Seperti yang saya janjikan bahawa saya ingin berkongsi beberapa tips untuk mengajar anak2 kecil Tafisr dan Sirah seperti dalam entri ini.
TIPS SAYA:
SATU:
Mungkin anda akan rasa malu nak bercerita sebegini bila belum mula lagi (begitu juga dengan saya, rasa kekok sekali, inikan pula nak bercerita depan kamera, itu yang kena menyorok tu), tapi, bila dah mula dan tengok respon budak2 ini yang sangat memberi semangat kepada kita, anda akan rasa seronok untuk mengajar seperi ini setiap hari.Believe it!
sumber: google image |
Seeloknya mula dengan Surah yang mereka dah hafal. Surah2 pendek pun takpe je...Ini supaya mereka dapat terus memahami tafsir Surah tersebut apabila mereka membacanya.
Sebagai contoh, Surah Al-Fil cerita tentang Tentera Abrahah seperti dalam video di sini.
Dan setiap kali anak2 ini mengulang hafazan Surah tersebut, mereka akan bertanya dan bercerita pula kepada anda tafsir Surah tersebut.
sumber: google image |
Contoh ayat mereka:
"Mama, surah ni cerita pasal tentera Abrahah yang nak runtuhkan Kaabah kan?"
TIGA:
Tidak dapat tidak, anda perlukan quran tafsir dan buku Sirah untuk mengulas lanjut tentang kisah yang anda ceritakan kepada anak anda. Saya sendiri pun baca dahulu quran tafsir dan sediakan di sebelah untuk mengajar mereka.
sumber: google image |
EMPAT:
Bab soal jawab. Cuba untuk jawab soalan mereka berdasarkan fakta.
Seperti dalam video yang lepas, anda saksikan bagaimana anak2 bertanya pelbagai soalan yg terlintas dalam minda mereka. Kitalah yang perlu mengkaji untuk jawab soalan mereka. Kadang2 soalan anak ni pelik2 pun ada... Biasalah tu, budak2 kan bersikap amat ingin tahu yang sangat tinggi..
sikap kanak2 normal adalah sangat ingin tahu sumber: google image |
Cara saya mengajar ialah sambil melukis untuk menarik minat anak2. Mungkin anda boleh cuba dan lihat fokus anak2.
sumber: google image |
Dan dalam masa yang sama kita menggalakkan deria mereka semaksimum mungkin dengan menggunakan telinga untuk mendengar, mata untuk melihat lukisan yang kita lukis, mulut untuk bertanya itu ini, dan juga deria sentuh dengan menyentuh lukisan yang dilukis.
sumber: google image |
InsyaALLAH moga usaha ini dapat melahirkan cerdik pandai hafiz AL-Quran yang faham dan beramal dengan AL-Quran InsyaALLAH.
sumber: google image |
Moga ada manfaatnya kepada anda.
Doakan kami dapat istiqamah ya?
No comments:
Post a Comment