Thursday, October 29, 2015

Melatih anak-anak membaca buku tanpa gambar

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya dapat merasakan peningkatan prestasi membaca Abdullah dari masa ke semasa.

 InsyaALLAH bulan 11 nanti Abdullah akan masuk 7 tahun.

Untuk tahun ini, saya banyak mengajak dan memberi dorongan kepada Abdullah untuk membaca buku yang panjang-panjang, tanpa gambar.

Jika dahulu, dia cukup suka dengan buku yang berwarna-warni, lukisan yang besar, tulisan yang besar-besar seperti kanak-kanak lain, kini saya banyak biasakannya untuk membaca buku cerita hitam putih, kurang gambar dan banyak tulisan.

Alhamdulillah, anak-anak soleh ini mudah dibentuk dan diajar dengan syarat kita mesti bersama-sama mereka dan memberi galakan kepada mereka.

Untuk menggalakkan Abdullah membaca buku cerita tanpa gambar ini, Abdullah akan meminta saya bergilir-gilir membaca buku dengannya.

Abdullah satu mukasurat, dan saya satu mukasurat.

Baca dengan suara yang kuat.

Sambil baca mesti menguap, Abdullah akan mengajuk saya menguap dan gelak...huhuhu.

Abdullah juga sangat bersemangat untuk menghabiskan buku yang dibacanya hingga ke mukasurat terakhir.

Jika sudah habis baca Al-Quran lepas Maghrib, dia akan mengajak saya membaca buku bersamanya.


Antara buku yang telah selesai dibaca ialah:
Buku cerita 106 mukasurat

150 mukasurat


Buku cerita yang sedang dibaca bersama Abdullah sekarang ialah:


165 mukasurat


Moga selepas ini, anak-anak rajin membaca kitab-kitab dan buku-buku yang sarat dengan ilmu pula, InsyaALLAH.

Alhamdulillah.

Allah suburkan minat membaca dan menuntut ilmu dalam diri kami semua.


Monday, October 26, 2015

Faedah menulis blog yang mula dirasai

بسم الله الرحمن الرحيم

ALhamdulillah, sedar tak sedar hampir sembilan tahun blog ini wujud.

MasyaALLAH, cepatnya masa berlalu... tak terasa 9 tahun telah berlalu.

Walaupun ada pasang surutnya dalam mengisi entri dalam blog ini, namun saya berharap moga ia sedikit sebanyak ada memberi faedah kepada pengunjung blog ini, InsyaALLAH.

Setelah 9 tahun menulis blog ini, saya mula dapati banyak faedah yang saya dapat dari menulis blog ini, walaupun kebanyakkan hanya berbentuk peribadi, pendidikan homeschool anak-anak dahulu dan pendidikan Al-Quran dan agama kepada anak-anak.

Antara faedah menulis blog yang amat saya syukuri ialah:

1-  apabila menulis buku tentang pengalaman sendiri.

Blog banyak membantu dan mengingatkan semula kejadian dan cara mendidik anak-anak ketika kecil dahulu.

Ramai dari kita malas menulis diari, tapi tanpa kita sedari, banyak kenangan dan memori yang hilang dimamah usia. Tapi bila menulis blog, Alhamdulillah, ia dapat mengingatkan semula kenangan-kenangan tersebut.

Sampai adakalanya berkata pada diri sendiri:
"Rupanya dulu macam ni aku ajar anak-anak."

"Seronoknya zaman rajin buat aktiviti dengan anak-anak dulu. Sekarang anak-anak dah besar, banyak berdikari dalam urusan mereka. "


2- Begitu juga dengan kenangan berkunjung dan melancong ke tempat-tempat menarik. Ia dapat mengingatkan semula kenangan manis tersebut.


3- Anak-anak juga sangat seronok bila membaca semula blog ini kerana banyak kenangan mereka ketika kecil yang tiada dalam memori mereka boleh dirujuk semula....

ALhamdulillah.

