Monday, December 30, 2013

Jalan-jalan ke Taman Ular Perlis dan Padang Besar

بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun kami pernah berjalan di Perlis tahun lepas (baca di sini), tapi tahun lepas kami tak berkesempatan untuk ziarah Taman Ular dan kami tak pernah lagi sampai ke Padang Besar. Jadi tahun ini jalan2 semula ke Perlis... 
(sebenarnya tak tahu nak berjalan di mana lagi,  tapi tak nak jalan jauh2 sangat,)

Alah... Perlis dengan Kedah kan dekat je...

Bayaran masuk murah sahaja:
dewasa: rm 5
kanak2: rm 2
bawah 4 tahun: free

Jom lihat apa yg ada di Taman Ular, Perlis.

semestinya ada ular

ular lagi

errrr....ular juga...tapi gambar je

Taman Ular Perlis ini bukan sekadar ada ular sahaja, tapi macam mini zoo juga. Ada Arnab, buaya, merpati, ayam, ostrich, rusa.

memberi makan kepada rusa

Abdullah yang dah pandai membaca berminat untuk membaca signboard2 yang ada sampai ada pelawat yang tanya berapa umurnya.

saya baru nak ingat berapa umurnya, dia jawab: limaaaaa......

=D

Oh ..Abdullah sangat seronok dan berkeyakinan bila  dah pandai membaca sekarang.

kolam ikan sebelum pintu keluar


Ikan yang berwarna warni

Oh...anak2 sangat seronok dapat pergi mini zoo seperti ni... Abdullah tak berhenti2 bercakap, membaca, bertanya macam.

Selepas Taman Ular, kami pergi ke Padang Besar. 

Antara yang kami beli ialah baju dan souvenir untuk sepupu2 Abbudey (saya puji sikap Abbudey yang pemurah dan ingat untuk beli hadiah untuk sepupu2nya walaupun beli pakai duit baba... =P  )

beli jubah ini untuk Abang Abbudey sebab jubahnya banyak dah pendek2, boleh wariskan kapada adik.

harga jubah ini rm 38 (tanpa tawar menawar)

Malam sampai ke rumah terus dia strika sendiri jubahnya (pakai strika wap - bagi saya lebih selamat untuk anak2 belajar buat kerja rumah)  untuk pakai ke kuliah subuh pagi esoknya

Robot2 ni anak2 nak beli, tapi mereka baru je dapat hadiah bulan ini.
Abang Abbudey dah dapat hadiah boat control sebab habis Surah Ghafir...

tapi mereka nak beli juga..... 4, 5 kali dok pusing depan kedai ini.

 Kata mereka: "dekat tempat lain takde jual robot ini."

 jadi kalau nak beli juga, mereka kena guna duit tabung mereka sendiri supaya mereka rasa lebih bertanggungjawab dengan duit mereka

ok x?

harganya rm 20 je (tanpa tawar menawar)
p/s: kami tidak rajin untuk tawar menawar bila membeli belah kecuali kalau harga sangat mahal

oh....Abdullah sangat minat dengan robot2

Hadiah Abang Abbudey sebab berjaya menamatkan Surah Ghofir


KLIK DI SINI UNTUK MENGETAHUI LEBIH BANYAK LAGI TEMPAT MENARIK YANG MESTI DILAWATI

Saturday, December 28, 2013

Darul Aman Suite Hotel dan Tasik Darul Aman, Jitra lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Kami pernah pergi tinggal di Darul Aman Suite Hotel pada bula Ogos yang lalu (baca di sini) dan kami pernah juga bermain di Tasik Darul Aman tahun lalu (baca di sini).

Oleh kerana seronok pergi sana, cuti kali ini, sekali lagi kami pergi ke sana.

Kali ini kami tempah chalet ixora yang betul2 bertentangan dengan swimming pool.

betul2 bertentangan dengan swimming pool

pemandangan dari pintu depan chalet
Sangat dekat dengan swimming pool
anak2 khusyuk bermain playdough yang dibawa dari rumah

Bermain di Tasik Darul Aman memang seronok. Selain menaiki buggy, anak2 berkesempatan juga untuk menaiki  kereta go-kart

sewa untuk kereta 2 orang untuk 5 pusingan = rm20

go-kart di Tasik Darul Aman

Kemudian pergi menunggang kuda di Darul Aman Ekuestrian Park.

sekali pusing seorang = rm 5

MasyaALLAH anak2 sangat suka dengan kuda... mereka tidak takut pun untuk mengusap2 kuda dan menunggang kuda... selalu dah naik kuda... InsyaALLAH kalau ada rezeki nanti, cuba masuk kelas menunggang kuda pula.

