Wednesday, October 30, 2024

Mudahkah mendidik anak-anak?

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/7/22


 Sungguhpun kalau memiliki semua harta dunia, tapi anak yang dimiliki bukanlah seperti yang diimpikan, itulah insan yang paling sengsara.


Anak itu adalah penyambung perjuangan, generasi, zuriat, aset pahala kita selepas mati.






Mendidik anak itu tidak mudah. Banyakkan menuntut ilmu, usaha dan doa.


{ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَ ٰ⁠جِنَا وَذُرِّیَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡیُنࣲ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِینَ إِمَامًا }


Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari pasangan dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Monday, October 28, 2024

Belajar hafal Quran: Cara yang sama, bahan belajar yang berbeza

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/7/22


30 tahun dulu, saya hafal Quran dengan cara ulang dengar BACAAN EMAK yang mak record dalam kaset dalam radio. Dah hafal lancar, baru tasmik dengan mak.


10 tahun dulu, Abd Rahman dan Abdullah hafal Quran dengan ulang dengar bacaan daripada pen Al Quran. Dah hafal,tasmik dengan mama.


Sekarang Ahmad Zaid hafal Quran dengan ulang dengar bacaan guba apps Al Quran Android dalam handphone. Dah hafal, baru tasmik dengan mama.





Teknik yang sama, dengan bahan bantu belajar yang berbeza mengikut PEREDARAN ZAMAN.


Dengan mama anak-anak belajar hafal Quran, dengan baba anak-anak belajar ilmu kehidupan, kemasyarakatan, ilmu bela lembu kambing dan banyak lagi.

Saturday, October 26, 2024

Lupa hafazan?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/7/22


Kelmarin saya tak dapat tasmik juz 21 dekat ustazah. Susah. Hampir setiap muka ada ayat mutasyabihat (serupa dan mengelirukan). Akhir Surah Al Ankabut dan Surah Ar Rum susah.


Stress sampai tak lalu makan seharian.



Pagi ni bangkit awal pagi untuk ulang lagi bagi lancar. Ulang Hafazan macam nak exam Al Quran. Sampai mengantuk dan tertidur. Alhamdulillah dapat tasmik pagi ni tanpa sebarang kesalahan.


"Mesti kuat fokus dan ulang hafazan banyak kali. Doa dan tawakal selepas usaha." Itulah nasihat untuk anak-anak kalau dengar depa hafaz banyak salah.

Thursday, October 24, 2024

Habis dah tak?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/7/22


"Habis dak gi hafazan cuti sekolah?." 






Tanggungjawab ulang hafazan jangan dilupa. Selepas 4 hari sibuk dengan proses korban sampai sambil makan pun boleh tertidur, hari ni sambung semula ulangan hafazan.

Tuesday, October 22, 2024

Nak mula membaca, tapi tak tahu nak baca apa?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/7/22


Sejak dulu, jika buku yang saya baca itu berkualiti dan saya rasakan mesti berkongsi dengan orang lain, saya akan tulis reviu tentangnya di sini:


https://cinta-rasul.blogspot.com/search/label/tentang%20buku.?m=1


Tak tahu nak baca apa? Pergi kedai buku, minta cadangan daripada penjual buku. Tentukan jenis buku yang anda nak baca, kekeluargaan, motivasi, muhasabah diri atau apa saja.




 BELI SEBUAH BUKU SAJA. BUKU YANG NIPIS LEBIH BAIK. JANGAN TAMAK, NANTI MEMBAZIR ! Dan mulakan membaca.

Sunday, October 20, 2024

Mencintai buku sepanjang hayat

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/7/22


Dari kecil saya mengenali buku sebagai TEMAN. Walaupun masa kecik banyak baca komik je, makin dewasa kita akan ubah jenis bacaan kita seiring dengan kematangan minda.



1. Antara buku yang dirujuk sebelum mendirikan rumahtangga. 


2. 17 tahun dulu, sebelum mendapat anak, kami sama-sama berdiskusi kitab Tarbiatul Aulad ini.


