Saturday, December 31, 2022

Ragam pelajar sekolah rendah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/5/2021


🧕🏻: Malam ni malam 23 Ramadhan, banyakkan ibadah, banyakkan baca Al Quran. Moga-moga kita dapat lailatul qadar.


👦🏻:Ustazah, ustazah!


🧕🏻: Ya.


👦🏻: Baju raya ustazah warna apa?


😅


Soalan pelajar sekolah rendah selalu di luar jangkaan.

Thursday, December 29, 2022

Detik cemas dan lucu ketika phD

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/5/2021


Kenangan ketika proses jilidkan tesis di awal tahun 2021. Ketika itu musim PKP 2.0.


Jadi pasti ada sekatan jalanraya dari Kuala Ketil ke Sungai Petani.


Biasanya polis akan bagi jalan sahaja.


Itulah, biasanya kalau hari biasa, dokumen perjalanan kita lengkap, tak kena pun tahan dengan polis. Tapi bila hari kita tertinggal dokumen, ketika itulah kebetulan kena tahan dengan polis.


Begitulah apa yang terjadi dengan kami.


Pada hari tersebut, selepas pulang dari kerja jam 2.30, terus ke Sungai Petani untuk ke kedai penjilidan tesis.


Sepanjang perjalanan, dokumen tesis dan tesis phD yang tebal itu saya pangku, takut rosak.


Kebetulan ketika kena tahan polis, baba terlupa bawa dompet, lesen dan ic. Yang ada kad nama.


Saya bawa dompet dan IC saya.


"Nak pi mana ni encik?" Tanya polis bila ic dan lesen yang diminta tiada.


"Kami nak kena jilidkan tesis phD di Sungai Petani." Sambil baba hulurkan tesis yang tebal itu.


Polis membelek-belek tesis Bahasa Arab tersebut.




Kelakar pula rasanya bila polis pun baca tesis phD kita.


"Jangan lupa bawa dokumen penting lain kali."


Alhamdulillah, nasib baik dibenarkan untuk teruskan perjalanan.


Begitulah sedikit kenangan kelakar dalam proses selesaikan phd.

Tuesday, December 27, 2022

Soalan abah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/5/2021


Walaupun mak abah tak gunakan media sosial, tapi mak abah mempunyai seorang reporter yang sangat berwibawa, DIJAH.


Hatta perkara yang kita suruh rahsiakan pun akan sampai ke pengetahuan mak abah🙄.



Ketika saat-saat akhir membetulkan tesis, abah selalu bertanya tentang progress, proses Viva, tajuk tesis, bila konvo?.....dll.


Seperti kenangan ketika dapat sijil degree, abah tengok dan tanya macam-macam soalan.


Tafsirannya?

Sunday, December 25, 2022

KEMAHIRAN MENGHAFAZ AL-QURAN.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/5/2021

Ketika melihat kertas ini (tertulis: baki hafazan Abdullah: 9 juz. Hafazan baru sehari: 1 m/s. Semoga Allah permudahkan) yang ditampal di bilik anak-anak pada 3 tahun lepas, mengingatkan saya bahawa:



Kemahiran menghafaz Al-Quran boleh digilap.


 Ketika mula menghafaz, mungkin hafal dengan 1 ayat sahaja sehari, bila dah mahir menghafaz, mampu hafaz hafazan baru 1 m/s sehari.


 Itulah yang saya dan anak-anak pernah lalui.

Friday, December 23, 2022

Inisiatif untuk tingkatkan motivasi anak-anak hafaz Al-Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/4/2021


Antara perkara yang pernah dilakukan untuk membangkitkan motivasi anak-anak untuk menghafaz Al-Qur'an:


2010:

Ketika detik awal anak-anak hafal Al Quran: sediakan board rantaian surah-surah yang mereka sudah hafal dan akan hafal, surah dan ayat yang sedang mereka hafal, kemudian gantung dalam bilik mereka.


Tertulis tajuknya: 

أحب حفظ القرآن الكريم.

Saya suka hafal Al Quran



2018:

Mini poster ditampal dalam bilik bertulis:

"Baki hafazan Abdullah 9 juz, hafazan baru sehari: 1 m/s, semoga Allah permudahkan."


Apa yang selalu dilihat semoga membangkitkan motivasi untuk menghafaz Al-Quran dalam diri anak-anak.

APA ERTI CUTI SEKOLAH?

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Cuti sekolah:

Peluang untuk kita mendidik diri dan anak-anak. 



Anak-anak adalah amanah Allah dan harta kita yang paling berharga.


