Tuesday, July 30, 2013

Kisah Lampu Dan Buku

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah minat membaca buku setiap hari makin meningkat bila meletakkan buku di birai katil. Dapatlah membaca buku pada masa lapang dan sebelum tidur

Tapi, ada sedikit masalah pula bila suka membaca dalam bilik gelap (sebelum tidur)....satu cara membaca yang tidak baik. Merosakkan mata yang sedia empat.

Selepas ditegur kerana sering membaca dalam gelap, saya pun memasang niat untuk membeli lampu bacaan mini yang mudah diletak merata2 (haha)

inilah hasil mecari di Google:

SATU

sumber:
Google Image


DUA

sumber:
Google Image

TIGA

sumber:
Google Image
Ketiga2 ni amatlah menarik perhatian dan rasa tersangatlah ingin memilikinya kerana dapat memudahkan dan menambah minat membaca sebelum tidur dan menghilangkan tabiat membaca dalam gelap.

Tapi bila dicari (tak cari sangat pun, masuk 2,3 kedai je), tak jumpalah pula..jadi ambillah penggantinya yang mempunyai fungsi yang hampir sama. 

Ciri2 yang diingini:

1- Lampu mini wireless 
(senang nak letak merata dan tak perlu cari soket)
2- tak perlu dipegang
(sebab nak pegang buku)

Alhamdulillah, akhirnya menjumpai lampu ini:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

memenuhi ciri2 yang disebut diatas.
mini
wireless
tak perlu dipegang

Walaupun kelihatan tidaklah secanggih lampu2 mini yang dijumpai di Google,
tapi ALhamdulillah cukuplah ia membantu memberikan cahaya untuk membaca sebelum tidur
dan pada waktu2 lapang.

fungsinya yang membantu

murah je...
beli di Mr.DIY
InsyaALLAH usaha ini membuatkan masalah penglihatan tidak bertambah teruk INsyaALLAH. amin3

Sunday, July 28, 2013

Info Buku: Transformasi Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku ini saya beli pada awal Bulan Ramadhan lagi...Alhamdulillah telah selesai dibaca...bukunya tidaklah tebal mana. 

Isinya pula seperti biasa, penulisnya akan membawakan cerita2 dan membuatkan kita muhasabah dan berfikir beberapa detik.....

inilah bukunya

muka belakang

saya beli buku2 ini secara online bersama beberapa buku lain
kandugan buku ini

antara isi kandungan buku ini lagi


terdapat juga beberapa resepi khas dari Ustaz Hasrizal


Buku2 Ustaz Hasrizal memang menarik dari segi penceritaannya dan iktibar di sebalik kisah yang disampaikan. Kisah2 tentang Bulan Ramadan dan juga hari raya adakalanya memberi sindiran yang berkesan dalam diri pembaca buku ini.

Selamat Membaca.

Friday, July 26, 2013

Info Buku: Biografi Inspirasi: Prof Dr Muhaya. Sejernih Sinar Matamu

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila kita melihat orang yg berjaya, tentu sekali kita ingin tahu perjalanan hidupnya dan rahsia kejayaannya dengan harapan moga2 kita juga dapat mencontohi kejayaan mereka.

Itulah sebabnya saya membeli buku ini:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


buku yang baharu sahaja berada di pasaran

harganya:
RM80

isi kandungannya





terdapat banyak gambar perjalanan hidup prof muhaya.

ada juga kata2 yg selalu diucapkan oleh Prof Muhaya


terdapat beberapa resepi dari Prof Muhaya



al-fatihah

Bagi saya buku biografi ini amat menarik, menceritakan tentang susah payah, sedih dan gembira hidup seseorang sebelum mencapai kejayaan, memberi motivasi kepada diri kita untuk lebih bersemangat dalam kehidupan.

Wednesday, July 24, 2013

Senarai Surah Hafazan Yang Amat Membantu (ALhamdulillah)

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini ingin berkongsi tentang betapa saya rasa beruntungnya bila dah ada Senarai Surah Hafazan anak2 di sini.

Nampaknya senarai surah2 hafazan ini membantu saya bila mendengar surah2 hafazan anak2 yang lama2.

Jazakillahu khairan kathira kepada Ummu Muhammad yang mengusulkan cadangan untuk membuat senarai surah hafazan ini



Bila anak2 sudah banyak menghafal surah2, saya pula yg lupa surah2 yg sudah mereka hafal. 

contohnya bila sudah habis ulang Surah Yasin, lupa pula surah apa yg dah dihafal, ingatkan lepas Surah Yasin, anak hafal Surah Al-Fath, rupanya ada Surah Dukhan, jadi senarai hafazan ini banyak membantu saya supaya tiada surah yg tertinggal diulang


kalau tertinggal ulang surah, lama2 nanti senang lupa pula. Nauzubillahi min zalik.

Moga ALLAH permudahkan urusan anak2 hafaz Al-Quran.
amin3

Monday, July 22, 2013

Sepetang di Empangan Tasik Mengkuang, Penang

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebenarnya kami pergi ke Tasik Mengkuang, Penang sebelum  Ramadan lagi, hari ini baru berkesempatan nak kongsikan.


