Thursday, December 31, 2009

DIJAMU MASYARAKAT SARAWAK

Kujungan rombongan kami selama seminggu di Sarawak disambut dengan penuh mahabbah oleh warga Sarawak.

Pokok jagung yang ditanam di bawah rumah


Abdullah melihat hujan yang turun lebat

Ke mana sahaja rumah yang kami singgah, tentu dijamu oleh tuan rumah dengan penuh bersemangat.

Menerima panggilan dari Kedah, orang cari awat ustaz x mai kuliah....

Koridor luar rumah yang panjang

Lebih-lebih lagi sewaktu bermalam di perkampungan Sadong Jaya. Hidangan bersalin hidangan disajikan kepada ahli rombongan kami.

Ini hyalah sebahagian sahaja dari hidangan yang disajikan
Bermula dengan kuih-muih dan teh, kemudian nasi dan lauk-pauk dan akhir sekali buah-buahan....Semua itu membuatkan kami tersandar kekenyangan.

Time mkn durian Sarawan pulak

Malahan peluang untuk menjamah pelbagai jenis makanan yg tidak terdapat di Kedah turut tidah kami lepaskan. Tapi, semua makanan yg dihidangkan sgtlah enak.
Abbudey bermain di ruang tamu rumah panjang di Sadong Jaya

Antara makanan Sarawak ialah: Burasak.

Burasak

Burasak ini adalah makanan tradisi masyarakat Bugis..proses membuatnya bermula dengan beras dimasak dengan santan sehingga separuh masak.

Burasak sebelum dikukus
kemudian dipadatkan dalam daun pisang sehingga berbentuk 4segi tepat tebal 1cm..kemudian diikat dan direbus selama 8 jam.. Ia juga dimakan bersama lauk seperti nasi.

Ikan terubuk goreng (sgt sedap dimakan jika diperah asam limau)

Terdapat juga buah Dabai yg bentuknya seakan2 buah kurma tetapi rasanya lemak manis dan sedap dicicah garam.


Buah Dabai

W/pun pada mulanya ada susah untuk menerima rasanya, tp lama kelamaan jatuh cinta pula pada rasa Buah Dabai ini.

Dabai lagi....

Menaiki feri untuk menyeberangi sungai, bayaran hya $1 utk sebuah kereta, dulu free....

Lebih dari itu, pelbagai kek dan kuih muih disajikan sepanjang kami tinggal di Sadong Jaya. Masyarakat di sana amatlah ramah dan mesra. Pasti dihhidang dengan makanan yg teramat byk.

Tidak melepaskan peluang mencuba membuat pasu w/pun x jd

Hampir semua saudara mara tuan rumah di sana inginkan kami mengunjung mereka di sana. Tapi apakan daya masa kami terlalu suntuk di sana. Malahan ada rakan2 di sana yg kecewa kerana kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk datang meziarahi rumah mereka.

Bandar Kuching

Terasa macam hari raya pula apabila menziarahi rumah masyarakat di sana dan diraikan dengan penuh kemesraan.

Antara rumah panjang
Walaupun keadaan rumah dan kemudahan di sana masih di peringkat kampung (terutama tandasnya yang masih di luar rumah), tetapi masyarakat di sana sgtlah mesra.

Abah, mak n cucu di depan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak di Gunung Sentubung.
W/pun begitu, batasan2 agama tetap dijaga dengan baik.

Merakam kenangan di hadapan Dewan undangan Negeri SArawak

Kumpulan wanita bersama wanita, dan lelaki bersama lelaki.

Rasa amat terharu apabila pemergian kami dari perkampungan Sadong Jaya itu ditangisi oleh masyarakat di sana dengan penuh kehibaan. Bangunan Dewan Undagan Negeri SArawak

Tidak disangka perkenalan hya sekejap itu membuatkan masyarakat di sana menitiskan air mata dgn pemergian kami. Begitulah masyarakat kampung yg berhati lembut.
Baba n Abdullah

Seperkara lagi yg amat menarik perhatian di perkampuangan Sadong Jaya ialah pemandangan hijau yg amat mengasyikkan.

Bumi Sarawak yg amat subur amat menggembirakan hati pabila melihat tumbuh2an di sana begitu subur. MasyaAllah.


Kami juga sempat menziarahi Pekan Sebuyau dah Simunjan di sana.

Pekan Simunjan
Pekan Sebuyau

Sewaktu di Kuching pula, kami sempat menziarahi Rumah bekas pesuruhjaya PAS yg pernah bertanding dalam piliharaya lalu sebagai Calon ADUN Sadong Jaya.

Kami sempat menziarahi Haji Adam

Calon2 PAS yg pernah bertanding dan yang bakal bertanding (yeke?)
(DAri kanan: Haji Adam (calon PAS di Sadong Jaya), Cikgu Ya (YB ADUN Jeneri), Amri (???))
Di sana kami dijamu pula dengan Laksa Sarawak yg dibuat sendiri.

