بسم الله الرحمن الرحيم
DAH HARI JUMAAT. JOM BACA SURAH SL-KAHF!
Selepas bercuti Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan, kami check out tepat pukul 12 tengahari (nak memaksimakan masa di sana kerana banyak aktivtii yang anak2 boleh buat di sana) hari Selasa dan terus ke Kota Bharu pula.
Perjalanan dr Tok Aman Bali ke Kota Bharu memakan masa 2 jam. Tapi anak2 tidur je sebab penat mandi dan kayuh basikal di Tok Aman Bali sebelum itu.
kami menyewa di sini pula untuk satu malam |
Jika di Tok Aman Bali kami fokus sepenuh masa untuk beraktiviti di sana kerana penuh dengan bermacam aktiviti menarik, di Kota Bharu juga banyak perkara yang boleh dilakukan
Baba beli makan tengahari di sini. dekat dengan hotel. Nasi ayamnya lembut, wangi dan ayamnya pula tak kering. Sotong goreng cilinya pun sedap |
Baba kata: "kalau orang lain, seharian duduk di PSK sampai puas hati dapat harga murah."
Yang penting, beli sedikit ole2 untuk sedara-mara.(klu boleh beli online lg bagus..tak perlu pening kepala bepusing2..semua benda nampak sama sahaja.. x larat nak belek)
disuruh duduk kerana penat memusing |
Kebetulan ketika di hotel di Kota Bharu, saya melihat iklan ini dalam FB.
sumber: FB |
Minta pandangan baba : nak pergi tak malam ni?
Baba kata: jom! Pengkalan Chepa dekat je..
LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI
Kenalah terangkan kepada Abbudey yang ada sheikh mai dari Syria dan Baba nak kena jadi pengerusi majlis.
Tapi, Alhamdulillah kami dapat bersua dua orang sheikh sekali dalam satu majlis di Kota Bharu! MasyaALLAH. ALLAH perkenankan permintaan Abbudey!
Kami terangkan juga kepada Abbudey keberkatan dan kelebihan ulama, kelebihan mendekati dan menghadiri majlis2 ulama, pewaris nabi. Menuntut ilmu yang disampaikan.
Kebetulan lagi (banyaknya kebetulannya) rumah sahabat blogger itu sangat dekat dengan PUTIK.
Saya masih ingat lagi dahulu (kira2 3 tahun yang lalu), saya sedar kepentingan untuk mendidik anak2 kecil apabila membaca blog beliau yang sarat dengan aktiviti homeschool beliau dengan anak2. Saat itulah baru saya sedar bahawa saya seperti tidak membuat apa2 dengan anak2 pun.
Malah inspirasi dari blog beliau juga, saya meniru memuatkan aktiviti dengan anak2 supaya dapat memberi contoh dan idea kepada ibu2 lain. InsyaALLAH
Inilah blognya, blog yang amat memberi inspirasi kepada saya. Dan saya amat mengagumi pemiliknya yang amat bersemangat dalam berhomeschool bersama anak2nya.
wwwmamahomeschool.blogspot.com
Terima kasih kepada tuan rumah yang menjamu kami dengan sate dan menjemput kami ke rumah. Waktu ni abang Abbudey tidur. |
ALhamdulillah ALLAH memudahkan urusan kami!
masuk ke dewan |
belum ramai lagi. tapi tak lama lepas tu, sudah penuh! Sangat suka apabila tempat duduk penonton wanita diasingkan dari lelaki amat sistematik! |
kami turut menyaksikannya secara live. (Gambar FB) |
Keesokkan harinya, check out dari hotel pukul 9 pagi. Singgah ke Pasar Siti Khadijah sebentar membeli ole2 untuk keluarga dan terus pulang ke Kuala Ketil.
Berhenti dan solat jamak Zohor Asar di Royal Belum |
adik masih tidur |
Selesai solat, terus balik rumah |
Sesiapa yang perlukan tips dan idea untuk bercuti di Kelantan, bolehlah ajukan soalan dan pm ke FB ini:
dan juga di website:
www.cutikelantan.com
banyak idea dan tips yang diberikan dalam mesejnya kepada saya |
LAGI TEMPAT MENARIK YANG MESTI DILAWATI
Tamatlah sudah percutian untuk tahun 2012.
Tamatlah sudah percutian untuk tahun 2012.
ALhamdulillah...Penuh dengan pengisian untuk diri sendiri dan juga anak2.
Alhamdulillah.....
Terus semangat sambung kerja!
No comments:
Post a Comment