3. Bila lahir anak sulung, buku ini teman baik saya. Sebab masa tu di Syria, jadi bahan rujukan semua dalam Arab.


4. Buku kegemaran. Rujukan complete tentang kekeluargaan dengan gambarajah yang menarik.


Allah terus berikan peluang untuk terus membaca samada bacaan ringan, motivasi, ilmiah & lain-lain. MEMBACA ITU NIKMAT.

Friday, October 18, 2024

Anugerah seorang guru

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/7/22


Alhamdulillah. Satu anugerah Allah yang besar bila Allah kurniakan guru yang rajin tasmik anak murid walaupun pada hari raya. 



Moga istiqamah dapat menjaga Hafazan Al Quran hingga ke penghujung hayat. Moga berganda balasan yang Allah kurniakan buat ustazah.

Wednesday, October 16, 2024

Kelas tadabbur Al Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/6/22


Minggu ni tambah mengajar kitab baru. Kelas tadabbur Al Quran. Selang dengan kelas Fekah mingguan.


Menggunakan kitab

مفاتيح تدبر القرآن الكريم والنجاح في الحياة

Kunci² tadabbur Al Quran dan kejayaan dalam hidup.


Sangat terkesan dengan kelas Dr.Abu Anas Al Madani terangkan kitab ni. 


Kuliah yang disampaikan menaikkan semangat kita untuk menuntut ilmu dan memahami Al Quran.




Kita sampaikan pula ilmu kepada para pelajar. Moga bertambah ilmu untuk faham Al Quran.


Habis kelas tengok meriahnya pelajar banin pasang khemah tepi tasik. Bestnya 😍😍

Monday, October 14, 2024

Anak asyik kena mengaji sajakah?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/6/22


Sebenarnya masa mengaji Ahmad tidaklah banyak. Balik sekolah rehat, bersihkan sangkar kucing, main bola.....dah maghrib.


Bukan sekali tertidur bila suruh buat hafazan lepas maghrib.😅


Kalau waktu cuti, tak tahulah berapa round dia main bola sepak dengan abang-abang thanawi. Pagi, tengahari, petang. Nak jaga kambing lagi, bawa kambing jalan-jalan lagi. Sibuk betul.







Hanya baca Al Quran bila mama panggil.

"Hafaz dulu Surah Al-Munafiqun sebelum keluar rumah." Jadinya dia akan fokus betul bila menghafal, sebab nak keluar rumah. Dah lancar tasmik baru boleh keluar rumah.


Begitu jugalah abang-abangnya masa kecil dulu. Ada masa main, boleh main. Ada masa mengaji, kena mengaji.

Saturday, October 12, 2024

Foden, si anak 🐐yatim

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/6/22


Ahmad bawa anak 🐐 yatim yang diberi nama Foden (nama pemain bola sepak😅) jalan-jalan petang.



Jumpa abang-abang thanawi, abang-abang Thanawi kata: "Macam anak 🐕." 


😅


Antara komen yang saya terima:




🤣🤣

Friday, October 11, 2024

Alhamdulillah, kejayaan anak³ untuk tahun 2024.

 

بسم الله الرحمن الرحيم.


Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat Allah. Allah bagi banyak kejayaan untuk anak³ dalam tahun 2024 ni.


- Abang Abbudey: 8A SPM


- Abdullah: Naib johan pertandingan hafazan Al-Quran peringkat Negeri Kedah.


- Ahmad Zaid

  1. Johan hafazan Al-Quran majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara.
  2. No.2 peperiksaan pertengahan tahun.
  3. No.3 pertandingan hafazan Al-Quran Fannul Atfal peringkat zon selatan.
  4. No.5 pertandingan hafazan Al-Quran Fannul Atfal peringkat Negeri Kedah.


Ketika menang hafazan no.3 Fannul Atfal peringkat zon selatan, Ahmad tanya: " Tak dapat duit macam Abdullah menang hafazan Al-Quran peringkat Negeri Kedah ke?"😅


Ketika menang nombor 5 pertandingan hafazan Fannul Atfal, Ahmad dok berzikir: "Nak nombor satu. Nak nombor satu."😅


Pesan kat Ahmad: kena banyak bersyukur. Ramai lagi orang yang tak menang.


