Thursday, April 29, 2021

Set Lego saiz semut

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 23/11/2020

Rasanya ini adalah Lego saiz terkecil pernah saya lihat.



Hanya untuk mereka yang benar-benar sabar saja.


Kita tengok yang dah siap pun pening kepala.


Ahmad Zaid tukang beli, lepas tu dia minta Abang Abdullah tolong buatkan.😅

Tak disarankan untuk anak-anak kecil, takut tertelan.

 

Tuesday, April 27, 2021

Musabaqah Al-Quran Iqra' Ar Ramadhaniyyah channel Iqra'

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika up status Whatsapp peribadi, saya seperti terperasan, seingatnya belum lagi update dalam blog ini tentang aktiviti anak-anak menyertai pertandingan Al Quran Iqra' Ar Ramadhaniyyah pada bulan Ramadhan tahun 1441H/ 2020.




Kami menghantar video ini secara online untuk peringkat saringan, namun tidak berjaya.



Walaubagaimanapun ia adalah satu pengalaman yang akan dikenang.

Sunday, April 25, 2021

Hadiah harijadi 15 tahun lalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 23/11/2020




Kitab yang saya baca sekarang adalah hadiah harijadi suami yang ke 23 oleh sahabatnya 15 tahun lalu.

Yang terlintas di fikiran ketika ini:

1. Rasanya mungkin satu-satunya hadiah harijadi yang masih tersimpan elok.

2. Banyak pahala pemberi hadiah bila kitab ini masih dibaca, malah dijadikan bahan usrah syabab (Usrah Ustaz-ustaz Muda di Maahad).

Untung kan?

 

Wednesday, April 21, 2021

Jangan ditewaskan oleh perkara remeh

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/11/2020


Antara topik yang diminati dalam kitab جدد حياتك (perbaharui hidupmu) ialah:






Begitu juga dosa-dosa
kecil ibarat api yang bakal membakar diri jika dibiarkan berterusan.


Tuesday, April 20, 2021

Kerepek pedas asam boi Nenda Penyayang

 بسم الله الرحمن الرحيم


Selera kita mungkin berbeza.


Biasa saja terjadi, ada orang rasa makanan tersebut sedap yakmat, tapi kita rasa biasa saja....


Kerepek pedas asam boi dari Melaka ini adalah kesukaan saya. Tak terlalu pedas, Ahmad pun boleh makan. Manis-manis masam dan berlemak rasa ubinya. Lebih 5,6 kali dah ulang beli kerepek ini.


Jangan bayangkan banyak asam boi, mungkin terjumpa sebiji dua sahaja asam boi .


"Sebab kami letak dalam 7 biji asam boi je puan😁. Sekali sira 20kg. Ada yg dapat ..ada yang tak dapat😅. Kalau letak banyak nnt sambal pahit." kata penjualnya.


Jika 'terpengaruh' dengan entri ini, boleh hubungi nombor tersebut.😁


Sekadar berkongsi kesukaan.

Saturday, April 17, 2021

Plan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم


 Beberapa hari lalu, bertanya kepada seorang sahabat tentang perancangan Ramadhan beliau.


Ramadhan hadir tak lama, perlu kepada perancangan, lagi² orang perempuan yang ada hari² cuti yang membuatkan Ramadhan menjadi agak suram dengan roh ibadah, sungguh terasa bezanya☹️



Platform untuk menambah ilmu, meningkatkan keindahan Ramadhan terbuka luas samada di media sosial atau dunia realiti.


 Semoga dapat kita manfaatkannya dan memaksimumkan kehadiran Ramadhan ini. Amin

Ubati racun kerisauan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/11/ 2020


Hidup seharian kita dipenuhi dengan kerisauan dan kebimbangan.

Dan yang kita risaukan sekarang ialah tentang penularan wabak Covid.

 Antara bab yang saya baca dalam buku جدد حياتك (Perbaharui hidupmu), bab racun kebimbangan.



Risau tentang macam-macam.

Antaranya tentang:

Masa depan

Membaca buku ini membuatkan rasa banyak perkara yang nak kena buat dan banyak perkara belum selesai.

Tuesday, April 13, 2021

Minda kanak-kanak era Covid

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/11/2020



Ketika sesi belajar membaca semalam:

👦🏻: Awat depa boleh main kat luaq? Awat depa tak pakai mask?

🧕🏻: Depa tak PKP.

👦🏻: Ooo..Depa takdak Covid ka?

🧕🏻: Ya.

👦🏻: _Terus merenung gambar dan berfikir._

Begitulah minda anak² era Covid ini😅


Friday, April 9, 2021

Makanan antarabangsa di Maahad Al Iman

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/11/2020


Kepelbagaian warga Maahad Al Iman membawa kepada aneka jenis makanan di sini. Ada yang melekat menjadi kesukaan.


1. Jeruk lobak:

 Pengalaman tinggal di negara Arab menyaksikan mereka memang sangat banyak makan sayur, yang fresh dan juga yang dijerukkan. Kegemaran kami kerana gabungan rasa masin dan rapuhnya lobak. Tapi ramai tak boleh pi😅. 




2. Ikan masam:

Ikan yang diperap bersama beras dalam buluh, lebih kurang macam pekasam. Anak-anak pun suka. 


3. Yasaikai:

Sagu yang berintikan daging dan disaluti minyak bawang putih. Alhamdulillah ramai yang suka.


Alhamdulillah nikmat merasai makanan antarabangsa tanpa keluar dari Maahad. Dan sama-sama kita cuba amalkan sunnah Nabi S.A.W dengan tidak mencemuh makanan sekalipun tidak kena dengan citarasa kita 

Monday, April 5, 2021

First trial menggunakan Apps Mindomo

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/11/2020


Inilah adalah hasil pertama menggunakan Apps Mindomo


Sangat mudah untuk buat peta minda menggunakan handphone saja.


 Nota dari buku yang dibaca sekarang:

علماء زهدوا في الشهرة

(Ulama yang menolak kemasyhuran)


Antara manusia yang paling terkenal ialah: Para Nabi, Rasul, Khulafa' Ar Rasyidin dan ulama.




Amalan, perlu sembunyikan atau terangkan?


Inilah antara kupasan buku ini.



Thursday, April 1, 2021

Lagi buku yang berinspirasi

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/11/2020


 Antara penulis buku Malaysia yang saya ikuti dan dapat banyak inspirasi dari buku mereka ialah:


Dr.Zulkifli Al-Bakri dan Ustaz Lokman Makhtar.



Banyak hasil karya mereka saya kumpul dan selesai baca.


Karya mereka memberikan inspirasi dan semangat menuntut ilmu.



Buku yang penuh informasi tapi dihidangkan secara santai dan tidak membosankan.


Satu kepuasan dan semangat berkobar-kobar apabila selesai membaca buku-buku seperti ini.


Sesuai bagi yang baru mula mencari buku untuk memupuk hobi membaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...