Sunday, October 30, 2022

Ahmad menghafaz Surah Al Alaq

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/4/2021


🧕🏻: Ahmad, mai hafal Surah untuk esok.

👦🏻: Tak mau, tak mau. Nak main bola.

----------------------------

Bila suruh ikut bacaan Sheikh Ayman Suwaid, bacaan Ahmad lagi dulu daripada Sheikh.



🧕🏻: Ni Ahmad ikut Sheikh baca ke Sheikh ikut Ahmad baca ni?😅


👦🏻: Ahmad habis hafal dulu, Ahmad menang.


Begitulah ragam kanak-kanak ni hafal Al-Quran, insya Allah makin lama makin mahir menghafaz. Amin.


Moga dapat khatam hafazan Al-Quran dengan hafazan yang mantap. Amin.

Thursday, October 27, 2022

Nikmat usia kanak-kanak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/4/2021


"Baba, cantik tak?" 

"Mama, cantik tak?"


Rasanya dalam 2 hari ni, lebih 20x Ahmad tanya soalan ni. Hinggakan ketika baba pergi solat terawih pun Ahmad send gambar tersebut ke WhatsApp baba. 


"Kawan Ahmad lukis, bagi kat Ahmad, pastu Ahmad kaler." Ceritanya. Minat melukis dan mewarna pada usia ini. Sampai lusuh kertas lukisan tersebut, ditampal dengan seletep.



Kami sedang menikmati saat usia kanak-kanak anak bongsu ini. Abang-abang sudah meningkat remaja.

Monday, October 24, 2022

Tanda kasih sayang

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/4/2021


Sokongan/ kasih sayang ada ketikanya tak dizahirkan melalui kata-kata. 


Abah sekarang tidak bekerja. Klinik Homeopati abah diuruskan oleh anak Ke2, 4 dan 7. Abah tiada media sosial hatta wassap sekarang (dulu ada), segala urusan abah, anak ke7 (Dijah) yang uruskan.



Abah pernah kata: "Sampai satu tahap umur kita, kita tak rasa nak kumpulkan harta dah, cukuplah hidup saja dengan apa yang Allah dah bagi."


Semoga pengampun dan keberkatan Allah bersama ibubapa kita selamanya. Amin.🤲🏻

Friday, October 21, 2022

Tak berkurang

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/4/2021


Di dalam Islam, tidak berkurangan apa yang diberikan jika ikhlas kerana Allah.


Sedekah yang diberikan, ada nilainya di sisi Allah walau kelihatan harta berkurangan pada zahirnya.



Ilmu yang dikongsi juga tidak berkurangan pada pihak kita.


Doa juga, tiada ruginya dan kita tidak kurang apa bila mendoakan orang lain.


Doakanlah kepada ibu bapa, anak-anak kita, saudara mara, para pelajar, guru-guru kita, rakan-rakan dan seluruh muslimin muslimat. Lebih-lebih lagi dalam Bulan penuh keberkatan ini.


Tiada apa yang akan berkurangan. Bahkan doa itu kembali kepada kita semula.


Nota gambar: Bukan jemaah solat era Covid19.

Tuesday, October 18, 2022

Persamaan antara menulis tesis dan menghafaz Al-Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/4/2021


Pengalaman lalu menghafaz Al-Quran dan menulis tesis membuatkan saya menyimpulkan beberapa persamaan antara keduanya:


1. Proses yang panjanggggg, mungkin saja boleh membuatkan kita jemu dan putus asa di tengah jalan.


2. Hati mudah saja membandingkan keseronokan aktiviti-aktiviti lain berbanding dudukkkk saja menghafal/ menulis tesis. Mana satu pilihan hati?



3. Menghadap emosi bila hasil kajian/ hafazan kita ditolak oleh guru/ SV.


Begitulah mujahadah. Bukan proses singkat. Sebelum berjaya.

