Bermula dari sakit pada malam khamis, ditahan tahan. Pagi khamis tu boleh pergi sekolah untuk hari ihtifal, dan berucap di hadapan ramai lagi. Selesaikan segala tugasan dan amanah. Doa moga Allah tentukan yang terbaik.
Sehingga Hari Jumaat masih boleh tahan sakit di rumah hingga ke maghrib. Apabila sakit makin kerap, rasanya memang perlu ke hospital. Fikir pula, susah nak solat maghrib kalau dalam perjalanan nanti. Jadi ambil keputusan untuk solat maghrib dulu dan baru ke hospital. Waktu maghrib sangat singkat, dengan kalut kalut macam ni, ditakuti terlepas pula maghrib, dah sampai hospital nanti susah pula nak solat. Perjalanan ke hospital ambil masa lebih kurang setengah jam.
Ahmad Zaid ketika berusia 2 hari |
Sampai sampai hospital, terus disuruh masuk ke labour room, kata misi bayi dah sedia untuk keluar. Waktu itu rasa bersyukur sebab dah lunaskan tanggungjawab solat maghrib dahulu di rumah.
Dalam mujahadah saat sakit memuncak di bilik bersalin, doa saya tak putus putus moga Allah mudahkan usaha mendidik anak yang bakal lahir ini dan anak anak semua, jadikanlah anak ini dan anak anak semua orang yang berilmu, hafiz alquran, faqih dalam urusan agama dan banyak memberi manfaat kepada masyarakat dengan berhikmah.
Hati dan lidah tak putus memohon agar Allah memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga di dunia dan akhirat, janganlah kami diuji dengan ujian yang tak mampu kami tanggung.
Sakit yang memuncak yang kembali dirasai selepas 7 tahun.
Suami di sisi berbisik doa agar Allah permudahkan segala urusan. Bibir mengulang ulang doa agar Allah menjadikan zuriat kami qurratu a'yun, dan menjadikan kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.
Doa dengan penuh pengharapan dan sungguh sungguh. Saat sakit mujahadah ini, moga ia diperkenankan oleh Allah subhanahu wa taala. Tiada kehebatan pada diri manusia melainkan anugerah dari Allah.
ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما
Alhamdulillah, amat bersyukur, Allah itu sangat baik dan berlemah lembut, telah mudahkan segala urusan dan memperkenankan banyak doa kami.
InsyaAllah entri akan datang akan berkongsi sebab pemilihan nama Ahmad Zaid