Cerita di sebalik ini:
Sampai2 je di Darul Aman Ekuestrian Park, Abang Abbudey nak naik kuda putih, sebab sebelum ini biasa naik kuda warna coklat, warna putih tak pernah lagi, tapi kami segan pula nak minta2 untuk bawa keluar kuda putih.

Kata kepada Abang Abbudey:
"Kita naik sajalah kuda apa yang dia bawak keluar."

Tengok2 lepas 5 minit, pekerja tu bawak keluar kuda putih.

"Alhamdulillah." Kata Abbudey

"ALLAH makbulkan doa Abang Abbudey." 

Alhamdulillah.... kekalkan kebahagiaan kami sekeluarga hingga ke syurga...

Thursday, December 26, 2013

Bermain kad bersama anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara aktiviti yang seronok dalam musim cuti sekolah (yang tinggal beberapa hari je lagi....huwaaaaa ) ialah bermain kad dengan anak2.

Aktiviti ini walaupun santai, seronok2 je, tapi sebenarnya nilainya besar bila dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, bergelak bersama2.... Alhamdulillah...

Antara jenis kad yang kami main adalah ini:
digunting dari belakang kotak cornflakes yang menyediakan permainan ini
gunting dulu kotak cornflakes bagi kemas
Minat untuk bermain kad ini timbul kerana kami selalu tonton kartun Bim Bam yang selalu bermain kad ini:


Kartun Bim Bam yang selalu bermain kad


Cara bermainnya ialah:

step 1
susun dahulu semua kad dan sambungkannya


yang sudah siap dicantum
lihat selama beberapa saat sebelum diletak secara tidak tersusun


lihat selama beberapa saat


step 2:
terbalikkan (tutup gambarnya) semua kad
pilih 2 kad
lihat samada 2 pilihan itu betul dan bersesuaian ataupun tidak
siapa yang betul boleh simpan kadnya yang betul dan boleh  pilih lagi sekali.
Siapa yang salah, tak boleh pilih dah.

faham x?
kalau tak faham, boleh tonton video kartun itu

Keputusan permainan kali ini adalah SERI
3 - 3

Kelebihan aktiviti bermain kad seperti ini adalah:
1- mengeratkan hubungan kekeluargaan
2- menguji ingatan untuk meneka 2 kad yang sama
3- Belajar bersabar dan jalan mengikut giliran
4- Belajar sabar dan redha jika kalah (jgn menangis dan mengamuk jika kalah)
5- Belajar menjaga akhlak jika menang atau kalah (kalau menang jangan ejek2 orang, kalau kalah jangan mengamuk2)

ini adalah set kad yang dihadiahkan oleh sepupu Abbudey

teringat masa kecil dulu pun selalu main dengan sepupu2 waktu musim sekolah, tapi dah lupa langsung macammana cara untuk main kad ni.

Macam teringat2 saja kenangan gembira main kad seperti ini dengan adik beradik dan sepupu2 dulu.

dan 1 lagi kad Happy Family, pun lupa juga cara nak main =P

Moga aktiviti ringkas seperti ini akan menjadi kenangan indah budak anak2 pada masa kelak =)

Wednesday, December 25, 2013

WW: Akibat tidak rajin nak tangkap gambar

بسم الله الرحمن الرحيم

Inilah yang berlaku apabila tidak rajin nak tangkap gambar perkembangan arnab.....

setakat 2 kotak sahaja


arnab ini sekarang makin membesar, dah hampir 3 minggu. makin gebu dan gemuk.
Alhamdulillah

Tuesday, December 24, 2013

Ulangan Hadis Sohih Bukhari

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang dicatatkan di sini, keluarga kami menjadikan kitab 700 Hadis Sohih Bukhari sebagai silibus hafazan hadis.

kitabnya


hadis2nya pendek dan mudah2 sahaja

InsyaALLAH di sini rakaman terbaru ulangan beberapa hadis yang sudah dihafal oleh anak2 bersama dengan terjemahannya.


Allah berkati kita semua dan menjadikan anak2 ini pejuang agama ALLAH di masa hadapan. Amin2

Sunday, December 22, 2013

Alhamdulillah selesai sudah Surah Ghofir, mula Surah Al-Kahf pula

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah pada 11/12/13 yang lalu, Abang Abbudey telah tamat menghafal Surah Ghofir sebanyak 10 mukasurat. Alhamdulillah....(lihat di sini)

InsyaALLAH lepas ni Abang Abbudey akan Surah Al-Kahf pula



Nota: Kesian suara Abang Abbudey agak tersekat2. Ada beberapa kesalahan yang boleh diperbaiki dari masa ke semasa.