4- Saya selalunya menerima pelbagai soalan tentang pelbagai tajuk dan adakalanya tajuk tersebut pernah saya ulas di dalam blog, jadi dengan adanya blog mudah untuk saya copy semula ulasan tersebut dan menjawab soalan kepada orang yang bertanya.




Salah satu sebab lagi kenapa saya lebih menggemari menulis di blog berbanding di Facebook walaupun ramai yang sudah meninggalkan dunia blog dan banyak berkongsi di Facebook ialah bagi mengelakkan komen-komen negatif yang tidak membina, meruntuhkan semangat (oh...sangat takut bila membaca komen-komen di laman-laman FB, bagai tiada dosa pahala sesuka hati mengutuk menghentam) dan pujian yang menimbulkan ujub dan takabbur dalam diri dan juga like yang membuatkan kita syok sendiri.


Petikan dari buku di bawah
.
.
.
.
.
.
.



Dalam blog ini, kita tidak begitu terkesan dengan kunjungan dan folowers. Saya anggapkan ia umpama orang membaca diari kita tanpa kita sedari. Samada orang nak puji atau nak keji di belakang, ia tidak memberi kesan kepada diri kita untuk terus menulis.

Bagi saya juga untuk mencari entri lama di dalam blog lebih mudah berbanding mencari tulisan lama kita di timeline Facebook, agar sukar untuk ditemui.

Alhamdulillah.. rasa amat bersyukur dengan adanya blog yang banyak membantu kini. Moga ia dapat menjadi pemberat neraca kebaikan kita juga. Amin

Friday, October 23, 2015

Cabaran anak menghafaz Al-Quran dengan bertajwid

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Jumaat.

Selamat membaca Surah Al-Kahf.


Cabaran apabila anak-anak sudah menghafaz banyak surah-surah dalam AL-Quran ialah mereka akan suka 'pecut laju' ketika mengulang surah-surah lama.

Ini saya nampak terjadi kepada ramai penghafaz AL-Quran termasuklah Abdullah dan Abdul Rahman.

Namun ia bukanlah suatu perkara yang boleh dibiarkan begitu sahaja.

Tak boleh hafal dan ulang Al-Quran tanpa bertajwid!

Tak boleh ulang AL-Quran dengan speed!

Hafal Al-Quran MESTI dengan bertajwid, itulah yang selalu saya titipkan kepada anak-anak.

Jika dibiarkan dan dibiasakan mengulang AL-Quran dengan tidak bertajwid, nanti susah dan diperbaiki bacaannya bila sudah biasa baca dengan tidak bertajwid dan laju.


Video kali ini (dah lama tak rakam video, maaf tab juga tiada flash, jadi nampak gelaplah ye) adalah Abdullah (bulan 11 ni genap 8 tahun) yang mengulang Surah Al-Mudathir (yang telah lama dihafaznya) (sebelum diperdengarkan hafazannya kepada mama) dengan usaha dengan membacanya dengan perlahan dan bertajwid. Dirakam tanpa pengetahuannya.

Ada hari Abdullah juga suka mengulang dengan laju dan langgar segala panjang pendek dan hukum tajwid, namun bila sering ditegur, pada hari tersebut, dia beruasaha untuk baca dengan bertajwid.

Bila ditunjukkan video ini kepada Abdullah, dia rasa seronok dan bangga sebab bacaannya bagus dan minta ditunjukkan kepada baba (dengan malu-malu).



Alhamdulillah, moga anak-anak terus istiqamah dengan menghafaz Al-quran dengan memberikan hak-hak tajwid dan terus memahami AL-Quran, mentadabbur dan mengamalkannya. Amin

Tuesday, October 20, 2015

Mengawal penggunaan internet, permainan games, tv dan hiburan kepada anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم


Zaman makin canggih, pelbagai hiburan terlalu senang untuk dinikmati oleh anak-anak, namun terlebih berhibur itu boleh membuatkan kita dan anak-anak terlupa tujuan utama kita hidup di muka bumi ini, jadi semuanya perlu kepada KAWALAN dan GARIS PANDUAN.

