بسم الله الرحمن الرحيم
Pada entry yang lepas, saya sudah menulis dan menunjukkan VIDEO anak-anak yang mampu mengajar semula pelajaran Tafsir dan Sirah yang telah diajarkan kepada mereka.
Dan tidak adillah jika tunjukkan hasil sahaja, tanpa menunjukkan caranya.
Macam orang jual krim pencerah muka, dok tunjuk muka dah putih, tapi tak habaq macamana caranya (eh, betul ke perumpamaan ni?)
Jadi kali ini, InsyaALLAH saya akan berkongsi cara saya mengajar anak Tafsir dan Sirah dengan cara yang sesuai untuk kanak-kanak.
Jutaan kemaafan saya hulurkan kerana video yang kurang berkualiti kerana saya merakam, mengawal video sambil mengajar, melukis dan menyorok dalam masa yang sama!...
Akibatnya jadi kurang fokus seperti pada cerita 'lembu makan pokok' dalam video ini...haha..Tapi anak2 ini amat fokus sampai mereka boleh betulkan yang lembu mana boleh makan pokok, zirafah bolehlah makan pokok...haha...adoi laa..
Dan juga saya agak kekok untuk mengajar depan kamera (elleh, depan handycam sendiri jek..!), Kalau tanpa kamera, lagi meriah pengajian Tafsir dan Sirah di rumah kami... ada kamera kena bajet ayulah konon2nya...
PERHATIAN:
Rasanya tidak sesuai untuk mengajar cara ini kepada orang dewasa ye? Tetapi amat sesuai jika pelajarnya adalah kanak2.
Mungkin saya bukanlah seorang guru yang baik, tapi anak2 kecil adalah pelajar yang sangat baik kerana mereka akan memberi respon yang cukup bagus. Siap bulat2 mata, bila suruh nasyid, nasyid dengan semangat, tak suruh bertanya pun dah boleh bertanya, bersemangat.
Respon yang sangat bagus membuatkan kita lebih semangat nak mengajar anak2.
Okay, InsyaALLAH pada entri yang akan datang, saya akan berkongsi TIPS2 untuk mengajar anak2 Tafsir dan Sirah.
Semoga ada manfaatnya.
Doakan kami istiqamah ye?
Assalamualaikum ustazah.. saya Mai dari Melaka.. saya akn mengajar di sekolah rendah agama jaim hari ni. tapi sya agak gmntar utk berinteraksi dgn ank2 murid baru. macam mana ya?
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mai.
DeleteTerima kasih Mai kerana ziarah ke blog ini.
Maaf kerana lambat membalas soalan Mai, sibuk dgn pilihanraya =P
Tentang soalan Mai itu, saya anggapnya sebagai normal bg seseorang rasa gemenar untuk kerja dan berada di tempat yg baru. Saya dulu pun begitu =P
Hinggakan, anak yang nak masuk sekolah baru (darjah 1), ibunnya pula yg tidak tidur malam, padahal anaknya steady sahaja.
Tapi satu tips dari saya:
"Tiada siapa yg akan tahu ketakutan kita, kecuali kita yang beritahu."
Jadi, keep calm, banyakkan selawat, baca fatihah (ibu segala penyelesaian bagi masalah) dengan niat untuk dihilangkan rasa nervous) dan juga Surah Alam Nasyrah.
Moga Mai dapat atasinya dan menjadi guru yg baik.
Amin
=)