Wednesday, December 26, 2012

Jom Kongsi....

بسم الله الرحمن الرحيم


**ENTRI YANG DAH LAMA TERPERAP DALAM DRAFT...
(dari masa adik kecik lagi)




Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi pendapat apa yang boleh ibu bapa lakukan supaya anak2 duduk diam lama dan tidak menganggu ibu melakukan kerja rumah. Menonton TV tak boleh masuk list ye?

Antaranya pernah saya senaraikan di sini dulu...

Dan di sini satu lagi aktiviti yang boleh buat anak duduk diam lama2 ialah bila ada pen, colour, kertas, majalah, gam, gunting dan seletep.

Seronok menggunting
(Gunting yg kecik dan selamat utk budak2, tapi tak selamat utk rambut mereka jika mereka menggunting rambut)

Tekun yang amat

Abang mula menekap dan melukis

TIPS: Supaya kertas2 yg digunting anak2 tidak bersepah satu rumah, pastikan anda sediakan bakul sampah yg bersih

Belajar membuat kerja dengan cermat dan tidak bersepah
(menerapkan sikap menjaga kebersihan)





Jom kongsikan aktiviti apa yg boleh buat anak anda duduk diam lama2???

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

5 comments:

  1. seronok baca entry2 kat sini. sejuk hati :)...terima kasih yer kongsi macam2tips. nak tanya la kot2 ada petua macam mana nak handle anak umur setahun yg suka menjerit kalau lambat dilayan .dia akan mengamuk dan jerit sekuat hati tak kira tempat if tak ikut kehendak.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih CheqGu.

    Bagi saya anak2dari usia setahun menjerit mengamuk adalah perkara yang biasa. Saya ada baca, ketika itu adalah usia tantrum (mengamuk) mereka. Lebih2 lagi waktu itu mereka belajar untuk mengatakan TIDAK ,TAK MANU, TAK NAK. Anak2 saya dua2 orang pun macam tu.

    Allah sajalah yang tahu betapa peningnya nak melayan amukan (tantrum) mereka. Sampaikan masa saya hadapi zaman tantrum mereka, saya sendiri banyak bertanya dan mencari jalan penyelesaian.

    Alhamdulillah zaman tantrum itu dah berlalu... ALhamdulillah...biasanya ia akan hilang bila mereka meningkat besar, tapi ada juga kadang2 masa mengamuknya.

    Apa yang saya buat:
    1- tiap2 hari saya ingatkan jangan mengamuk, sebagai contoh bila bangun tidur. Sebelum tidur habaq awai, janji esok jangan mengamuk ye? Walaupun kadang2 mengamuk juga bila bangun tidur, tapi ingatkan juga tiap2 malam.

    2- Selalu peluk dan berkata lembut pada waktu mereka tidak mengamuk dan ajar mereka berzikir, baca doa ketika mengamuk (haha)

    3- Kita lah banyak doa semoga mereka cepat hilang tantrumnya dan lembut hati. Sedang orang dewasa pun ada mengamuk dan merajuknya (lagi2 org ppuan), inikan pula anak setahun..huhu

    -- Nak bagi petua banyak2 pun tak pandai juga...

    tapi memang pening amat nak melalui zaman tantrum anak2. Moga ALLAH beri Cheqgu ketabahan dan kesabaran dalam melayani tantrum anak2.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah lega rasanya bila baca komen ni. rupa2nya memang macam tu sifat budak2 kecik ni. Tengok anak buah tak der plak macam firas,itu yang risau tuh hehe. Lain budak lain fe'el kan. Thanks for the tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak sama, tak berlakulah adegan kanak2 mengamuk berguling2 di shopping complex sbb x dpt barang yd mereka mahukan...

      adakalanya kalau silap cara pun jadi punca amukan. contoh: kalau pagi2 ayahnya mandikan, gosok gigi dulu baru basuh badan. Kita tak tahu, kita pun jirus badan dia sebelum gosok gigi..makanya, mengamuklah anak tu sampai suruh lap balik..aduhai...

      Delete
  4. kena baaaaaaaaaaaaannnyyyak sabar..tarik napas panjang2, tahan...huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...