Tuesday, March 29, 2016

Ahmad Zaid Di usia 4 bulan

بسم الله الرحمن الرحيم

Perbezaan umur antara Ahmad Zaid dan Abang Abdullah selama 8 tahun membuatkan kami banyak lupa tentang perkembangan bayi.

Dan semestinya perkembangan kemahiran bayi dari sebulam ke sebulan sangat menjadi perkara yang menyeronokkan dalam keluarga dan pasti menjadi memori indah akan dirindui. 

Abang-abang Ahmad Zaid pun cukup seronok bercerita tentang perkembangan baru adik mereka. Bagai cahaya yang menggembirakan di dalam rumah kami.

Bila ahmad zaid pandai bersuara buat pertama kali, Abang Abdullah terkejut dan mula panggil mama dan baba untuk menunjukkan kemahiran Ahmad Zaid mengeluarkan suaranya dan menjerit dengan kuat.

Kerana itulah, saya ingin mencatatkan perkembangan-perkembangan tersebut jika berkesempatan agar ia tidak lupa di masa hadapan.

Catatan ini tidak lain hanya untuk merakamkan kenangan indah bersama Ahmad Zaid di usia bayi di dalam keluarga kami.

Ceritakanlah yang baik-baik tentang anak-anak ini dan bersikap positiflah dengan segala perkembangannya, moga-moga Allah menjadikannya dan anak-anak yang lain insan yang bertaqwa di kemudian hari. 

Apalah lagi yang lebih berharga yang ingin dikejar selain taqwa.

Amin Ya Rabb

Perkembangan Ahmad Zaid di usia 4 bulan ini:


  1. Sangat memberi respon kepada sesiapapun. Tidak takut kepada orang asing. Jika Ahmad Zaid cukup tidur dan cukup kenyang, dia akan bergelak dan bersembang dengan siapa pun. 
      Kemudian dalam 10 minit, akan menangis minta susu dan tidur. Penat bersembang agaknya.
      Sudah pandai memberi respon
    1. Mengeluarkan bunyi (seperti 'engkee'. 'kho khe' dan bunyi menjerit seperti ikan lumba, hanya menggambarkan suara Ahamd Zaid)  dan menjerit-jerit bila ditayangkan flashcard alif ba ta. Seperti yang ditulis dalam entri yang lepas bersama dengan videonya, rujuk entri lepas untuk melihat videonya.
    2. Sangat memberi respon kepada alat permainannya. Sudah pandai mencapai alat permainan di Playgym dan menggenggam apa yang digemarinya.
      aktif bermain di Playgym.
      Playgym yang ditebus menggunakan point bonuslink.
      Tanpa perlu megeluarkan duit.
      Ini juga menyebabkan abang-abangnya seronok apabila melihat adik mereka sudah pandai memegang barang. Sebelum ini adik belum pandai memegang barang.
    3. Sudah mula pusing badan.
    4. Boleh duduk diam dalam stroller dan kelihatan suka dibawa berjalan dengan stroller.


      Belajar mengenali alam ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa

      Abang-abang akan bermain dengan Ahmad Zaid dengan menolak stroller di dalam rumah. Tetapi dipesan banyak kali jangan tolak laju-lajju dan berjaga-jaga.
    5. Masa tidur Zaid adalah masa untuk mama menulis tesis, buku dan lain-lain. Ketika Ahmad Zaid bangun, kami akan fokuskan untuk melayan dan berkomunikasi dengan Ahmad Zaid.
    6. Abang-abang juga bergilir-gilir tangguk Ahmad Zaid dalam buaian (jika Ahmad Zaid tidur)  sambil menghafaz Al-Quran setiap malam agar mama dapat tasmik mereka secara bergilir-gilir sambil melipat baju juga.

       Sambil mulut menghafaz Al-Quran, mata memandang AL-Quran, tangan menghayun buaian.
      setiap malam menemani abang-abang menghafaz Al-Quran dan membuat kerja sekolah
    7. Sudah makin menembam.

    8. Kelihatan seperti seorang yang mudah panas dan berpeluh-peluh.
    9. Sangat suka makan jari dan merasa semua benda dengan mulut

    10. Begitulah perubahan suasana dalam keluarga kami dengan kehadiran Ahamd Zaid.
    Insan yang bersama-sama membentuk Ahmad Zaid menjadi orang yang soleh, Amin
    Allah letakkanlah anak-anak ini dalam peliharaanMu dan biarkanlah mereka membesar dalam suasana Islam dan biah solehah agar kelak mereka menjadi insan yang bertaqwa yang ikhlas untuk menyebarkan agama Allah. Amin Ya Rabb

    Saturday, March 26, 2016

    Rezeki di masa hadapan InsyaALLAH

    بسم الله الرحمن الرحيم



    InsyaALLAH ada rezeki di lain hari, InsyaALLAH.

