Sunday, February 10, 2013

Men'Tabung Haji' untuk anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara perkara yang amat agak mengecewakan dan mendukacitakan hati saya ialah apabila simpanan dalam Tabung Haji (TH) sudah mencukupi untuk menunaikan haji (kira cukuplah untuk pakej yg termurah), tapi tarikhnya masih tidak sampai lagi. (kerana saya amat mengimpikan untuk menunaikan umrah pada usia muda)....*Moga ada hikmah padanya*

Pada tahun 2007, kami pernah merancang untuk pergi haji dari Syria melalui jalan darat, tapi sayangnya pada tahun tersebut, semua visa untuk menunaikan haji dari Syria melalui jalan darat, dibekukan. Takde rezeki kami (Ada hikmahnya. Amin)

Oleh kerana kekecewaan itu juga, membuatkan kami mengambil keputusan untuk mendaftarkan haji bagi Abdulah n Abbudey pada hujung tahun lepas walaupun mereka baligh pun belum lagi.

 (Pendaftaran haji boleh dilakukan jika simpanan dalam akaun telah melebihi $1000 /$1500 (tak ingat).

Walaupun begitu, lihatlah tarikhnya:


2055 !
Ketika itu Abbudey akan berusia 49 da Abdullah pula 47!






Antara perkara yang saya tidak suka ialah melakukan urusan di bank sebab kena tunggu lama..huhu
Tapi ALhamdulillah sewaktu kami mengikuti rombongan tahfiz ke Pesta Buku 2012 (PBAKL)  di PWTC, ada kaunter untuk buka akaun TH. ALhamdulillah..mudah urusan, tak perlu tunggu lama2. Isi maklumat peribadi anak2 di situ dan mereka akan poskan buku TH ke rumah. ALhamdulillah..

Dan simpanan bolehlah ditambah setiap bulan

Antara cara mudah yang saya tahu untuk bank in duit dalam akaun TH melalui Maybank2U. Kalau anda tahu ada cara lebih mudah lagi, sila kongsikan ye?


- Mula dengan mendaftar Maybank2u. (iklan berbayar)
Step 1:
Klik Bill Payment

Step 2:
klik pada Add Favourite Payee

Step 3:
Pilih ;''Lembaga Tabung Haji'



Step 4:
Isi no.Akaun TH dan nama pemilik akaun
* cas $1.50 untuk setiap transaksi


Siap pendaftaran, anda bolehlah topup selalu duit dalam TH.
Untuk bank in ke akaun TH
Step 1:
klik pada Make A Payment to A Favorite Payee


Pilih akaun TH siapa yg anda nak masukkan duit dan selesai


*Moga kita semua diberikan rezeki untuk menunaikan haji di usia muda. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...