Jika anak menggunakan handphone, jangan dibiarkan tanpa pantauan. Maksiat hadir tanpa dijemput. Hati manusia mudah lalai dan tergelincir.


Nasihat. Nasihat. Nasihat.


الله المستعان

Reviu buku: MEMOIR DI BAWAH LANGIT AOTEAROA. PENULIS: MUZZAHMAD.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Kisah perjalanan hijrah keluarga dari Malaysia ke New Zealand. Keluar dari kemewahan dan hidup secara sederhana.


Buku hadiah dari rakan pembaca (yang SANGAT banyak membaca, Puan Aina Dayana).


Mengajar erti tawakal, sabar, memohon daripada Allah dalam hidup di negara orang.



Pelbagai kisah sedih, penat, sukar, ceria, seram termasuk pengalaman menghadapi gempa bumi di sana.


Walaupun hidup penuh sederhana, tetapi hubungan kekeluargaan tetap utuh dan mesra.


Membaca buku ini mengingatkan kepada pengalaman lalu ketika mak abah dan semua adik² datang tinggal di Syria beberapa tahun. Pengalaman yang berharga.

Wednesday, December 21, 2022

Paksa diri tambah ilmu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/4/2021


PAKSA diri untuk terus belajar.


Makin banyak kita menyelam dalam lautan ilmu, makin kita rasa banyaknya yang aku tak tahu.



Banyak kajian yang boleh menambah input dalam diri.


Moga bermanfaat buat diri, keluarga dan masyarakat.🤲🏻

Monday, December 19, 2022

Perlukah bersabar?

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/12/22


Beberapa hari ketika cuti ini saya bersembang dengan suami dan keluarga tentang pengalaman kami ketika umrah 3 tahun lepas.


" Jika seorang itu datang lewat ke masjid, kemudian dia menyelit-nyelit antara jemaah yang telah duduk di dalam saf 3-4 jam sebelum tu. Adakah kita patut beri ruang atau tidak? "


Memikirkan samada berlapang dada tetapi seperti membenarkan dia melakukan semacam kezaliman kepada datang lewat, tetapi mahu duduk depan.


Bagaimana pula: adakah kita harus berlapang dada jika syarikat umrah tidak memberikan apa yang dijanjikan? 


Seperti menjanjikan hotel yang selesa sepadan dengan bayaran kita, tetapi bila di sana kita mendapat hotel yang kotor dan lusuh. Padahal ketika di Malaysia, mereka berulang kali berjanji memberikan hotel yang selesa.


Berhari-hari saya memikirkan jawapan dan memohon Allah memberikan petunjuk bagi kekeliruan dalam hati dan fikiran saya.


Membuat pilihan antara:

1. Memaafkan, tetapi ibarat membiarkan orang melakukan kezaliman


 ATAU


2. Teguh pendirian menegakkan hak kita.


Berhari-hari saya memikirkan persoalan ini.


Ketika membaca buku HAJINYA YANG TERAKHIR OLEH HAJI AHMAD TIFLA HAJI AHMAD BADARUDDIN, saya temui jawapannya daripada pengalaman penulis bersama Al Marhum Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam.



Maafkan mereka dan berlapang dada. Beribadah kepada Allah haruslah dengan bersungguh-sungguh dan bersabar. Janganlah hanya mengharapkan kesenangan.


Betapa Al Marhum Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam menahan sabar, tetap tersenyum, sentiasa bersyukur, melafazkan Alhamdulillah walaupun pelbagai ujian yang datang.


Lebih 6 jam tunggu urusan imigresen, dapat bilik yang lusuh, pemandu teksi yang meminta bayaran mahal, kelaparan, kesesakan, tidak selesa, berjalan jauh, kepenatan dalam pelbagai lagi kesukaran yang menimpa dilalui dengan penuh kesyukuran dan lafaz Alhamdulillah sentiasa meniti di bibir.


Begitulah juga bila mendengar kuliah tentang akhlak Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang dizalimi. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tetap bersabar dan tidak mendoakan kebinasaan untuk mereka.


Terasa malu amat dengan sikap kita yang tidak sabar. Allah...


Semoga Allah hiasi diri kita dengan akhlak mulia. Amin.

Hasil apakah kita pada hari ini?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/4/2021


Kita hari ini adalah: hasil doa mak ayah kita dahulu.


Kita hari ini adalah: hasil pelaburan mak ayah kita dahulu.



Kembalikanlah kepada mereka dengan doa dan amal jariah yang terbaik untuk mereka.


Moga Maghfirah dan keberkatan Allah sentiasa bersama mak ayah kita.


