Monday, February 18, 2013

Buku Khas Abang Abbudey

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara perkara yang Abang Abbudey dilakukan ketika cuti seminggu ni ialah menulis (lamanya rasanya cuti Abang Abbudey kali ni, rasanya macam sebulan je, kenapa ye? ).. 

Menulis apa ye selain homework ye? haha


Untuk musim cuti lepas, saya beri Abang Abbudey buku khas untuk dia menulis.

Buku diari kosong lama berkulit tebal yang selalu dapat percuma pada awal tahun. Banyak yang tidak digunakan sampai boleh diberikan kepada kawan2 lain.


yang ini yang diberikan kepada Abang Abbudey
Masih kosong

Dan saya minta dia tulis perkara baik yang dia telah lakukan pada hari ini.
Inilah antara yang ditulisnya
17/2/2013
Sabtu

1- Abang tolong adik buat susu
(bukan susu botol ye!)

2- Abang basuh kasut

3- Abang bagi mama seronok

4- Abang suka solat

5- Adik suka main games

6- Mama suka baca buku

(Mama tulis: Abang anak soleh.
Mama sayang abang =)


Faedah dari aktiviti ini:

1- Berlatih menulis, menyusun ayat dan membaca.

2- Memperbanyakkan lagi amalan2 baik

3- Menambahkan lagi rasa seronok anak2 dengan perkara2 baik yang dilakukannya.

4- Merakamkan memori untuk dikenang pada masa hadapan nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...