Anak-anak juga mahukan kecanggihan yang seiring dengan zaman moden ini. Kalau orang lain main games di tab, mereka juga mahu, kalau orang lain menonton tv, mereka juga mahu juga, kita sebagai ibu bapa inilah yang perlu memberitahu mereka baik buruknya dan mengawal mereka supaya tidak terjebak kepada yang haram.

Beberapa garis panduan yang saya lakukan bersama anak-anak:

1- Jangan sekali-kali menonton tv, kartun, filem, bermain games YANG HARAM, YANG ADA WATAK TIDAK MENUTUP AURAT.

Memang dari kecil, itu yang ditekankan.


2- Hiburan dibenarkan jika kewajipan telah dilaksanakan dengan sempurna.

Jangan biarkan mereka menonton TV atau bermain jika masih belum solat, tidak baca Al-Quran lagi, tidak siap kerja rumah.

Ajar mereka apa yang lebih penting dan lebih patut mereka lakukan selain duduk berjam-jam mengadap games dan tv

3- Hiburan dilarang jika ada kesalahan dan prestasi yang buruk

Jika terdapat aduan main dalam solat, bermain dalam kelas, hafazan dapat C, maka dilarang sama sekali untuk menonton tv dan bermain games pada hari tersebut.

4- Had masa

Yang paling penting ialah melatih ada dengan had masa.

Beritahu mereka sebelum mereka menonton tv dan bermain games bahawa mereka hanya boleh main sehingga jarum panjang di nombor 6 sahaja contohnya (selama setengah jam).

Sebutkan jarum panjang di nombor berapa supaya mereka tidak mengelat mengatakan:
"Tak cukup lagi setengah jam."

Jika sudah cukup masa, pastikan mereka menutup terus tv dan games yang dimain

5- Ketegasan dan disiplin

Dalam melaksanakan apa-apa peraturan pun, jika tiada disiplin dan ketegasan, tidak akan berjalan.

Ketegasan tidak bermaksud kekasaran. Tetapi anak-anak tahu bahawa mereka perlu melaksanakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.


6- Contoh yang baik

Ibu bapalah yang paling penting menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak.

Bagaimana anak-anak boleh dikawal penggunaan internet, tv dan games jika ibu bapanya asyik 24 jam berkepit dengan HP dan menonton tv?

Jika ingin anak-anak membaca Al-Quran, kita perlu tunjukkan dahulu.

Jika ingin anak-anak membaca buku, kitapun perlu membaca bersama.

Jangan biarkan TV tu 24jam sentiasa terpasang di rumah, biarkan ia lebih kerap ditutup dari dipasang.


7- Perhatikan apa yang mereka main dan tonton

Ketika anak-anak bermain games dan menonton TV pasti ibu bapa bersama mereka, buatlah kerja sambil mereka di sebelah anda menonton tv atau bermain games supaya mereka tidak terlihat perkara yang haram seperti iklan yang bukan-bukan samada dalam games dan tv.

Remote control di tangan anda dan password internet dalam pengetahuan anda.

KAWALLAH IA DENGAN BAIK!

Allah bantu jika untuk mendidik anak-anak dan menjadi pemimpin bagi golongan yang bertaqwa.


Tuesday, October 13, 2015

Info buku: 60 kisah jenaka (nikmat membaca buku bersama anak anak)

بسم الله الرحمن الرحيم

 Buku kali ini saya pilih dan belikan untuk anak anak. Sebab utamanya ialah saya seakan akan mempunyai memori yang menyeronokkan terhadap buku jenaka.

Rasa dulu masa kecik kecik, seronok bila baca buku jenaka, berkongsi jenaka dengan mak dan adik beradik dan gelak kuat kuat beramai ramai.

Terapi!

Sekali sekala memang seronok begitu.