** Moga anak2 istiqamah dalam menghafal Al-Quran seterusnya mentadabburnya dan mengamalkannya. amin3

Friday, December 20, 2013

Facebook ibu2 yang rajin dan bersemangat mendidik anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Oh.... saya sangat suka membaca aktiviti homescool ibu2 dengan anak2 samada dalam FB ataupun blog. Melihat aktiviti mereka membuatkan kita makin bersemangat untuk mendidik anak2. Percayalah!

Kita akan dapat SEMANGAT dan IDEA untuk mendidik anak2.

Antara blog yang pertama saya jatuh cinta dengan aktiviti ibu2 dengan anak2 ialah:

Alhamdulillah. rezeki bertemu dengan penulis blog yang selalu saya ikuti. Blog yang membuatkan saya menangis sendirian di malam hari dan memikirkan plan untuk lebih rajin mendidik anak2


Dan baru2 ini saya banyak terlihat aktiviti ibu2 yang rajin ini dalam FB mereka ini.

Sebenarnya bagi saya, kerja merekodkan aktiviti ibu2 dengan anak2 mempunyai banyak faedah:
1- menjadi rekod kepada diri sendiri
2- boleh menjadi rujukan kepada diri sendiri (manusia banyak lupa)
3- kenangan indah bersama anak2 untuk dikenang di kemudian hari bila anak dah besar (percayalah!)
4- menjadi penaik semangat ibu untuk terus rajin beraktiviti dan mendidik anak2
5- menjadi rujukan kepada orang lain (banyak pahalanya)
6- memberikan idea dan semangat kepada orang lain untuk sama2 rajin mendidik anak2 dari kecik (satu budaya yang baik dan dapat melahirkan ganerasi masa hadapan yang berkualiti hasil didikan tangan ibu sendiri) InsyaALLAH


InsyaALLAH moga anda juga akan mendapat semangat dari kerajinan mereka dan banyak idea dari FB mereka ini, InsyaALLAH.

Jika anda mempunyai blog / fb perkongsian ibu2 yang rajin merekodkan cara mereka mendidik anak2 mereka, saya sangat suka jika anda dapat kongsikan di ruang komen =) 

NOTA: Tak perlulah risau jika orang nak kata menunjuk2 tayang dalam blog/fb aktiviti ibu2 dan anak dan cara mendidik anak2 kerana bagi saya berapa kerat sangatlah ibu2 yang mempunyai peluang keemasan untuk mendidik anak2 dengan tangan sendiri. 

Dan percayalah ramai ibu2 di luar sana yang sangat berhajat dan mencari idea untuk mendidik anak2.

Fokuskan kepada positif, yang negatif2 tu taruk dalam tong, dan tutup!


Nota:
Hari ni hari jumaat, jangan lupa:
1- Surah AL-Kahfi,
2- Banyakkan Selawat
3- Banyakkan doa (doakan saya & keluarga juga)

=)

Tuesday, December 17, 2013

Aktiviti anak-anak lelaki

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara ilmu yang saya perolehi ketika menghadiri seminar keibubapaan hujung tahun lalu (baca di sini) ialah:

Anak2 lelaki ini walaupun pada masa kecil mereka, mereka rapat dengan ibu, apabila mereka meningkat remaja dan membesar mereka akan suka untuk mengikut dan meniru ayah mereka.

Dari situlah ayah mesti memainkan peranan berdampingan dengan anak2 dan menunjukkan contoh yang baik.

Anak lelaki juga akan belajar sikap kelakian daripada ayahnya dan sangat berminat untuk turut serta dengan aktiviti yang lasak yang biasa ayahnya lakukan.

Dari situ mereka mengutip pengalaman dan pelbagai kemahiran untuk menjadi seorang lelaki yang berjaya dunia dan akhirat.

Jadi janganlah halang anak2 untuk terokai dunia lasak mereka (tapi jangan abaikan keselamatan mereka pula)


Aktiviti santai sebegini pun banyak manfaatnya:

1- Belajar berdikari dan menyelesaikan masalah
2- Membina sifat kelakian
3- Mengenal dunia luar dan alam sekitar
4- Belajar bergaul dengan orang ramai

Moga anak2 kita semua menjadi insan yang bermanfaat dan menegakkan Islam di masa hadapan. Amin Ya Rabb 

Sunday, December 15, 2013

Photobook yang kedua...


بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas mempelajari dan berkenalan dengan photobook buat kali pertama (ada cerita di sini), saya makin biasa bagaimana ingin mendesign photobook (tapi takdelah pakar mana sangat pun)

Dan pada bulan lepas, ternampak promosi gila2, photobook saiz 6" x 6" 40 mukasurat free di sini...jadi cubalah untuk mengasah skill membuat photobook lagi sekali....

Maka terhasillah photobook yang comel ini =)
(sangat puas hati dengan gambar2 yang dicetak... sangat comel dan ceria... kecik comel je photobook free ni)

hadiahkan kepada ibu bapa mertua untuk kenang2an

Kelebihan photobook berbanding dengan album gambar ialah kerana kita boleh mendesignnya dan mereka susun atur comel2....seronok juga membuat photobook ini. lagi2 kalau dapat FREEEEEEEEE......sapa tak suka kan? =P

Seronok belek photobook banyak2 kali sambil tersengih terkenang memori indah bersama keluarga. Alhamdulillah nikmat anugerah ALLAH yang besar... Alhamdulillah... =)

antara isi kandungannya
memori indah aidilfitri tahun ini
Alhamdulillah, untuk photobook kali ini saya belajar dari kesilapan lalu supaya lebih teliti, bersabar ketika mendesign supaya tidak menyesal apabila dapat photoboknya... =)

ALhamdulillah makin puas hati... alhamdulillah

Friday, December 13, 2013

Buku Catatan Kuliah Anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau dahulu, pada peringkat awal saya membawa anak2 mendengar kuliah2 di masjid, saya akan sediakan aktiviti2 senyap (boleh baca di sini, sini, dan sini) untuk mereka supaya mereka tidak boring dan mengganggu  kerana waktu kuliah yang agak panjang bagi kanak2. Biasanya sejam atau lebih.

Alhamdulillah sekarang anak2 pun dah makin membesar dan makin biasa dengan suasana kuliah di masjid2. Mereka mula faham dengan adab2 ketika berada di masjid walaupun ada ketikanya mereka 'lupa' dan 'bermain' di masjid

Satu perkembangan yang baik bila anak2 minta bawakan buku supaya mereka boleh mencatit poin2 kuliah seperti makcik2 dan pakcik2 yang mendengar kuliah... Alhamdulillah... satu kesan persekitaran yang soleh. ALhamdulillah


memilih diari2 lama yang masih banyak kosong untuk anak2
satu untuk Abang Abbudey dan satu untuk adik Abdullah
Jom kita lihat apa yang mereka tulis dalam buku catatan kuliah mereka


Yang ini buku Abang Abbudey
Alhamdulillah Abang Abbudey berjaya mencatat 10 poin dalam kuliah malam itu.
Moga mendapat ilmu yang berkat dan bermanfaat.
Moga dapat mengamalkannya.
Moga istiqamah.
Amin Ya Rabb
Antara faedah yang diperolehi dalam aktiviti ini:

1- Melatih mereka fokus dan peka dengan apa yang disampaikan dalam kuliah.
2- Mengasah lagi teknik menulis
3- Melatih untuk mencatit nota2 kuliah
4- Dapat mengulangkaji dan mengingat semula apa yang didengar dalam kuliah

Alhamdulillah satu aktiviti yang sangat banyak manfaatnya InsyaALLAH


sambungan catatan kuliah Abang Abbudey
Jom kita lihat pula apa yang adik Abdullah catat dalam buku catatan kuliahnya:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Ha..... ni dia!

ini lagi!

Tak mengapalah. Yang penting mereka dibiasakan untuk berada dalam suasana ilmu yang dinaungi sayap malaikat sejak kecil. InsyaALLAH banyak kesan yang baik yang diperolehi. InsyaALLAH lama kelamaan dia akan dapat mencatit seperti Abang Abbudey juga, INsyaALLAH


ALLAH berkati kita semua. amin!

Nota:
Hari ni hari jumaat, jangan lupa:
1- Surah AL-Kahfi,
2- Banyakkan Selawat
3- Banyakkan doa (doakan saya & keluarga juga)

=)

Wednesday, December 11, 2013

WW: Carta umur arnab peliharaan di rumah kami

بسم الله الرحمن الرحيم
* Maaf, guna arnab yang berlainan.

Abbudey kata:
"sehari dia warna merah, seminggu jadi hitam, 2 minggu jadi koko, dewasa jadi putih pulak....." 

..... bila setiap umur guna arnab yang berlainan....huhuhu

Tuesday, December 10, 2013

Photobook kami yang pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

Oh... saya tak pernah kenal photobook dan tak pernah buat sebelum ini.

