Tuesday, February 23, 2016

Tambah Ilmu Al-Quran dalam permainan bayi

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah permainan Baby Mobile Toy Abdul Rahman ketika bayi yang dbeli di Syria 10 tahun lalu.. Alhamdulillah Abdul Rahamn merasmikannya, diguna ketika Abdullah bayi 7 tahun lepas dan kini digunakan oleh Ahmad Zaid pula.

Alhamdulillah permainan ini masih elok lagi walaupun tuannya sudahpun darjah 4.

haiwan2 itu akan berpusing-pusing bila dijalankan

Kami isikan elemen ilmu Al-Quran  pada permainan ini dengan melekatkan flash card felt Furqan yang dibeli.


Ahmad Zaid amat bersemangat dan sukakan permainan yang diwarisi dari abang-abangnya ini
Pelbagai reaksi dan bunyi suara yang dikeluarkan bila dia dapat bermain.


Moga Ahmad Zaid akan mudah mengenal huruf-huruf Al-Quran, membaca, menghafaz AL-Quran dan mengamalkannya.

Amiiin

Friday, February 19, 2016

Bayi belajar sebelum tidur

 بسم الله الرحمن الرحيم

Bayi yang di dalam buaian pergerakkannya terhad, ketika sedang mamai hendak tidur pandangannya kosong melihat ke atas.

Kami fikir apa yang elok diberi lihat ketika itu...

Alhamdulillah teringat flash card felt Al-Quran yang telah lama di beli.


sudah lena


Sangkutkan di atas buaian (dan audio AL-Quran yang sentiasa di pasang) supaya Zaid boleh melihat ketika hendak tidur, moga-moga mudah Zaid mengenal AL-Quran.

Amin

Monday, February 15, 2016

Video: Nasyid Baru Hamas

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah kemampuan anak-anak untuk menghafal dengan cepat melalui mendengar masih dikurniakan ALLAH kepada mereka walaupun mereka makin membesar.

Ketika saya berkongsi video nasyid terbaru Hamas kepada anak-anak hujung tahun lepas, cepat sahaja anak-anak dapat menghafalnya walaupun ia dalam Bahasa Arab.

Dengar sekali dua sahaja, sudah boleh mengalunkan semula nasyid tersebut.

Video ini adalah Abdullah mendendangkan Nasyid Hikayah Ajnad untuk memujuk dan bermain dengan Ahmad Zaid. Fokus benar Ahmad Zaid mendengar dan melihat Abangnya.


Video yang dirakam pada penghujung bulan lepas.







Link nasyid,
Posted by Aishah Hashimee on Sunday, December 20, 2015
Link video asal nasyid ini boleh ditonton di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=xjkvGcP-zdI

ALLAH berkati kita semua dan hindari dari segala kesusahan dan mala petaka.
Amin Ya Rabb

Thursday, February 11, 2016

Doakan Abdullah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah Abdullah telah berjaya untuk melayakkan diri bersama 10 orang terbaik dalam ujibakat pertandingan hafazan Little Huffaz 2016 di SP Inn pada bulan lepas. 

ujibakat di SP Inn

InsyaALLAH sabtu ini Abdullah akan bertanding lagi..


Mohon anda semua doakan Abdullah agar berjaya sabtu ini .

Gambar di bawah adalah gambar ketika latihan Little Huffaz selama 2 hari di Seri Malaysia Kulim beberapa hari yang lalu.













Ya ALLAH moga Abdullah dapat lakukan yang terbaik.. amin3

Anak-anak mengimbau memori mereka

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaALLAH... betapa blog ini terlalu banyak menyimpan kenangan indah bersama anak-anak.

Dari zaman mereka kecil hingga sekarang Abdul Rahman sudah darjah 4, 2 tahun sahaja lagi akan masuk sekolah menengah. Abdullah pula sudah darjah 3.

MasyaALLAH pantasnya masa berlalu... kita pun makin tua dan menghampiri ajal yang tidak kita ketahui.

Blog ini menyimpan memori pelbagai aktiviti anak-anak yang tidak kesemuanya mereka dapat ingat, lebih-lebih lagi Abdullah yang baru berusia setahun.

Abdul Rahman dan Abdullah sangat suka membaca blog ini bila diberi peluang.

Mereka dapat melihat semula aktiviti mereka dan pelbagai kenangan yang mereka tidak ingat.

Sangat seronok mereka berdua.

Lebih-lebih lagi Abdul Rahman yang lebih sensitif. Dia begitu tekun membelek blog ini hari demi hari, tahun demi tahun untuk melihat kenangan masa kecilnya.

MasyaALLAH.

ALhamdulillah, ada faedah blog ini kepada anak-anak juga...

Alhamdulillah..

Moga ada keberkatannya.

Amin.

Monday, February 8, 2016

Video: Memperkenalkan hafazan Al-Quran kepada bayi

بسم الله الرحمن الرحيم

Selain sentiasa memasang audio AL-Quran di rumah, antara cara lain untuk mendidik bayi dengan Al-Quran ialah membacakan sendiri ayat AL-Quran kepada mereka.


Video ini dirakam ketika cuti sekolah hujung tahun lepas.

Abdullah sedang menghantar ulangan hafazan Surah Al-Qalam kepada Mama sambil turut memperdengarkan hafazan tersebut kepada Ahmad Zaid.

Banyak manfaat di situ.
Abdullah dapat mengulang hafazannya.
Ahmad Zaid dapat mendengar hafazan abang.
Mama dapat tasmik Abdullah.
Abdullah belajar menjaga Ahmad Zaid.








Abdullah tasmik hafazan Surah Al-Qalam dengan Ahmad Zaid.
Posted by Aishah Hashimee on Thursday, December 24, 2015

Allah berkati kita semua. Amin.

Thursday, February 4, 2016

Video: Abdullah membacakan Surah AL-Fatihah kepada baby

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat Al-Quran mempunyai banyak faedah dan manfaat.

Ia adalah syifa.

Al-Quran adalah penenang dan penawar.

Bacakanlah Surah AL-Fatihah setiap hari pada bayi.

InsyaALLAH pasti ada kesan positif, InsyaALLAH

Abdullah membacakan Surah AL-Fatihah pada Ahmad Zaid.

Tenang sahaja Ahmad Zaid mendengar bacaan Al-Faatihah dari abangnya.

Alhamdulillah


Doa kami sentiasa, ALLAH jadikanlah anak-anak ini orang yang menghafaz Al-Quran, memahaminya, mengamalkannya dan memberi manfaat dengannya kepada orang lain.

Amin Ya Rabb.







Abdullah n Ahmad Zaid.
Posted by Aishah Hashimee on Sunday, December 20, 2015


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...