasa dan Rabu. Tapi semuanya penuh. Cuma ada kosong sehari sahaja pada Hari Isnin (hari itu juga).
Jadi kami buat keputusan, jom kita terus pi Kelantan... (haha)
ALhamdulillah, sampai juga selepas 5 jam buat keputusan |
Kata pekerja: resort ini baru setahun dibuka, kerana itulah tempatnya masih elok dan cantik! |
menuju ke swimming pool di hadapan sana |
Bilik yang luas...ALhamdulillah |
Kawasan belakang menghadap tasik tempat main kayak dan paddle boat. |
Seperti biasa: menguji kualiti katil! |
taman permainan kanak, di tepi resort |
swimming pool yg luas sgt (gambar google) yang seronoknya ialah, InsyaALLAH tidak akan ada yang berpakaian tidak senonoh di sini. itulah yang seronoknya! |
menuju ke tasik |
Abdul Rahman memilih basikal |
Mulakan aktiviti petang dengan mengayuh padle boat
sampai berpeluh adik |
Baba mencuba kayak sementara anak2 mengayuh basikal |
basikal untuk Abdullah (sewa je, bukan beli) |
anak2 seronok mengayuh basikal sampai Abang ABbudey minta nak kayuh lagi keesokkan harinya bersama baba. |
Abang Abbudey yang dah cekap mengayuh basikal dengan laju sekali. Sampai mama minta dia perlahan sedikit, takut pula kalau jatuh dalam tasik |
kawasan yang lebih selamat untuk kayuh basikal berbanding di tepi tasik tadi, tapi DILARANG ye! |
rasanya sangat selamat kalau kayuh basikal di sini. Abang Abbudey nak kayuh laju2 pun tak risau |
selesai kayuh basikal, main di playground pula |
Pergi pula ke playroom, bermain golf pula |
lakonan semata2 |
sebenarnya melompat sampai sakit pinggang! |
pergi ke pantai pula |
pantai di hadapan resort |
sarapan pagi |
dah sarapan pagi, bagi ikan2 pula sarapan |
LAGI TEMPAT MENARIK YANG MESTI DILAWATI
Keseluruhannya, resort ini memang sesuai untuk berehat, berseronok dengan anak2. Tempah awal untuk dapat harga sangat istimewa!
salam,
ReplyDeletemacam best la resort ni. kalau saya nak ke kelantan, insyaAllah nak ke sini :)
http://warkahdarimama.blogspot.com
Waalaikumussalam
ReplyDeleteMemang best...Kalau tempah awal mungkin boleh dapat harga lebih murah dari $180 untuk sebilik.
Banyak aktiviti untuk anak2. Cuma dia agak jauh dr KB. tapi takpe, waktu anak2 akan penuh dengan macam2 aktiviti di sini.