    Dipilih untuk ke final antara 200 orang peserta yang hadir uji bakat pun sudah bertuah.



    Apa yang dipelajari sepanjang program Little Huffaz ini ialah:

    1- Usaha sebaik mungkin

    2- Doa kepada Allah

    3- Tawakkal

    4- Redho dengan ketentuan Allah.

    5- Berbanggalah dan ucaplah tahniah kepada anak dengan usaha yang telah dilakukannya

    6- Menambah keyakinan diri anak-anak, mengawal ketakutan untuk persembahan pentas dan keberanian

    InsyaALLAH moga ada rezeki di masa hadapan

    =)

    Tuesday, March 22, 2016

    Reaksi Ahmad Zaid (Bayi 4 bulan) belajar Flash card Hijaiyyah

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Video ini dirakam ketika Ahmad Zaid 3 hari lagi akan masuk usianya ke bulan keempat.



    Alhamdulillah respon Ahmad Zaid amat baik sekali apabila ditayangkan Flash Card Al-Furqan (dari kain felt) yang dibeli DI SINI sebelum kelahiran Zaid lagi.

    Ahmad Zaid menyebut kembali huruf tersebut menggunakan bahasanyalah agaknya.

    Saya tanyakan soalan mengenai reaksi Zaid kepada mereka yang lebih arif dan inilah jawapan mereka:



    MasyaALLAH banyak ilmu yang diperolehi dari sahabat-sahabat maya.

    Doa saya moga perkongsian seperti ini akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat di luar agar lebih bersemangat mendidik anak dengan Islam sejak dari kecil.

    ALLAH pelihara kami sekeluarga dan beri kekuatan untuk terus berkhidmat untuk agamaNya.

     Amin.

    Saturday, March 19, 2016

    Pengalaman anak-anak ke udara IKIM.FM

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Pengalaman pertama anak-anak ke udara secara langsung (live) di IKIM.FM

    Biar ianya menjadi memori bila mereka besar nanti.






    Abdul Rahman dan Abdullah keluar bersama baba ke Syarikat Galeri Ilmu dan IKIM dari selepas Zohor dan pulang selepas Maghrib.

    Memikirkan Ahmad Zaid (4 bulan) yang tidak selesa berada lama di luar, maka rasanya sewajarnya Ahmad Zaid tidak turut serta dengan abang-abangnya.

    Ahmad Zaid berehat sahaja di hotel






    Tujuan mereka ke sana adalah untuk menerangkan dn mempromosikan buku Aku Mahu Anakku Super Al-Quran.





    Banyak pengalaman baru dan ilmu yang dapat mereka perolehi.

    Bergaul dan berjumpa dengan ramai individu baru.

    Belajar untuk bermasyarakat dan lebih menjaga adab dan tingkahlaku di khalayak ramai.

    Belajar tentang profesyen di sebalik tabir sebuah rancangan radio.






    Semoga perkongsian ke udara pada hari tersebut dapat memberi manfaat kepada anak-anak dan juga  ramai orang.

    Amin Ya Rabb

    Wednesday, March 16, 2016

    Esok di IKIM.Fm InsyaALLAH

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Moga di sana ada manfaatnya kepada masyarakat


    Saturday, March 12, 2016

    Saat anda merasakan tiada permintaan ingin diminta, BERSYUKURLAH.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Kehidupan sentiasa berpusing antara suka dan duka, susah dan senang.

    Terkadang apabila diuji Allah, rasa sesaknya jiwa hingga menitiskan air mata.

    Namun ia tidak berkekalan, Allah gantikan dengan nikmatnya yang tidak bertepi. 

    MasyaALLAH.



    Semua perkara ada haknya. 

    Anak-anak punya hak mereka.

    Tubuh badan kita punya hak.

    Berlaku adillah dalam memberikan hak.



    Anak-anak berlari bagai tiada masalah dalam dunia ini.


    Hatta apabila dapat menikmati hidangan kegemaran juga membuatkan kita merasakan nikmat Allah yang mesti disyukuri.




    Jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur Ya Rabb
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...