Friday, December 28, 2012

Mereka lakukan apa yang pernah kita lakukan

بسم الله الرحمن الرحيم

1) Abang Abbudey pernah bertanya kepada saya apakah 'benda' 4 segi yang orang selalu lukis atas rumah tu?

Sebenarnya saya dahulu pun selalu tertanya apakah benda itu. Bila kita nampak orang lukis, kita pun ikut lukis juga...

Itu sebenarnya ialah corong asap. Begitu jugalah yang dijelaskan kepada saya ketika kecil dahulu. Oleh kerana di Malaysia, kita tidak mempunyai musim sejuk, jadi rasanya mana ada rumah yang ada corong asap kan?

Bila datang syria, barulah saya faham 100% apa sebenarnya fungsi benda 4 segi atas bumbung rumah tu. Perkara yang kecil tapi menjadi pertanyaan kanak2


lukisan draf Abang Abbudey yang bertanya tentang corong asap itu
(dalam bulatan merah halus tu)


2) Di dalam video ini, rakaman Abdullah yang sedang 'main pondok2' dalam rumah. Menyusun semua bantal yang ada dan buat khemah di sekelilingnya. Kemudian tidur bersama permainan kesayangan. 
Perkara yang selalu juga kita lakukan ketika kecil, dan kini anak2 kita pula lakukannya. Keseronokkan yang hanya kanak2 sahaja yang mengetahuinya.




Kesimpulannya, kebanyakkan tabiat kanak-kanak sama seperti kanak-kanak lain. Kegemaran mereka sama, kitalah yang perlu jelaskan mana yang baik dan mana yang buruk.

1 comment:

  1. Anak-anak adalah cermin diri kita. Sbb itu, teguran dan penjelasan yang baik penting untuk pemahaman diri mereka. Belajar ttg sebab dan akibat. Mcm kita dulu2 pun, byk buat salah. Cuma harap kesalahan itu tidak di duplicate oleh anak2.

    Mana2 kesalahan, janganlah diwarisi :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...