Pertama kali saya tahu tentang photobook ialah ketika baca blog di sini:

Bila baca dalam blog tu, timbul rasa macam best je kalau buat photobook.

Lebih2 lagi lepas ada digicam/ handycam lepas Abbudey lahir, tak pernah2 ada album gambar dan tak pernah cuci gambar.

Jadi, tunggulah kot2 jumpa promosi murah buat photobook.

Dan...................

Beberapa bulan lalu, terjumpalah promosi photobook ini:

jumpa di sini:
beli di groupon
Jadi tunggulah masa lapang yang sesuai untuk mula mendesign photobook.

Tapi, nampaknya rasa terkejar2 dan malas nak design lama2.... setengah hari je dah siap...haha... malasnya nak mengadap berhari2..

Lepas tu, bila dah siap, menyesallah pulak tak design elok2, tak taip elok2 info gambarnya.....huhu



contoh isi photobook kami....
kalau tulis nama tempat ke, tarikh ke kan bagus...huhu
inilah akibat design nak cepat je

Saya order photobook ini dari pixajoy. Saya berpuas hati dengan hasil photobook yang dicetak. Warnanya ceria je...Perkhidmatannya juga cepat. Minggu lepas saya hantar order, minggu ni sampai photobook.



Abdullah sangat suka melihat photobook ni. Maklumlah zaman sekarang ni susah nak jumpa album gambar...
macam2 yang ditanyanya tentang gambar2 yg ada dalam photobook ni..
Betul kata Puan Nurbijen, lepas dapat photobook ni, akan jadi ketagih untuk buat lagi dan lagi dan lagi...hehe... sebab comel je tengok gambar2 kelaurga yang ceria2 dalam photobook. Lebih2 lagi bila anak2 pun suka belek tanya macam2. Mengenang semula  memori indah satu keluarga. =) ALhamdulillah atas nikmat kebahagiaan yang ALLAH berikan.....Kekalkan ia hingga ke Firdaus Ya Rabb... =)


Nota: Jika anda membeli photobook, pastikan anda bersabar untuk mendesignnya berhari-hari dengan penuh teliti, supaya tidak menyesal kelak bila menerimanya....huhu

Sunday, December 8, 2013

Sedim Rainforest Resort, Kedah

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa minggu lalu, kami sempat tinggal di Sedim Rainforest Resort. Sebenarnya dapat peluang ke sana sebab mengikut baba yang dijemput untuk memberi kuliah di sana.

bertentangan dengan gerbang ke Tree Top Walk,
tak sempat nak naik dan tak pernah naik langsung sebab nak cepat2
balik rumah dan terus ke Shah Alam untuk program MICF (baca di sini dan sini)

Siapa pernah naik?
Best tak?
ini waktu nak balik
Kami sampai di sini lepas Isyak, sangat gelap gelita.
Baca ayat kursi dan 3 qul banyak2

Perjalanan dari rumah ke sini adalah dalam setengah jam 

menuju ke cafe (dalam hutan) untuk bersarapan.


tepi2 itu adalah resortnya

Waktu malam sangat gelap gelemat, tiada lampu
(nama pun hutan kan? Bukan pekan)
Sarapan dalam hutan.
Sambal Nasi Lemaknya sangat sedap

Biliknya
Sangat sejuk pada waktu malam. Kalau rasa tak tahan sejuk, siap2 bawa selimut tebal lebih.

ALhamdulillah tiada nyamuk malam tersebut

Aktiviti anak2: melompat2, main2, tarik tali kejar dan macam2 lagi


untuk anak kecil, siap sedia dengan baju sejuk


apa yang Abdullah tengok tu?
Sampai duduk tekunnya tengok

oh cendawan rupanya?
Maklumlah tak biasa tengok cendawan seperti ini
Beracunkan cendawan ni?
air sungai yang menyamankan
anak2 diberi peluang untuk mandi, tapi mereka tak sanggup sebab sejuk sangat.
Rendam kaki sahaja.
MasyaALLAH



menyampaikan kuliah dalam hutan

Nota: Kalau berada di resort dalam hutan seperti ini dengan anak-anak, silalah bersiap sedia dengan simpanan makanan dan minuman yang mencukupi. 

Kalau tengah malam, anak lapar ke haus, mana nak cari kedai dalam hutan, jadi kena siap sedia dengan makanan.

Begitu juga dengan air untuk minum dan lain2. Tekanan air di sini rendah. Kadang2 ada air, kadang  takde, padahal dekat je dengan sungai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...