Thursday, December 13, 2012

Yey! Gedung shopping online yang penuh dengan diskaun dan penghantaran percuma!

بسم الله الرحمن الرحيم


Sejak menggunakan maybank2u, urusan membeli belah memang mudah. semuanya di hujung jari sahaja, cuma kena pandai kawal nafsu membeli belah.. orang perempuan kan suka membeli belah.

Saya juga selalu shopping secara online tetapi saya tak pernah shopping baju secara online, handbag, baju anak. Yang saya shopping online ialah BUKU ..(bosan x ?..haha)

Sempena dengan itu juga, dengar cerita MPHonline mengadakan promosi besar2an hujung tahun ini. Bolehlah sesiapa yg berminat, shoping buku secara online di sana.



Saya baru sahaja membeli 4 buah buku. (2 buku Puan Jamilah Samian dan 2 buku dari PTS) Jadi saya akan habiskan baca dahulu, baru akan membeli. Prinsip saya: jangan tamak membeli, nanti tak habis baca. Saya akan membeli lagi bila sudah habis membaca.

Ini adalah salah satu lagi gedung buku online yang saya suka.
http://pts.com.my/
http://www.bookcafe.com.my/my/

penuh dengan diskaun dan penghantaran percuma bagi pembelian $25 ke atas...

Wah... seroonoknya!
saya bercita2 untuk memiliki buku ini!
setelah membacanya infonya di sini

Jika tidak tahu untuk membeli buku secara online di PTS,
boleh klik di sini:
http://www.bookcafe.com.my/my/how-to-buy-en-my.html

menerangkan step by step

YEA! PENGHANTARAN PERCUMA

Ada diskaun!

senarai kategori buku untuk memudahkan anda membeli
buku yang diminati

BUKU DAHSYATNYA DOA IBU
yang pernah saya kongsikan dalam emel
mudahhafalquran pun boleh dibeli
di sini.
Ada diskaun lagi!

klik add to cart dan buku itu akan anda miliki
selepas membuat pembayaran


tiada cas penghantaran bg pembelian $25 ke atas

pilihh cara pembayaran


Saya juga menyarankan supaya kita banyak membaca.

Kalau ikutkan memang amat sibuk sangat urusan harian.
Nak ajar anak membaca, nak bacakan buku untuk anak, kita sendiri nak membaca, nak main dengan anak, nak beraktiviti dengan anak, nak mengajar anak al-quran, nak dengar hafazan anak, nak tulis tesis dan buku baru, nak sebarkan ilmu dalam blog, nak kemas rumah, basuh baju, nak tambah amal ibadat...waduh waduh! kalah bibik pembantu rumah punya kerja!

Apapun doa saya setiap hari:
"YA ALLAH, ENGKAU BERILAH AKU SEMANGAT DAN KEKUATAN UNTUK MELAKUKAN KERJA2 HARI INI DAN ENGKAU BERKATILAH HARIKU. AMIN!"

Kerana kita manusia yg lemah, terlalu banyak merancang. Hanya ALLAH sahaja yg dapat membantu kita.

Oh, saya juga baru jumpa sebuah blog pencinta buku yang sangat bagus. Amat bersemangat tinggi dalam membudayakan ilmu membaca dalam keluarga.
http://wlaanda.blogspot.com/
Anda boleh dapat banyak info menarik tentang buku2 yang boleh dibaca yang kongsikan oleh penulis blog ini berkenaan buku2 yang pernah dibacanya.


P/s: BANYAKKANLAH MEMBACA KERANA KITA AKAN TEMUI BANYAK ILMU DAN TIPS2 YANG BARU DALAM HIDUP!

2 comments:

  1. Betul tu. Tp saya sering kalah. Penat. Insya allah nk amalkan juga doa setiap hari

    ReplyDelete
  2. Menjadi ibu memang kena ada tenaga yg amat banyak. Itu juga yg dikatakan oleh byk buku parenting. tak terlawan dengan tenaga anak walaupun anak itu kecil sahaja..

    Doa saya moga Mama Adam sentiasa diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan mendidik anak. Amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...