بسم الله الرحمن الرحيم
Dah sebulan abang Abbudey masuk darjah 1 baru nak tulis dalam blog. haha...
Sebabnya asalnya saya tak mahu tulis dalam blog sebab nampak macam 'peghak' sangat anak masuk darjah 1... haha...
Tapi saya tulis juga sbb di sana ada memori indah dalam hati ini
*tears* (supaya tak lupa ditelan masa dan tugasan yang bertimbun)
Abang Abbudey mula persekolahan di SRI IHSANIAH pada 31/12/12.
Google Image |
Uniform untuk hari ahad - selasa |
Dia cerita, cikgu kata sorry sebab tak masuk tahun baru lagi dah kena sekolah..haha
Pengalaman pertama menghantar anak ke sekolah rendah ini membuatkan saya cuak dan gelisah.
Yelah, sebelum ini Abbudey hanya sekolah 10 langkah je dari tahfiz tempat kami kerja. Bila2 masa boleh pi tengok. Sekarang dah hantar jauh (jauh la sangat...haha). Ini bermakna dia akan semakin kurang masanya bersama kami. (rasa sayu je dulu)
Tapi itu perasaan saya.
Berbeza pula dengan Abbudey!
Tempat Abang ABbudey menimba ilmu *ALLAH Berkati" sumber: google Image |
Dia sangat excited nak masuk sekolah.
Hari pertama hantar dia ke sekolah, dia kata kepada saya:
"Bila mama nak pi? Mama pi lah tahfiz."
Ha! tu dia! Budak lain sibuk suruh mak pak tunggu, Abbudey ni 'halau' pula maknya...
Takpelah. Ini menunjukkan dia sudah bersedia untuk berdikari.
Kita ni punyalah bermalam2 risaukan anak nak masuk darjah 1, dia ok je.
Saya ada pesan dengan Abudey sebelum pergi sekolah: " Kalau Abang takut, abang doalah kat ALLAH minta ALLAH mudahkan segala urusan."
Sumber: Google Image |
baju untuk setiap hari Rabu sebab ada PJ |
Errr...saya dulu, dah masuk U, masuk M.A pun masih cuak dan takut lagi dengan suasana, kelas, guru dan rakan2 baru.
Nampaknya anak ini seorang yang berani dan mudah sesuaikan diri dengan suasana.... Alhamdulillah.
Dan sekarang ni bila sampai sekolah, kereta tak berhenti lagi, cepat2 dia habaq:
"Cepat2 salam, Abang nak pergi dah ni."
Dia sibuk berlari mendapatkan kawan2 dia.
Alhamdulilah...Moga dia sentiasa akan SUKAKAN sekolah, cikgu, buku & rakan2nya.
Pakaian untuk setiap Hari Khamis =) |
* ALLAH BERKATI USAHA DAN SEMANGAT ANAK KECIL INI*
Puan..abbudey masih lagi bersekolah di situ ke skrg...bagaimana perkembngan sbb kira2nya teringin nak hntr anak sy kè situ..
ReplyDeletetidak, dia hanya di sana untuk darjah 1 sahaja
DeleteBoleh tahu knpa dia tak teruskan seklh di situ.bagaimna prestasi dia semasa darjah 1.
Deletekerana kami membuat keputusan untuk menghantar anak2 ke sekolah rendah tahfiz
Delete