Laksa Sarawak yg dibuat sendiri oleh tuan rumah


Hj Adam berbesar hati mengupaskan durian buat kesekian kalinya

Bukan itu sahaja, malahan pelbagai jenis kuih muih dan durian turut di bawa keluar. Kalau berntandang di rumah2 di Sarawak

Sesi makan2 lagi
mereka akan menghidangkan makanan yg sgt byk.

Masa untuk shopping Kek Lapis SArawak
Kena rasa semua sekali sblm beli

Ketika di Kuching juga, kami sempat singgah di semua gerai makan muslim yg menjual ayam panggang.
Sempat singgah ke Taman Buaya Sarawak

Abbudey yg sgt berani mendekati Buaya
Kesian buaya kebulur
Di Sarawak dipanggil manok. Rasa ayam panggangnya yg berbeza dgn ayam panggang di semenanjung bersama pencicahnya yg sgt sedap sentiasa membuatkan rasa terliur dan terasa ingin menjamahnya lagi.
Aksi Bahaya pemandu SArawak
Kalau dia brek, x tercampak ke durian tu kena kepala dia??!!

                                  LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI
Bersambung lg.......

Wednesday, December 30, 2009

MENGGAMIT UKHUWWAH DI BUMI KENYALANG


-->
Pada 23/12/2009 (Hari Rabu) alhamdulillah, perancangan kami untuk bercuti di Sarawak sejak bulan 6 yang lalu telah diperkenankan Allah.

Abbudey terpaksa ditolak bersama bagasi kerana letih berjalan


Kami keluar dari rumah pada pukul 3 ptg dan menuju ke Airport Penang dan terus terbang ke Kuching, Sarawak.
Salah satu kenderaan pengangkutan yg setia membawa kami ke mana sepanjang berda di Kuching

Hj. Rashid (pemandu van yang sangat penyabar)
Kami sampai di Kuching lebih kurang dalam pukul 8 mlm. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah.

Rumah pertama yg kami lawati sejurus turun dari kapal terbang
Rombongan kami yang disertai lebih kurang 20 orang warga Kedah. Keluarga kami saja dah 11 orang: Mak, abah, adik aku ARIF, AMIN, CT (dan suami dia MOHD n anak dia ALIA), aku anak beranak 4 orang.

Sebahagian dari ahli rombongan lelaki
(Dr kiri: Muhammad, Arif, PakLong Md.Nor, Pemilik Blog, Hj.Rashid, Cg. Ya, Abah)
(Depan: Abbudey dan Amin)
Turut serta dalam rombongan kami ialah YB Jeneri, Kedah, Cikgu Yahya Abdullah atau lebih dikenali dengan CIkgu Ya. lihat http://pkwr-jeneri.blogspot.com/.

Dia sekeluarga turut sama dalam rombongan ini.

Cikgu Ya YB ADUN JENERI

Kebetulan pula CIkgu Ya agak rapat dengan mak dan abah. Mereka juga sering bermusafir bersama dan pernah ke Kemboja dan Syria bersama.


Sampai di Kuching, urusan pengangkutan dan penginapan telah diuruskan oleh kenalan Cikgu Ya. Kerana itu rombongan kami disambut meriah dan penuh ceria oleh pihak di sana.

Berkongsi pengalama seorang YB sementara menanti Feri sampai ke darat

Kami menetap di sebuah homestay dua tingkat yg cukup selesa dan penuh dengan kemudahan.

Inilah rumah homestay tempat kami menginap di Kuching SArawak
Siap dapur, alat memasak dan mesin basuh baju. ALhamdulillah bayaran penginapan dan pengangkutan juga agak berpatutan. Memang puas hati....

Ruang makan (kotak atas meja itu berisi ikan terubuk untuk dibawa pulang ke Kedah)



Ruang tamu yang kemas dan terus kemas semasa kami menetap di sini
Malahan juga, kami sempat menetap dua hari satu malam di kawasan perkampungan di Sadong Jaya berdekatan dengan Kota Samarahan.

Sesi makan2 di rumah panjang di Sadong Jaya
Satu pengalaman yg menarik apabila dapat bermalam di rumah panjang masyarakat Sarawak.

Di sinilah kami menetap dua hari satu malam di rumah panjang di perkampungan Sadong Jaya, lebih kurang 3 jam dari Kuching


InsyaAllah, byk lg yg ingin aku ceritakan pada masa akan dtg.. InsyaALlah ada kelapangan akan aku kongsikan bersama......

Thursday, December 17, 2009

متى العودة؟


"متى ستعود إلى سورية؟"

"قريباً إن شاء الله."

هذا الحوار الذي جرى بيني وبين الشيخ ماهر ليلة عيد الأضحى الماضي. منذ زمان ما اتصلت باشيخ ماهر بسبب فقد رقم هاتفه. وبمساعدة صديقي في سورية، حصلت على رقم هاتفه الجديد.



SHEIKH MAHIR


لي حظ وفير بالصحبة مع شيخ عالم كبير فضيل في سورية. مضيت مع الشيخ في كثير من الأحوال مذ كنت عازباً حتى أصبحت أباً.

