Saturday, February 2, 2013

Lukisan comel Abbudey yang comel

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini saya ingin cerita dengan kisah lukisan di bawah ini:


Lukisan ini adalah 100% hasil kerja tangan Abdul Rahman untuk kerjarumah BI nya.

Bagi saya lukisannya sangat cantik. Saya puji. 

Semangat dan usahanya melukis membuat saya terkenang zaman saya dolu2.

Dulu saya juga mempunyai minat melukis termasuk melukis kartun untuk majalah. Sekarang ni tak sempat nak melukis kecuali kadang2 DAN jarang2 sahaja..huhu)

Sewaktu di Syria dulu, saya pernah membekalkan kartun untuk pengisian dalam majalah ITQAN PPMS (Persatuan Pelajar Malaysia Syria).

Sayangnya majalah2 tersebut telah hilang selepas saya berikan kepada pelajar tahfiz untuk dijadikan rujukan. Kalau siapa yang ada simpan, minta scan dan send kepada saya ye. Memori!

Melukis adalah ibarat terapi bagi saya ketika itu. Seperti juga membaca (sekarang ni)

Kalau penat membaca buku utk exam, saya akan hadkan setengah jam untuk saya melukis kartun. TERAPI! =P

Dan juga seperti terbayang dalam memori ketika sekolah rendah (Rasanya ketika darjah 2 di Sekolah Az-Zafirah) saya amat bangga dengan hasil lukisan saya utk subjek lukisan.. Lukisan itu nampak cantik di mata saya (dah diri sendiri yg lukis). Entah kenapa bila mengingati semula kenangan tersebut, rasa bahagia!

Mungkin kenangan seperti ini juga yang saya ingin semai dalam hati Abbudey =)

Dia kelihatan bangga, seronok dan bahagia dengan lukisannya! 
Alhamdulillah

p/s: saya ada tanya Abbudey, dalam lukisan ni Abbudet tembam je padahal Abbudey adalah seorang yang kurus sahaja. Abang Abbudey nak jadi tembam ke? =)


2 comments:

  1. Mmg cantik dan kreatif....cikgu anis bg A++ ni....hihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran Cikgu Anis. Abdul Rahman tentu gembira kalau tau dapat markah A++ .
      Cikgu BI di sekolah berikan markah A utk lukisan ni. ALhamdulillah.. =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...