Saturday, December 22, 2012

Menyusun Jadual Harian

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara soalan yang banyak saya terima ialah: Bagaimana membahagikan masa saya.

InsyaALLAH pada entri ini saya akan cuba jawab.

Di bawah ini, saya mengkategorikan pekerjaan harian saya kepada 3 bahagian.

1- Masa yang khusus untuk manfaat diri saya sendiri ialah seperti membaca & menulis bahas. Biasanya dapat dilakukan pada masa2 rehat, dan masa2 lebih

2- Masa yg saya peruntuk untuk keluarga: Seperti mengemas rumah, hal2 baju & makanan, mengajar anak2 & aktiviti bersama anak2

3- Masa yg saya peruntuk masyarakat dengan mengajar di sekolah,  menjawab masalah yg diemelkan & berkongsi ilmu dalam blog



PEMBAHAGIAN MASA PADA HARI KERJA.


Untuk masyarakat lebih banyak kerana lebih masa di sekolah.
Keluarga pula ke-2 paling banyak. Mengajar anak lebih saya pentingkan dari saya baca buku.

Dan untuk diri sendiri sangat sikit, kadang2 tiada langsung pada hari yang amat sibuk dan letih

Pembahagian masa ketika cuti sekolah.
Keluarga dan anak2 menjadi keutamaan.
Untuk diri dan masyarakat sama rata

Saya percaya semua kita punya jadual harian yg tersendiri yang berbeza2 kerana perbezaan kerjaya, bilangan anak, umur anak dan lain2.

Orang yang kerja  8pg - 5ptg berlainan dgn orang yg bekerja 8pg - 1 ptg.
Org yang punya anak 5 orang punya jadual harian yang lain dengan orang yg beranak 1.
dan orang yang mempunyai anak2 selang setahun juga berbeza kesibukkannya berbanding orang yang anaknya jarak jauh2.

Dan orang lain tak dapat nak membantu kita mengurus masa kita kecuali KITA SENDIRI YANG MENDISIPLIN MASA KITA..



 MOGA ALLAH MEMBERKATI MASA KITA. AMIN.

Moga ada ruang untuk kita menyediakan amal yang akan menjadi saham yang berpanjangan apabila kita mati nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...