ما زلت أتذكر حين عودتي إلى ماليزيا بسبب الحرب في العراق. الشيخ يصاحبني إلى مطار دمشق الدولي ويعطيني مصحفه ويطلب منّي إعادته في المستقبل. يعني أنه يريد رجوعي إلى سورية وأعيد أليه مصحفه بنفسي. قال حينها : هذا المصحف فزت به في أول مسابقة حفظ القرآن شاركت فيها.



SHEIKH MAHIR TURUT SAMA PADA SAAT AKU MELAFAZKAN AKAD NIKAH


بعد أشهر من هذه الحادثة، رجعت إلى سورية مرة أخرى ولو كنت قد هممت بمتابعة الدراسة في اندونيسيا و لن أعود إلى سورية. وقد ذهبت فعلا إلى اندونيسيا لمدة شهر.


SHEKH MAHIR YG HADIR DI MAJLIS KENDURI PERKAHWINANKU DI RUMAH PPMS

,

كان الشيخ يشاركني في سروري وأحزاني. في حفلة زفافي، في مولد ابني الأول وفي أحيان كثيرة. هذه الذكريات كلها تجعلني أريد أن أعود إلى سورية.

قريباً إن شاء الله.!!!!!

SHEIKH MAHIR DI RUMAHKU PADA HARI TERAKHIR AKU DI SYRIA



BILA KAMU AKAN PULANG?


“Bila kamu akan pulang semula ke Syria?”

“InsyaAllah tak lama lagi.”

Itulah jwpn yg aku berikan ketika ditanya oleh Sheikh Mahir ketika menelefonnya pada malam Hari Raya AidilAdha beberapa Minggu lalu.


SHEIKH MAHIR BERUCAP DI MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL


Itulah kali pertama aku menelefon Sheikh Mahir yang brd Syria slps beberapa bulan tidak menghubunginya kerana kehilangan no.hpnya. Dengan pertolongan seorang sahabt di Syria, aku berjaya menjejak no.hp baru Sheikh Mahir.

Aku beruntung besar kerana mendapat bersahabat baik dengan seorang sheikh sepanjang pengembaraan aku selama 5 tahun di Syria.


SHEIKH MAHIR DAN USTAZ MAHMUD DI KENDURI PERKAHWINAN KU DI RUMAH PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA SYRIA



Seorang sheikh yang tinggi ilmu dan amalnnya tidak menghalangnya untuk berbaik dengan pelajar ajanib (asing) sprt aku. Byk pngalaman dan pngjrn yg aku kutip bersama sheikh Mahir. Beliau tidak lokek untuk mengutarakan pandangannya dlam apa jua topik.

Lebih dari itu, sheikh Mahir tidak pernah ketinggalan menghantar aku ke Lapangan Terbang ketika aku pulang ke Malaysia.

Teringat aku saat aku ‘lari’ pulang ke Malaysia ketika tercetuanya peperangan di Iraq tahun 2002.

Pada ketika itu, pihak kedutaan memberi pilihan kpd mana2 pljr untuk plg ke M’sia atau tinggal di Syria dan pesawat Charlie dari Malaysia telah tersedia untuk membawa kami terbang jauh dr peperangan.

Dan aku termasuk mereka yg pulang ke Malaysia kerana termakan pujukan dan rambang mata dengan peluang pulang ke Msia dengan percuma.

Saat berlepas di Lapangan Terbang Syria, Sheikh Mahir memberi aku senashkah quran kecil miliknya dan meminta aku berjanji untuk kembali memulangkannya semula kepadanya di syria.


Beberapa bulan selepas itu, doa sheikh Mahir diperkenankan Allah dan aku kembali semula ke bumi Anbiya’ ini w/pun plbagai halangan yg b’laku hingga aku tekad untuk menyambung pengajian di Indonesia dan tidak kembali ke Syria. Namun Allah lebih mengetahui hikmah kegagalan aku untuk menetap di Indonesia kerana masalah visa.


Sheikh Mahir byk bersama aku dalam detik2 bersejarah dlm hidup aku. Dia bersama aku ketika aku melafazkn akad nikah di rumah di Ruknuddin. Aku jg berkongsi kegembiraan myambut kelahiran putera sulungku dgnnya. Masih terbayang2 diingatanku saat aku membawa Abbudey pergi bersama Sheikh Mahir ke pejabat Sheikh Sukkar untuk ditahnikkan.



AKU (PALING KIRI) BERSAMA BARISAN SHEIKH, DAN SHEIKH MAHIR (KANAN SKALI)

Sejuta satu kenangan bersama sheikh Mahir membuatkan aku teringin sgt utk kembali semula menghirup keberkatan bumi Anbiya’

InsyaAllah. Tidak lama lagi......


MEMBISIKKAN PESANAN TERAKHIR KEPADA AKU SEBELUM BERANGKAT MENINGGALKAN BUMI ANBIYA'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...