بسم الله الرحمن الرحيم
Selepas kami keluar dari Taman Rama-Rama (seperti yang ditulis dalam entri di sini, dan hasrat ke ESCAPE ditangguh untuk ke masa yang lain (insyaALLAH) atas sebab harganya yang fuuhh!, terus kami check in di hotel.
Rehat-rehat di hotel memang seronok. Tak perlu fikir kerja rumah, tak perlu fikir nak basuh baju, sidai baju, lipat baju, mop lantai dan buat bahas.
Anak2 pun kemain seronok lagi sebab segala undang2 di rumah boleh dilanggar. Boleh melompat tinggi2 atas katil (katil hotel kuat). Sebut tentang melompat atas katil, adakah kanak2 memang kalau masuk hotel mesti melompat atas katil? Macam lepaskan geram sahaja, tak sempat nak tutup pintu pun sudah melompat2 atas katil.
Seperti video yang saya kongsikan di sini, betapa mereka begitu bersungguh2 melompat dan berlari, begitu jugalah keadaan mereka bila tinggal di hotel. Begitu bertenaga sekali.
Dan juga keadaan bilik hotel yang luas membuatkan Abbudey boleh bermain badminton (kami bawa dari rumah).
Keesokkan harinya (Hari Isnin) kami bertolak ke Bukit Bendera dalam pukul 10.Walaupun Kedah dekat je dengan Penang, tapi tak pernah langsung pergi Bukit Bendera. Rasanya masa kecik2 dulu ada kot pergi, tak dapat nak ingat sebab lama sangat dah.
Menuju ke tempat keretapi |
Sampai di sana, tengok punyalah panjang manusia beratur sampai ke luar, (tak sempat nak tangkap gambar pula), batalkan saja niat untuk naik keretapi Bukit Bendera, entah bila tahun boleh naik. Beratur nak beli tiket pun dah panjang, beratur nak naik lagilah entah bila boleh dapat naik.
Pegawai bertugas di situ kata: Bukit Bendera dibuka seawal pukul 6.30 pagi. Jadi lain kali, boleh lah bertahajud di sana sekali untuk naik keratapi bukit bendera...just kidding!
Dan oleh kerana adik ada bertanya, Bukit Bendera ada binatang tak? (Kanak2 memang sukakan binatang kan? sebab tu sangat excited bila pergi Zoo.) jadi kami tukar plan ke Taman Burung, singgah solat di RnR dan kemudian terus balik ke Kuala Ketil.
Masuk ke Taman Burung Pulau Pinang |
PERHATIAN: JANGAN BIARKAN ANAK ANDA DEKAT SANGAT DENGAN BURUNG2 YG ADA, ABDULLAH HAMPIR KENA PATUK DAHINYA DENGAN BANGAU INI! |
Burung Merak putih |
Taman burung ini agak lama juga, Tapi, udah namanya bercuti, masuk jelah...
bayaran utk masuk ke Taman Burung Pulau Pinang |
Kebetulan duit memang tinggal $50 dlm poket dan tiket masuk memang cukup2 $50...jangan minta beli apa2.
Saya puji sungguh sikap Abbudey dan Abdullah yang tak berhenti tengok barang langsung walaupun makcik kedai tu dok 'pikat' mereka dengan wisel burung.
Memang dah habaq, duit habis langsung, Nasib baik air dan makanan dah beli di USM...
ALhamdulillah percutian yang seronok. Release stress dengan kerja yang tak kesudahan.
Kalau boleh tiap2 hujung minggu nak pergi berjalan boleh tak?
Menambahkan koleksi souviner |
Ada yang orang bagi dan ada yang mempunyai kenangan tersendiri |
Souviner yang pertama sekali dikumpul ketika bercuti di Tartus, Syria |
Baca Episod 1
Baca Episod 2
No comments:
Post a Comment