 Bila melihat buku jenaka ini,  teringin untuk membeli, membacanya dengan anak anak dan gelak beramai ramai.


Tetapi buku ini bukanlah buku jenaka bodoh, lawak bodoh. Tapi ia lawak pandai yang penuh maksud yang tersirat.

Sukar untuk gelak.

Hanya satu dua cerita sahaja yang kami boleh gelak.

Kisah kisah dalam buku ini penuh dengan pengajaran dan teladan.





Walau bagaimanapun Abdullah tetap bersemangat untuk membaca buku yang setebal 150 mukasurat ini sehingga ke helaian terakhir.

Pada waktu lapang, Abdullah akan membaca buku ini dengan suara kuat dan minta saya bergilir membaca buku ini dengannya dengan suara yang kuat.

Seorang 1 kisah.

Layankan saja sementara dia begitu semangat membaca hingga habis buku dan sementara dia bersikap comel membaca buku dengan suara kuat itu.


Satu detik yang indah, berharga dan nikmat yang disyukuri selalu.


Nanti bila dia dah besar, tentu momen2 seperti ini akan dirindui.



Saya juga puji dan seronok dengan semangat Abdullah membaca buku sehingga tamat.

Walaupun matanya terpejam, sudah mengantuk, dia tetap tunggu giliran saya selesaikan bacaan mukasurat yang terakhir.

Bila dah selesai, terus lena.

Mungkin puas hati dapat mengkhatamkan buku tersebut.


Lepas ni boleh kita sambung baca buku yang lain pula, insyaAllah.
Abdullah yang tekun membaca dan Abdul Rahman yang gigih melukis.


Allah suburkan rasa cinta membaca dan ilmu dalam hati kita semua.

Tuesday, October 6, 2015

Info buku: Cinta 3 rasa ( bukan buku novel ya)

 بسم الله الرحمن الرحيم

Saya memang telah lama ingin mengumpulkan buku hasil tulisan Ustazah Noraslina Jusin, isteri kepada Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, bila mendengar nama dan kata katanya sering disebut sebut. Tips tips yang baik dari beliau yang sering dkongsikan oleh kawan kawan.

Buku cinta 3 rasa ini bukanlah buku novel. Umur 30an, minat kepada novel sudah pudar, lebih minat kepada fakta dan ilmu kehidupan.



Buku ini banyak menceritakan alam rumah tangga dan pendidikan anak anak.

Saya habis membaca buku ini dalam masa 3 hari.

Buku tentang cerita memang biasanya cepat sahaja habis dibaca kerana seronok.





Banyak ilmu, muhasabah dan pengajaran yang boleh didapati dalam buku ini.

Cerita cerita dari kehidupan penulis yang banyak ikhtibarnya.





Saya dapatkan buku cinta 3 rasa ini dengan diskaun 20% ketika promosi Galeri Ilmu tempohari.







Bagi anda yang sudah berkahwin ataupun belum, buku ini banyak manfaatnya dan teladan.

Cara penyampaiannya santai dalam bahasa yang indah.

Selamat membaca.

Saturday, October 3, 2015

Info buku: Didiklah dari hati - Buku keibubapaan yang bagus dan menarik!

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku ini saya beli kerana sangat tertarik dengan tajuk bukunya:

"Didiklah dari Hati."

Tajuk yang amat menarik hati dan perhatian saya lalu terus membeli.



sebab kenapa anda pelu beli buku ini
Buku ini amat mudah bahasanya tetapi ayatnya amat 'sentap'. 

Yang menarik lagi buku ini mempunyai banyak gambarajah dan gambar-gambar yang sangat menarik







hadis yang ditakhrij




Buku ini amat baik untuk kita ulangkaji semula halatuju dan niat kita untuk mendidik anak-anak. Juga buku ini dapat memberi peringatan dan pengajaran kepada ibu bapa cara mendidik anak-anak.




antara ayat yang 'sentap' !

harganya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...