Dipetik dari Kuliah Ustazah Norhafizah Musa, Siri Mihrab Ramadhan, Siri 13 bertajuk: Doa buat ibu ayah:





Sunday, December 18, 2022

Reviu buku: HAJINYA YANG TERAKHIR. PENULIS: HAJI AHMAD TIFLA HAJI AHMAD BADARUDDIN

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Selesai baca buku ini dengan linangan air mata. Sungguh ia menyayat hati.



Saya beli buku ini selepas membaca perkongsian bapa saudara saya tentang rasa hatinya tentang karya ini di medsos.




Perkongsian travelog haji bersama tokoh ulamak Al Marhum Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam.





Menerapkan nilai kesyukuran yang tinggi, bersederhana dalam urusan dunia, kepentingan menghadirkan hati dan perasaan ketika berada di tanah haram.


Kisah-kisah yang amat menginsafkan. Betapa kita terleka dengan nilai kesederhanaan dalam bermewah dan mencari kesempurnaan dalam beribadah kepada Allah dengan bersungguh dan bersusah-payah.



350 mukasurat yang berharga untuk dibaca. Sarat dengan nasihat dan kisah yang menginsafkan.


رحمة الله عليه وأسكنه فسيح جناته

Disiplin remaja untuk tidak tidur selepas subuh musim cuti ini

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/12/22


MUJAHADAH untuk tidak tidur lepas subuh adalah sangat berat bagi anak remaja berbanding kita yang sudah dewasa. Lebih-lebih lagi bila hujan ni.


🧒🏻: Mengantuknya. Nak tidur.

🧕🏻: Tasmik dulu

🧒🏻: Satgi hilang mengantuk.

🧕🏻: Memang nak bagi hilang mengantuk. Bukan nak bagi tidur.






Moga Allah bantu kita sentiasa. Amin.

Saturday, December 17, 2022

Mutiara di dinding

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/4/2021


"Di universiti ustazah di Syria dulu, tertulis besar di atas dinding:

إِلَهِي أَنتَ مَقْصُودِي وَرِضَاكَ مَطْلُوبِي


Tuhanku, Engkaulah tujuanku dan keredhaanMu adalah dambaanku.


Supaya kita sentiasa ingat tujuan hidup kita hanyalah untuk mencari redha Allah."


Begitulah antara cerita dalam ucapan perhimpunan mingguan bersama pelajar Maahad beberapa bulan lalu. Orang tua memang suka ceritakan kisah silam😆


Beberapa minggu selepas itu, Ustazah Hayati wasap bertanyakan kata-kata tersebut.


Rupa-rupanyanya untuk lukisan mural di dinding asrama Banat. Tahniah ustazah-ustazah dan Banat thanawi.



Kita tidak tahu mana satu kata-kata kita yang bermanfaat untuk orang lain. Teruslah berkata yang baik-baik.

Thursday, December 15, 2022

Pesan warden asrama

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/4/2021


Ketika tinggal di asrama di Damsyik, Syria, warden asrama kami (dipanggil dengan gelaran 'anisah') berbangsa Arab.


Antara pesanan/ ucapan Anisah ketika kami minta izin untuk buka pintu nak keluar asrama (untuk ke kelas/ kedai...dll) yang paling menusuk dalam hati ialah:

الله مَعَكِ 

Allah bersamamu.

Ucapan begitu adalah kebiasaan orang-orang Arab.



Tapi, bila Anisah ucap begitu, terus takut nak menyimpang pergi tempat lain selain dari yang diminta izin😅. 


Terngiang-ngiang pesanan Anisah:

"Allah bersamamu."

Komik yang bermanfaat untuk bacaan anak-anak musim cuti sekolah ini

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Untung anak-anak zaman sekarang ada banyak komik yang menarik, berwawasan dan berinformasi.


Zaman kita dulu yang ada Doraemon, Dragon ball, Ujang, Gila-Gila 😅


Komik kali ini:


- #SIVIK: Menerapkan pembentukan akhlak dan common sense.



- ASIL: Komik fiksyen di samping memberi maklumat (dengan rujukan) tentang Khilafah Uthmaniyyah.


Mama baca dan semak supaya tak ada kandungan yang HARAM.

Tuesday, December 13, 2022

Mencatit surah hafazan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/4/2021


Sejak Abdul Rahman dan Abdullah mula menghafaz Al-Quran, Alhamdulillah perkembangan mereka bertatih menghafaz satu persatu surah dicatatkan dan dihighlight dalam blog hingga sempurna 114 surah. Adakalanya jika ada kesempatan dicatatkan tarikh di sisi surah yang selesai dihafal.



