Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, April 1, 2020

Kenangan Abdullah ketika di Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara 2019

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/10/2019

Abdullah bercerita tentang kisahnya ketika menghadiri majlis konvokesyen Huffaz nusantara 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu:


"Mama, ada orang tu kata kat adik: Untunglah adik khatam Al-Quran awal lagi dari kami. Lepas tu, semua orang asyik tanya umur adik."



Patutlah begitu.....

Ketika kami lihat gambar Abdullah dan Abdul Rahman ketika berbaris untuk masuk ke dalam stadium untuk majlis konvokesyen, Masya Allah..... Kelihatan Abdullah dan Abdul Rahman yang paling kecil dan muda sekali....

Huffaz yang lain kelihatan sudah dewasa.





"Mama, masa adik ambil skrol atas pentas pun orang yang bagi skrol tu tanya adik berapa umur adik..." Sambung Abdullah lagi.


Alhamdulillah... Allah kurniakan nikmat anak-anak mampu untuk khatam Al-Quran pada usia yang lebih muda berbanding orang lain walaupun pada hakikatnya mereka menghafaz dalam masa yang lama sejak sebelum masuk tadika lagi.


Semoga anak-anak dapat menjaga hafazan Al-Quran yang telah mereka hafaz dengan baik, dapat mengajarkannya terutama kepada Ahmad Zaid, mengamalkan dan berakhlak dengan Al-Quran.

Amin

Thursday, May 30, 2019

Istimewanya Ramadhan 1440H

بسم الله الرحمن الرحيم

Istimewanya Ramadhan tahun ini.

Syahdunya lebih.

Semangatnya lebih.

Moga dapat istiqamah hingga ke akhir hayat.

Istimewa lagi Ramadhan kali ini bila dapat melakukan ibadah iktikaf setelah bertahun lamanya tidak melaksanakannya kerana anak-anak masih kecil.

Tahun ini, membaca buku untuk lebih mengenali dan mencintai Allah Subhanahu wata'ala.

Apa yang difahami cuba dikongsikan, moga dapat pahala jika ia menjadi ikutan.

Moga Allah merahmati kita dan berikan hati yang ikhlas keranaNya.

Antara status Whatsapp yang dikongsikan.

Moga bermanfaat.





Masjid At Taqwa TTDI yang selesa dan sangat bersih.


Iktikaf di Masjid Kuala Ketil

Tarbiyah Ruhiyyah antara Ahli Sufi dan Salafi.

Banyak input yang membuat kita muhasabah diri betapa kita kurang dalam menimba ilmu meningkatkan kefahaman tentang cinta kepada Allah Subhanahu wata'ala.


Majlis ilmu juga dapat membuatkan iman bertambah dan muhasabah diri untuk lebih dekat dengan Allah Subhanahu wata'ala.

Moga Allah terima amalan kita, menjadikan kita hamba yang soleh, dicintai dan mencintai Allah subhanahu wata'ala.

Amin ..

Tuesday, February 12, 2019

Kematangan dan kedewasaan.

بسم الله الرحمن الرحيم

Mencapai umur 30an ini, saya semakin perasan bahawa diri lebih tenang, lebih mencari perkara yang positif dan tidak cepat melatah. Moga begitulah yang Allah jadikan.

Lebih tenang berbanding ketika usia 20an yang lebih mudah melenting.

Contohnya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, respon yang berlaku di usia 30an ialah:

1. Kita usahakan untuk mencari nilai positif di sebalik ujian yang melanda.

2. Mendoakan semua pihak.

3. Yakin bahawa pasti Allah akan beri perkara hebat kepada kita di atas ujian yang melanda.

Begitulah yang sering saya beritahu kepada anak-anak

4. Yakin bahawa Allah mahu kita muhasabah diri sendiri, memperbaiki diri ke arah lebih baik dengan ujian yang melanda.

5. Allah ingin kita dekat dengannya.

6. Ubah diri dengan fokus pada nikmat yang Allah berikan kepada kita berbanding fokus pada masalah yang melanda. 

Sebagai contoh, apabila diuji masalah, saya melihat nikmat anugerah Allah pada:
- Allah tunjukkan kasih sayang makhlukNya kepada diri kita. Moga ia adalah petunjuk kasih sayangNya kepada kita.

- Nikmat anugerah yang Allah kurniakan melalui anak-anak yang berakhlak baik dan nikmat bahagia bersama anak-anak.

- Nikmat yang Allah salurkan melalui pelbagai aspek lain.

7. Sudah-sudahlah kita berbalah dan bertelagah. Pilihlah untuk berdamai. Kita boleh cipta 1001 alasan untuk bertelagah. Perbezaan politik, perbezaan pendapat, salah faham hatta dalam hal yang remeh temeh,namun bersabarlah dan pilihlah untuk berdamai.

Kita pun ada buat kesalahan, anggaplah ia teguran kepada diri kita dari Allah melalui hambaNya.

Jika nak berlawan-lawan saling memburukkan tiada kesudahannya dan hanya menambahkan kekeruhan. 

8. Renung-renungkanlah Sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, bagaimana baginda berinteraksi dengan orang yang bermusuhan dengannya.

9. Doakanlah yang baik-baik, moga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada semua.

Moga Allah jadikan kita orang yang positif dan optimis sebagaimana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan menjadikan kita hebat di sisi Allah.

Moga Allah beri kita kekuatan untuk berjaya dalam ujian di dunia ini.

Dunia ini adalah tempat kita diuji dan kita akan mengambil keputusan ujian ini di akhirat kelak.

Jadikanlah kami orang yang cemerlang, Ya Rabb.

Sunday, December 9, 2018

Pilihan Tepat

بسم الله الرحمن الرحيم








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...