Sunday, February 24, 2013

Abdul Rahman dan senarai 100 kesyukuran

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya pernah tulis tentang diari (buku khas) Abang Abbudey di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/02/buku-khas-abang-abbudey.html

 InsyaALLAH kali ini saya akan cerita tentang diari Abang Abbudey lagi. =)


Ketika saya membaca buku di bawah ini,

Buku ini telah dibeli dari sini:
http://pts.com.my/index.php/buku/chicken-soup-for-the-soul-berfikir-positif

antara perkara yang menarik yang saya temui ialah dalam bab ini:

Bab 46:
Mukasurat 176

antara 100 senarai kesyukuran yang ditulis dalam buku tersebut...
Lalu saya bersama2 mengajak Abang Abbudey sama2 untuk menyenaraikan 100 perkara yang ALLAH beri kepadanya dan kami bersyukur dengannya..

Kami berbincang sama2. Kami bergilir2 berkongsi idea dan tulis dalam buku khas Abang Abbudey =)

Inilah antaranya..:

Perkara yang ALLAH beri dan kami syukuri

1- Saya Orang Islam
2- Saya sihah
3- Rumah yang elok
4- Saya Hafal AL-Quran
5- Adik yang baik
6- Saya pandai

7- Akhlak saya baik
8- Adik saya pandai
9- Saya suka baca buku
10 - Saya pandai cakap
11- Adik saya hafal Al-Quran
12- Saya suka tolong mama
13- kawan yang baik
14- Saya anak soleh
15- Anggota yang sempurna
16- Adik saya suka solat
17- Mainan saya banyak

18- Saya bertaqwa
19- Saya boleh membaca dan menulis
20- Tempat yang aman

21- Kasut bola !

(Abang Abbudey baru dapat kasut bola
sebab dah habis hafal Surah Qaf)

(sebenarnya kasut bola lamanya dah reput (hancur pecah2 dah tapaknya),
 jadi kebetulan mingu lepas jumpa kasut bola yang berharga
$19.90 . Jadi bagitahu kat Abang Abbudey,
sebab Abang Abbudey bersungguh2 hafal Al-Quran
dan cepat habis hafal Surah Qaf,
(seminggu je rasanya dia dah dapat hafal semua Surah Qaf - 2mukasurat setengah)
 jadi kami belikan dia kasut bola itu.

Baru sampai 21 senarai. InsyaALLAH akan disambung lagi pada masa hadapan.

Benarlah firman ALLAH:
(( Jika kamu hitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan mampu melakukannya.))
(Surah Ibrahim, ayat: 34)

((Kalau kami bersyukur, maka Aku akan tambah lagi nikmat-nikmatku kepada kamu.))
(Surah Ibrahim: ayat 7)


Aktiviti yang seronok dengan anak darjah 1. 
Alhamdulillah =)
Anda juga boleh lakukan..

2 comments:

  1. ya, sangat bagus perkongsian ni =) in shaa Allah akak nak buat juga macam ni....terima kasih atas perkongsian.

    * masih ingat dan kenal akak lagi tak? Aishah pernah bagi surat pada akak sekitar tahun 2002-2003. Akak di Matrikulasi UIAM dulu, kawan kepada Norazlina Mat Yatim. Aishah pernah bagi akak surat dan gambar sekali.

    ReplyDelete
  2. Jazakillah atas sokongan. Moga blog ini bermanfaat kepada akak sekeluarga

    Oh. saya tidak pernah lupa kepada Kak Lina Yatim, byk yg saya belajar dengannya..

    wah..malunya kerana masa remaja dulu mmg suka menulis surat kepada rakan2..sekarang ni budaya menulis surat sudah pupus ditelan kecanggihan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...