Saturday, October 15, 2022

Tasmik mama

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 17/4/2021


 🧕🏻: Adik, mai tasmik mama.

👦🏻: Alah..Mama baca banyak😕

🧕🏻: Yelah, dulu kat tahfiz sehari mama kena murajaah 30 mukasurat.

🧔🏻: Dari kecik mama tasmik adik. Loni adik tasmik mama pulak



Tiba² terkenang masa mula balik Syria dulu, mak mertua selalu ajak nak belajar Al Quran, tapi malu dengan mak😅


--------------------------------------

Kalau dulu, kita saja yang tasmik anak², lani kita minta anak² pula tasmik hafazan kita. Moga ada yang dapat mereka contohi.


Adakalanya, keburukan kita mudah saja anak² terikut😅. Moga2 sedikit kebaikan kita dapat mereka contohi.


Nota: Saya sangat teringin nak tahu bagaimana cara orang dewasa lain menjaga hafazan Al-Quran agar tidak lupa.

Wednesday, October 12, 2022

Rasa yang nostalgia?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/4/2021


Ketika makan kurma sejok ini, ada satu perasaan nostalgik. Macam rasa sesuatu yang nostalgia. Apa dia ye? Macam rasa manis berbintik² kecik😅.


Makan sebiji lagi dan cuba ingat balik macam rasa apa ya?



Tak dapat ingat.


Esok harinya, makan sebiji lagi kurma sejok, sambil termenung fikir, macam rasa apa ye?🤔


Ahhh..Baru ingat..💡💡

Macam rasa buah ciku, belah utara orang panggil 'Buah sawa'. Lama dah tak makan buah ciku, itu yang lupa. Ya, bagi saya tekstur dan rasanya seakan-akan buah ciku, Subhanallah.

Sunday, October 9, 2022

Berlumba-lumba memberi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/4/2021


Alhamdulillah, petang kelmarin terima kurma beku daripada anak murid juga waris pelajar Maahad.


Tak berapa minit selepas itu, seorang lagi waris Maahad wassap kata nak hantarkan kek puding.

Alhamdulillah.

Masyaallah cantik sungguh keknya.

Begitu juga ketika di sekolah pagi kelmarin.

Ketika mengajar pelajaran Fekah kelas darjah 1.

Seorang pelajar perempuan datang memberikan kertas.

"Ustazah, ini untuk ustazah."

"Terima kasih, enti yang lukis ke?"


Beberapa minit selepas itu, seorang lagi pelajar perempuan pula datang menghulurkan kertas lukisan.

"Ustazah, untuk ustazah."

"Terima kasih."


Kemudian seorang lagi pelajar datang memberikan lukisan lagi.😅


Begitulah ragam anak-anak pelajar darjah 1.

Begitu juga pada minggu lepas.

Seorang pelajar perempuan memberikan coklat kepada saya.
Kemudian datang seorang lagi pelajar perempuan, mengeluarkan biskut dari beg bekasnya dan memberikan.

"Jangan, itu bekal kami, nanti kamu tak ada bekal pula untuk rehat nanti.😅"

Serba salah pula kita jadinya.😅

Alhamdulillah.

Semoga Allah memberkati mereka semua.
Amin.


Thursday, October 6, 2022

Bunga vs Dinosaur

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/4/2021


 👦🏻: Mama, mama lukis bunga...........Pastu Ahmad nak lukis dinosaur makan bunga mama...😑



#ZamanKanak²TakLama

Monday, October 3, 2022

Aktiviti Ahmad Zaid di masjid

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/4/2021


Pada usia 6 tahun ini (bulan 11/2021 nanti), Ahmad sangat suka melukis dan mewarna.


Bila di masjid, dia akan asyik mewarna.


Inilah beberapa hasil yang Ahmad Zaid warna:







Sebenarnya rasa tenang lihat kesungguhan dan minat anak-anak ketika ralit mewarna.


Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...