بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 26/4/2021
Saban hari sembang dengan suami tentang pembelajaran Al Quran, antara perkara yang dirumuskan:
1. Bacaan Al Quran perlu SENTIASA diperbaiki, makhraj, panjang pendek dan tajwidnya.
Peranan pelbagai pihak sangat penting.
Ada rakan dalam bidang akademik (SK dari kecil) tapi bacaan Al Qurannya baik. Kerana ayahnya (bukan ustaz) dan tokwannya melatih anak cucu baca Al Quran dengan konsisten (dan garang😅)
2. Hafazan Al-Quran bukan hanya tambahan baharu. Ulangan itu penting agar tidak lupa. Ulang semaksimum mungkin.
Yang buat hafazan lama pun belum tentu mantap hafazannya, apatah lagi yang hanya tambah hafazan baru tanpa mengulang. Kemungkinan untuk lupa itu adalah besar.
*Video tahun 2016, Abdullah 8 tahun.
3. Kebolehan untuk baca dan hafaz Al-Quran dengan baik itu berbeza antara kita. Doakanlah sentiasa agar anak/pelajar dibukakan hati, dapat ingat Al Quran dengan baik, dimudahkan untuk menghafaz dan menuntut ilmu.
4. Faham, tadabbur dan amalkan Al Quran jangan dilupa. Tapi bukanlah semuanya nak dikuasai sedebuk dalam masa yang pendek.
Perjalanan bersama Al Quran adalah perjuangan seumur hayat kita.
*Nota video: Beza bacaan Al Quran Abdullah seiring dengan peningkatan usia.
Video tahun 2020 (12 tahun) Masih perlu usaha tanpa henti untuk meningkatkan kualiti bacaan Al Quran
Semoga hubungan kita dan zuriat kita terus kuat bersama Al Quran.