بسم الله الرحمن الرحيم
Sebenarnya saya sangat ragu2 dan serba salah untuk berkongsi pengalaman dan laporan tentang aplikasi teknik Nabi SAW ini atas sebab2 berikut:
1- Saya masih rasa kurang mahir menggunakannya walaupun sudah 2 kali menyertai bengkel ini. (Susah nak susun ayat pujian,
Seringkali saya tertanya sendiri:
"Betul ke cara aku ni? ke memandai2 je."
Walaubagaimanapun saya tetap 'belasah je' secukup rasa.
2- Saya hanya guru hafazan ganti sahaja untuk bulan Januari ini, kerana saya telah mengambil cuti tanpa gaji untuk tahun ini bagi menyelesaikan disertasi MA, tetapi dipanggil hadir semula ke tahfiz selama sebulan untuk menggantikan seorang guru yang tidak dapat hadir (cuti emergency) untuk bulan ini.
(Mungkin hikmah saya menjadi guru ganti untuk sebulan ini adalah untuk saya terus amalkan ilmu yang saya dapati dari Bengkel Mendorong Pelajar Corot Menggunakan Teknik Nabi SAW lalu)
3- Oleh kerana saya hanya guru ganti selama sebulan ini sahaja, jadi baru sekejap sahajalah saya menggunakan teknik ini dengan anak2 halaqah hafazan saya, seganlah pula nak kongsi.
Antara perkara2 yang sudah saya tinggalkan untuk sesi pembelajaran TAHUN INI ialah:
1- Rotan
(sampai ada pelajar tanya: "ustazah tak pegang rotan lagikan?" )
("Mana Rotan ustazah?") (haha)
2- Denda
3- Marah
Ini adalah bukti peningkatan prestasi anak halaqah saya dalam hafazan baru (Saba'). Saya hanya tasmi' (dengar hafazan) saba' mereka sahaja. Saya bandingkan dari tahun lepas dan Bulan Januari 2013
Ulasan guru hafazan dan keterangan bagi rekod hafazan pelajar (L) - Lancar (paling bagus!) (S) - Sederhana ( D) Dhoif - ( SD) - Sangat Dhoif ( X) - Tidak hantar hafazan kepada guru. |
Di bawah ini pula rekod bagi pelajar A, (juga anak halaqah saya juga pada tahun lepas.)
Pelajar ini menunjukkan prestasi yang baik dengan mendapat S dan L untuk bulan 1 / 2013 Ada juga beberapa hari yang pelajar ini mampu menghafal hafalan baru sebanyak 1 mukasurat |
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
(Tarik napas panjang .....dan tahan.... JANGAN TERKEJUT!)
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Bulan Oktober 2012 banyak mendapat SD (sangat Dhoif), X (tak hantar) G (Tersangkut2 banyak sangat) dan rotan (huhu....) |
September 2012 rotan lagi... |
Satu sahaja (L) -lancar dan banyak ROTAN |
Ogos 2012 Tiada langsung lancar dan banyak rotan Itulah yang pelajar pelik amat bila ustazah 'kehilangan' rotannya...huhu.. |
SAYA SUDAH KATA:
"JANGAN TERKEJUT!"
Doa saya moga ALLAH memberi bantuan kepada pelajar2 ini dan pelajar2 lain juga dapat meningkatkan lagi prestasi mereka dalam AL-Quran, Pelajaran, Akhlak dan ibadah. amin3.
Apa yang telah saya lakukan untuk sesi hafazan 2013
- Saya hanya puji usaha mereka (melambung2) setelah mereka selesai memperdengarkan hafazan mereka kepada saya.
Contoh kata2 saya:
1- "Ustazah bangga dengan usaha anta hari ini. Ustazah yakin hafazan anta tentu akan lebih lancar dan lebih baik lagi esok."
2- "Ustazah kagum dengan prestasi hafazan anta yang makin meningkat, kalau macam ni ustazah pasti anta tentu akan cepat jadi hafiz yang kuat ingatan hafazannya."
3- "Ustazah seronok sebab XXX adalah orang yang pertama masuk ke kelas hari ini. Orang yang awal masuk ke kelas tentu seorang pelajar yang cemerlang."
4- " Hafazan anta sangat lancar hari ini. Ustazah pasti esok pasti anta akan dapat hantar saba' lebih banyak lagi!"
5- "Ustazah suka tengok anta begitu bersungguh2 menghantar hafazan (walaupun pelajar tersebut, tidak lancar sangat), orang yang bersungguh2 dan berusaha, ALLAH pasti akan membantunya! "
6- "Wah! Ustazah seronok tengok antum bersemangat mengulang hafazan. Tentu antum akan dapat hantar saba' dengan lancar hari ini."
*ALLAH berkati usaha anak2 dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Amin3.
Dan saya pejam mata sambil klik butang 'publish'. Harung jelah.
Mohon tunjuk ajar.
Terima kasih Ustazah di atas perkongsian ini. Dapat menyuburkan semangat saya untuk terus cuba dan cuba dengan sabar dan doa. Semoga Allah memberkati usaha kita untuk mendidik dan dididik. Amin.
ReplyDeleteAmin3.
DeleteSaya doakan ALLAH permudahkan segala urusan puan =)
Masha Allah.. Tahniah! Teruskan usaha, dan teruskan berkongsi ceritanya. Sangat berbeza ya kesan bahasa? Mungki boleh anjurkan kursus Teknik Nabi kepada seluruh tenaga pengajar, mudah-mudahan prestasi anak2 makin cemerlang :)
ReplyDeleteJazakillah puan.
DeleteKursus ini sentiasa dianjurkan oleh pengamal2 teknik nabi. Jika puan ingin sertai, puan boleh rujuk di FB USK, Ustazah Hidayah Jaafar dan Puan Khairulaniza.
ALLAH berkati usaha puan =)
kalau tengokpada prestasi tu, insyaAllah rasanya memang berkesan dah tu teknik yg ustazah guna....aiii lepas ni saya pun nak praktik la kat anak2 istimewa saya kat sekolah :)
ReplyDeleteustazah pernah keja di brunei ke sebelum ni?
Alhamdulillah...
DeleteMOga usaha puan diberkati ALLAH dan dipermudahkan jalannya.
saya tak pernah kerja di Brunei, ayah saya yg pernah menjadi doktor homeopathy di Brunei dulu. lama juga. dalam 10 tahun lebih rasanya. Kerana itulah kami pernah pergi ke Brunei. =)