Alhamdulillah dapat nombor 5. Risau juga kalau dia jadi ujub, rasa diri hebat bak kata orang Kedah "sembang kemaih" kalau dapat banyak johan tahun ni.😅


Insyaallah tahun depan kita usaha lagi bagi dapat johan pula, insyaallah. Amin.


Alhamdulillah Allah rezekikan Ahmad untuk dapat banyak peluang masuk pertandingan hafazan Al-Quran. Sebelum ni Ahmad tak dapat banyak peluang untuk masuk pertandingan, ada saja syarat kelayakan yang tak dapat dipenuhi.


Alhamdulillah atas segala nikmat dan kejayaan yang Allah anugerahkan. Kena banyak lagi zikir dan ibadah.🤲🏻


{ فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابَۢا }

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Thursday, October 10, 2024

Bacaan Al Quran Ahmad Zaid (7 tahun)

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/6/22


SILA PERLAHANKAN SOUND HANDPHONE ANDA.



Teringat dulu waktu Ahmad kecik, bila ajar baca Al Quran suara perlahannya alahai..... Macam berbisik.



Antara komen kepada status Whatsapp ini yang saya terima ialah:








Loni, terdiam mama ..........😅


Nampak Ahmad berminat ke arah tarannum, Allah permudahkan urusan Ahmad Zaid untuk menuntut ilmu dan berjaya dalam bidang Al Quran yang diminatinya. Amin.

Tuesday, October 8, 2024

Reviu buku: Pejuang Fajar dan Siri Komik Peransang Minda. Dr.Ustazah Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/6/22


1. PEJUANG FAJAR:


Kisah yang lucu dan menarik tentang pemuda yang bernama Amru yang berjuang untuk bangun Subuh awal setiap hari, namun sering ditewaskan dengan rasa mengantuk yang sangat dahsyat.


Di sebalik itu, ada seorang ibu yang setiap hari tak jemu-jemu menasihati anaknya supaya mengubah diri ke arah yang lebih baik.



Cerita yang realistik dalam kehidupan harian kita.


Diletakkan juga komik-komik menerangkan isi buku. Kelakar tapi penuh pengajaran dan ilmu.






Sangat bagus. Memberi motivasi dan info tentang KEUNTUNGAN menjadi 'morning people'. Antaranya: lebih produktif, proaktif, lebih bermotivasi, berdisiplin, berjaya, memandang jauh ke depan.



2. KOMIK SIRI PERANSANG MINDA:


Mempunyai motif yang baik.




Komik yang ringkas namun sarat dengan pengajaran. Menekankan sifat-sifat mulia dalam diri pembaca.

Sunday, October 6, 2024

Yang MEMBENTUK diri kita

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/6/22


Apa yang kita dengar, tonton, baca setiap hari itulah yang MEMBENTUK diri kita.


Mulakan pagi dengan tambah ilmu dan sucikan hati.


Alhamdulillah Allah rezekikan untuk dengar perkongsian ilmu sambil kemas rumah dan bersiap pergi kerja.



Topik yang saya fokus setiap hari seperti: tafsir, motivasi, parenting, sirah, fekah, tazkiyatun nafs, hadis dan sebagainya.


Kuliah yang selalu ikuti/ download siap-siap samada dlm B.Arab/ B.Melayu. Kuliah yang menusuk jiwa selalu saya dengar dari Sheikh Rotib Nabulsi, Dr. A'idh Al Qarni, Prof Muhaya, Prof Kamil Ibrahim, Dr. Zulkifli Al Bakri, Sheikh Ramadhan Al Buthi, Sheikh Nuruddin, Dr.Abu Anas Al Madani dan banyak lagi.


Ilmu itu adalah nikmat.

Friday, October 4, 2024

Hikmah Kembara Jordan Syria. Siri 6

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis 12/6/22


Pesanan yang mama selalu titipkan untuk Abang Abbudey sepanjang musafirnya ialah JANGAN LUPA ULANG HAFAZAN AL-QURAN.