Ramai yang pernah datang ke sini akan bercerita tentang keindahan pemandangan di sini.


menuju ke tasik
mereka seronok berlari2 dan bergolek2 atas rumput turun ke bawah sana

bermain air sahaja.
tidak dibenarkan mandi di sini.
sangat bahaya
 Di sini, ramai yang datang untuk joging di trek joging yang cantik mengelilingi tasik ini. Dengan udara yang segar dan pemandangan yang indah...
MasyaALLAH
pemandangan yang indah

Ada juga yang datang untuk rekreasi bersama keluarga. Tapi di sini tiada jual apa2 langsung kerana mereka menitikberatkan kebersihan di sini.



bawa makanan ikan dari rumah  untuk beri makan ikan2 di sini

MasyaALLAH.
lihat airnya yg jernih hingga boleh nampak ikan2 di dalam air itu


anak2 sangat seronok

ikan2 yang meminta makanan

bersama anak2 dan anak saudara.

                                  LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

MasyaALLAH, besarnya nikmat ALLAH yang mencampakkan rasa tenang dan seronok dalam hati kita bila melihat keindahan ciptaanNya MasyaALLAH

Saturday, July 20, 2013

Tambah ilmu dan muhasabah bersama Prof .Muhaya

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak akhir2 ini, alhamdulillah saya berkesempatan untuk selalu mendengar rakaman motivasi dan muhasabah diri yang disampaikan oleh Prof Muhaya.

ALhamdulillah, hampir setiap hari Allah beri kesempatan untuk mendengarnya.

Bagi pandangan saya, kata2 Prof Muhaya amat memberi inspirasi dan muhasabah diri wpun berulang2 didengar.

bolehh lihat di sini:
http://www.youtube.com/user/radioikim/videos?tag_id=&shelf_index=1&view=0&sort=p

Bagi saya, cara pencapaian Prof Muhaya menarik minat pendengar dan penonton kerana:
1- penuh ilmiah
2- teknik dan cara yg lembut (terus masuk dalam hati)
3- byk memberi penyelesaian dan solusi
4- byk memberi idea2 yg bagus untuk motivasi diri
5- pandangan yg berlainan terhadap matlamat hidup (bukan hya untuk luaran shj)
6- teguran yg bernas (sll kena batang hidung sendiri)

boleh lihat di sini
http://www.youtube.com/playlist?list=PLYxQr9G8OxKEAIywvlJ5rviDnBMoxJnZq



jom sama2 tambah ilmu,  motivasi dan muhasabah diri
=)

Thursday, July 18, 2013

Camping?!

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya tak pasti jika orang lain pernah lakukan begini sewaktu kecil dulu, tapi saya dan adik beradik pernah lakukannya semasa kecil dahulu.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

BERKHEMAH DI DALAM RUMAH. 
(oleh kerana kami tinggal di rumah kedai dahulu, jadi nak berkhemah juga, kena berkhemah dalam rumah la)


sekarang ini anak2 pula berkhemah di laman rumah.
Memang tidur sungguh malam tu di luar rumah.
Siap letak kipas, tapi malam tu sejuk je.
sangat sejuk!
 sebab paginya mendung dan hujan sahaja.
anak2 kata:
" lebih sejuk dari tidur dalam bilik air cond ! "
Ajak sepupu2 mereka yang tinggal selang 4 buah rumah utk datang bercamping bersama2
antara aktiviti mereka ialah kraf, main dalam khemah, solat dalam khemah....dll (buat bising)

budak2 lelaki.
selepas sudah bergusti dalam khemah

kalutnya adik Abdullah

set yang dibeli di kedai Mr.DIY.
Pernah diulas dalam blog ini sebelum ini.
warnanya pun banyak berbaki.
boleh buat warna batu atau kraf2 lain

 Aufa Husna,
sepupu Abbudey

hasil yg Aufa warna
warnakan satu lagi
hasilnya
adiknya. Uwais yg sebaya dengan Abang ABbudey
hasil yang Uwais warnakan

Adik mereka,
Ahmad Usayd, 3 tahun
Abang Abbudey

hasil yang Abang Abbudey warna

dan perkara yang mesti dilakukan time camping ialah  menyembang sampai tengah malam.
nasib baik esoknya cuti.
*malam yg sejuk dan nyaman, Alhamdulillah.
Anak2 kata lagi sejuk dari tidur dalam rumah.

lena sampai ke pagi.
Alhamdulillah
=)
siapkan homework dalam khemah.
haha...
menyiapkan 3D stickers kegemarannya.
pernah tulis DI SINI

Bagi saya anak2 sukakan berkhemah (wpun di laman rumah) adalah kerana mereka ingin merasa pengalaman yg baru, suasana baru dan belajar perkara2 baru....

Alhamdulillah, pengalaman yang baik untuk anak2 kenangkan, InsyaALLAH.

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...