بسم الله الرحمن الرحيم
Idea untuk bermain permainan ini saya dapat apabila melihat gambar permainan ini:
kredit gambar dari SINI |
Lalu saya gunakan kiub huruf Bahasa Arab yang pernah dibeli tahun lepas:
Dibeli dari sahabat DI SINI Isitimewanya kiub ini adalah kerana huruf2nya mempunyai semua baris (kecuali sukun) |
1- Saya beri 2 kertas yang mempunyai perkataan Bahasa Arab yang berlainan kepada Abang ABbudey dan Abdullah
2- Kemudian, mereka buka, baca dan cari huruf yang sama dengan perkataan yang ada dalam kertas tersebut.
Adik Abdullah sedang menyusun perkataan 'qalamun' |
3- Siapa yang siap dulu, dia yang menang.
hampir siap! |
SIAP ! dengan huruf dan baris yang betul! Alhamdulillah |
SATU LAGI! |
Faedah dari permainan ini:
1- Kecekapan dan kelajuan mencari huruf dengan baris yang betul....siapa lambat dia kalah...(tapi bila saya lawan game dengan Abang Abbudey, huruf depan mata kita pun kita tak nampak sebab kalut nak cari cepat =)
2- Anak2 mengenali huruf2 Arab beserta barisnya juga =)
3- Anak menceraikan huruf dari perkataan yang bertulis itu dengan sendirinya.
4- Mereka dapat suaikan huruf yang bercerai dengan huruf yang bersambung.
contohnya:
contoh 1 |
contoh 2 |
contoh 3 |
4- Menambahkan lagi perkataan Bahasa Arab
Untuk memahami permainan ini, jom saksikan video di bawah ini:
(Dalam video ini, Abang ABbudey dah bersetuju yang saya boleh tolong Abdullah...sebab Abdullah lambat jumpa huruf2 untuk perkataan tersebut =)
Nampak macam mudah, tapi bila saya try lawan dengan Abang Abbudey, saya pula yang tak jumpa huruf, Abdullah pula yang jumpakan untuk saya =P
BIARKAN ANAK2 BERSERONOK BERMAIN SAMBIL BELAJAR =)
No comments:
Post a Comment