Alhamdulillah abang Abbudey tasmik dengan baba dalam perjalanan.



Walaupun hati agak kesal kerana tiada peluang untuk bertemu dengan para Sheikh kami di Syria, namun pada satu sudut ialah adalah lebih baik dihalang masuk ke Syria daripada dihalang keluar dari Syria. Itu lebih berisiko.





Baba agak cemburu juga apabila melihat sahabat-sahabat yang dapat masuk Syria dapat berjumpa dengan Sheikh-Sheikh yang mengajar kami di kuliah hampir 16 tahun lalu. Mama sentiasa doakan moga Allah gantikan kekecewaan ini dengan peluang yang lebih besar di masa hadapan. Amin.



Sungguh hidup kita ini hanyalah dengan aturan Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan segala-galanya.


Petang Sabtu 11/6/22, kami dikejutkan dengan berita kematian ibu mertua sahabat baba yang sedang musafir di Syria.


Isteri dan ayah mertuanya pula tidak mendapat berita tersebut.


Atas dasar membantu sesama sahabat, kami bergegas untuk mengambil isteri dan ayah mertuanya untuk membawa balik ke kampung.


Sungguh hati sayu dengan apa yang berlaku. Syahdu. Allah.....


Sungguh besar ujian Allah. Moga pahala dan kebaikan yang banyak untuk semua hamba Allah yang diuji.

Wednesday, October 2, 2024

Hikmah Kembara Jordan Syria. Siri 5

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis 12/6/22


Mama dan anak-anak tetap dan bersungguh-sungguh berdoa moga Allah permudahkan urusan baba untuk masuk Syria.


Kecuali Ahmad yang sangat seronok bila dapat tahu baba tak dapat masuk Syria dan terpaksa balik.







Baba dan Abang Abbudey menyewa di hotel bajet pada malam tersebut.


 Pagi ketiga di Jordan (8/6/22) Hari Rabu: 

Baba dan Abang Abbudey ke pejabat pelancongan untuk tempah tiket kapal terbang untuk balik.

Baba kata duit Jordan SANGAT mahal banding dengan ringgit Malaysia.

100 USD: lebih kurang RM445
100 USD: 73 Dinar Jordan


Tiket balik.
Alhamdulillah tak burn tiket lama. Cuma tambah duit untuk ubah tarikh awal seminggu dari tarikh asal.


Memang tak ada peluang untuk masuk Syria.



Mama redha. Takdir Allah pasti dengan kebijaksanaan dan hikmah yang Allah tentukan. Mama pujuk hati.



Kita dah usaha, namun kekuasaan Allah itu mengatasi segalanya. Pasti ada hikmahnya. Pasti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.



Malahan segala pengorbanan yang kita lakukan kita harapkan kebaikan daripada Allah.





Rakan-rakan dan para Sheikh juga mendoakan semoga ada kebaikan di sebalik kejadian ini.



Selepas selesai urusan tempahan tiket, baba tiada hati untuk berbuat apa-apa.



Masya Allah baba ceritakan bahawa pemandu teksi pagi ini juga sangat baik.



Dia membawa baba dan Abang Abbudey ke ladang buah-buahan dan tempat bersejarah di Jerash.







Di tapak bersejarah Jerash



Ladang buah-buahan



Pemandu teksi yang sangat membantu






Alhamdulillah. Setiap lesu yang berlaku Allah tunjukkan kasih sayangnya melalui hamba-Nya.


Malahan pemandu teksi itu masih berhubung dengan baba melalui WhatsApp ketika baba dah sampai di Malaysia.


Alhamdulillah baba dan Abang Abbudey sampai ke Malaysia pada hari Jumaat jam 1 pagi dan sampai di rumah jam 9 pagi.


Perjalanan 6 hari baba dan Abang Abbudey yang amat punyai banyak hikmah.


Bila mama fikir-fikirkan, mama bersyukur atas hubungan akrab antara kami sekeluarga dengan anak-anak yang meningkat remaja.


Alhamdulillah.


Bersambung.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...