Saturday, January 30, 2021

Reviu buku: Seadanya Kuterima

 بسم الله الرحمن الرحيم




"Sebagaimana dikau bersihkan wajahmu agar cantik dilihat orang, sucikanlah hatimu juga agar indah dipandang Allah."

Ibarat membaca kehidupan sendiri. Begitulah perumpamaan ketika membaca buku ini. 

Semua kita tak lari dari ujian. Bukan hanya kita seorang sahaja diuji Allah. Ramai insan lagi berjuta kali lebih hebat ujiannya. Semoga kita lulus dengan cemerlang, mengambil keputusan dengan tangan kanan.


Tuesday, January 26, 2021

Bentuklah hati dan minda anda

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 31/10/2020



"Baba, mana lagi penting, baca buku atau baca Al-Quran?"


"Dua-dua penting, kena pandai bahagi masa untuk baca keduanya."


Bacalah. Anda sedang membentuk hati dan minda, untuk diri anda dan masyarakat.


Bacalah, rasailah kesannya.


Sungguh. Bacalah. Bacalah dengan hati dan minda.

Friday, January 22, 2021

Reviu buku: Rezeki di hujung jari

 بسم الله الرحمن الرحيم





Koleksi cerita suka duka peniaga. Menceritakan pentingnya hubungan diri dengan Allah, hubungan diri dengan manusia. Adab sopan, etika komunikasi, kejujuran, kecekalan dan tips peniaga berjaya dunia dan akhirat.

Nabi SAW pernah bersabda:

 
إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ فُجَّارًا، إِلَّا مَنْ اتَّقَى اللَّهَ، وَبَرَّ، وَصَدَقَ

Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan] jujur.” 

[Riwayat al-Tirmizi]


Monday, January 18, 2021

Reviu buku: Relakslah!


بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 27/10/2020




Tanpa kita sedari, ramai orang mempunyai perasaan takut dan risau terhadap banyak keadaan, seperti kita juga.

Kisah² benar yang menarik memberi motivasi kepada kita untuk mengawal rasa takut dan bimbang.

Mungkin ada kisah-kisah yang pernah anda alami😅

Istimewa lagi buku ini, bukan hanya berkongsi kisah-kisah, disertakan juga pelbagai tips seperti tips mengeluarkan diri dari belenggu hutang, low self esteem, potty training, memilih jodoh, memecahkan fear factor dan banyak lagi.

 

Thursday, January 14, 2021

Emosi bila bangun pagi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Setiap pagi kita bangun tidur dengan emosi yang berbeza.


Ada hari rasa bertenaga dan ceria, hari yang lain pulak rasa tak larat, hampa, kecewa, tak mau pergi kerja, sedih......


Apa sekalipun mulakanlah hidup di pagi hari dengan bersyukur:



 الحَمْدُ للَّهِ اَلَّذي أَحْيَانَا بعْدَ مَا أَمَاتَنَا وإِلَيْهِ النُّشُورُ. رواه البخاري.


Segala puji bagi Allah Tuhan yang menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami dan kepadaNya kita dikembalikan.

Sunday, January 10, 2021

Reviu buku: Suhu, Sembilu Kasih Seorang Guru

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17 Oktober 2020


 Walaupun zaman dah canggih dengan ebook, tapi membaca dari buku fizikal lebih nikmat dan selesa.



Cerita-cerita dalam buku ini samada kisah benar atau rekaan,ia banyak menambahkan idea, panduan tentang dunia perguruan.


 Menyelami ujian dan cabaran dalam bidang ini, menyelami pengalaman, jerih payah, hati guru-guru yang lain.


Kisah-kisah pengalaman seperti berjauhan dengan pasangan dan anak, ditukar sekolah, mengajar kelas pendidikan khas, dilema melanjutkan pengajian sambilan, berdepan dengan pelbagai latar belakang manusia di samping berbicara tentang kemenjadian insan.


Sungguh berbaloi membaca buku ini.

Wednesday, January 6, 2021

Menyertai pertandingan hafazan Al-Quran Itqan peringkat kebangsaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 17/10/ 2020.

Alhamdulillah bulan lalu Abdullah menyertai pertandingan hafazan Al-Quran Itqan peringkat kebangsaan.



Mengambil sijil penyertaan

Ketika berlangsungnya pertandingan

Para peserta selepas tamat pertandingan

Ahmad turut sama memberi semangat kepada Abdullah


Tok dan Wan juga turut hadir memberi sokongan kepada Abdullah

Insyaallah ada rezeki untuk anak-anak pada masa hadapan.

Abdul Rahman pernah menjadi johan bagi kategori 3 juz ketika pertandingan hafazan Al-Quran Itqan 2018

Ketika di peringkat saringan bulan Mac 2020


Peserta yang menyertai peringkat saringan

 

Saturday, January 2, 2021

Walaupun kalah....

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 17 Oktober 2020





 "Tok dengan Wan ikut sebab nak adik menang, tapi adik tak menang 😢." Luah Abdullah dalam kereta.


Hakikat kehidupan bukan selamanya ceria. Kedukaan yang kita hadapi agar keceriaan lebih manis dirasakan.


Satu anugerah yang indah bila 3 generasi ini berjemaah membaca Surah Al-Kahfi dalam perjalanan Pagi Jumaat itu. Walaupun simple, tapi ia berbunga di hati.


Kekhilafan pasti ada kerana inilah dunia, tapi yang positif pun ada, renungilah penuh kesyukuran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...