Sunday, February 17, 2013

Cucur Udang masakan Abang Abbudey

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...

Antara aktiviti abang Abbudey semasa cuti raya cina yang lepas ialah membantu saya menyediakan sarapan pagi =)

Antara yang pernah dimasak ialah sup sayur dan roti salut telur.

Ini juga adalah antara minatnya buat masa ni.

Kali ini, Abang ABbudey akan membantu membuat cucur udang. =)

1st step: kupas kulit udang
potong bawang

tumis bawang hingga wangi

goreng udang sedikit
Bancuhan:
tepung
telur
garam
serbuk hilal
soda bikarbonat 

campurkan udang yang sudah digoreng. Boleh je campur cabai dan sayur apa pun mcm daun kucai,
taugeh, tapi bahan2 tu semua sudha kehabisan stok dalam peti ais...
jagi guna jelah apa yg ada.

Kemudian campurkan air dan kacau  sampai adunan likat, jangan terlalu lembik
gaul hingga sebati

ALhamdulillah, hasilnya sesudah digoreng

membancuh air milo sendiri.

kadang2 anak ini bagai berangan2 bila membancuh atau dan menyediakan
makanan mudah sendirian...

berangan jadi chef kot...

alhamdulillah siap
cuci pinggan mangkuk
Bila adik bangun tidur dan sarapan, adik akan kata: "sedapnya, macammana mama masak?"

Saya akan jawab: "Abang ABbudey yang masak, tanya Abang ABbudey."

Dia akan tanya Abang ABbudey dan Abang Abbudey akan cerita step by step resepi dan  cara membuatnya. =)

Adunan cucur tadi buat lebih untuk diberi kepada makcik jiran sebelah.

Ini adalah puding jagung balasan dari makcik jiran sebelah =)

Budaya 'tukar juadah' masih ada lagi kawasan perumahan kami.
ALhamdulillah, hubungan kejiranan yang mesra
=)



Moga anak ini lebih berdikari di masa hadapan. Amin. =)


2 comments:

  1. alahai sejuknya hati.....makin berkenan nak buat menantu nih....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. =)

      Saya pun sentiasa mendoakan isteri yang solehah utk anak2 dan menantu yang solehah utk kami menyambung perjuangan... erk! ^^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...