Sebenarnya memilih untuk mencatatkan dalam blog kerana bagi saya ia mudah untuk disimpan dan diupdate.


Perjuangan yang disulami dengan air mata dan putus asa, namun Allah jualah yang memberikan hati yang tekad untuk terus menghafaz.


Kini, ia menjadi memori dan kenangan indah😁

Saturday, December 10, 2022

Ahmad, Abdullah dan kucing

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/4/2021


🧕🏻: Ramai kawan mama teringin nak kucing kita. Depa kata cantik. Kita bagi nah?


👦🏻👦🏻: TAK BOLEH!


Ahmad Zaid kalau tengok kucing tidur, ibarat seorang ibu yang merenung bayinya yang sedang lena tenang.




Walaupun sering diingatkan jangan bagi kucing masuk dalam rumah, tapi satu kebahagiaan bagi Ahmad dan Abdullah kalau dapat bagi kucing masuk ramai-ramai dalam rumah.🙄🙄

Wednesday, December 7, 2022

Kisah di sebalik video-video ini

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 27/4/2021


Status kali ini adalah atas permintaan kakak senior (ketika mengaji di Syria dulu).


Video tahun 2016, ketika Abdul Rahman 10 tahun.👇🏻






 Video tahun 2020, Abdul Rahman 14 tahun👆🏻.


Di sebalik video Abdullah dan Abdul Rahman pada tahun 2016 dan 2020 ada kisahnya.


Video 2016 adalah ketika mereka menyertai ujian saringan Musabaqah Al-Quran Tijanun Nur تيجان النور.


Video 2020 adalah: ujian saringan musabaqah Iqra' Ar Ramadhaniyyah (channel Iqra') dan anak-anak tak berjaya pun dalam dua2 ujian saringan ini.


Nisbah kejayaan anak-anak dalam pertandingan/ musabaqah selama ini mungkin 1:4. Banyak kalah dari menangnya😅.


Kerana itulah tiada apa yang perlu dibanggakan, malahan sentiasa perlu lebih usaha baiki bacaan dan mantapkan hafazan.


Musabaqah juga dapat mengukur sejauh mana kemampuan dalam bacaan dan hafazan Al-Quran.


Alhamdulillah atas pengalaman hidup yang Allah kurniakan.

Sunday, December 4, 2022

Respon rakan-rakan kepada status Whatsapp

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 27/4/2021

Berikut adalah respon sahabat-sahabat saya tentang status Whatsapp ini:





Berikut adalah responnya:








Semoga perkongsian yang bermanfaat untuk semua.

Thursday, December 1, 2022

Pedihnya kegagalan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/4/2021


Rezeki kita semua tidak sama.


Selalu sahaja, apa yang mudah untuk orang lain perolehi, tak mudah pula bagi kita. Rezeki, jodoh, anak, kejayaan, pengajian dan macam2 lagi.


Semua itu menuntut kita berjuang walau ada ketikanya bagai tersiat hati ditikam rasa putus asa.


Pada kesenangan yang kita lihat dalam diri orang lain, ada keperitan perjuangan yang disembunyikan.


Hari ini sertai ujian yang dah 3 kali gagal. Sedihnya bukan kepalang bila rakan-rakan lain sudah berjaya, tapi kita masih gagal😭. 


Perjuangan hampir 10 tahun ini yang sering disulami dengan kegagalan.


Saya ingat saya masuk kursus bidang ini, pada hari tersebut berita kehilangan MH 370 pada tahun 2014 dan kematian jiran terdekat kami. Jiran ini jugalah yang sering memberi semangat kepada saya untuk mengambil kursus ini. 



Sebelum ini jarang sekali saya gagal. Dalam peperiksaan Alhamdulillah sentiasa cemerlang.



Kesedihan dikongsikan dengan rakan terdekat.

Mungkinlah ini ujian supaya hati ini merasai perasaan orang lain yang mengalami kegagalan berulang kali. 


Ketika di Kuliah dulu, selalu lihat rakan-rakan yang ulang peperiksaan dan ulang tahun. Pasti lebih perit dari kegagalan saya ini.


Suami ajar suruh baca ayat:

( وَأَلۡقَیۡتُ عَلَیۡكَ مَحَبَّةࣰ مِّنِّی وَلِتُصۡنَعَ عَلَىٰ عَیۡنِیۤ)

[Surah Ta-Ha 39]


dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu


Supaya penilai kesian.😭😭😭


Terdengar cerita seorang calon kepada cikgu tentang rakannya yang menangis kerana gagal peperiksaan tersebut.


Cikgu kata:

" Dia tak biasa gagal kot. Tu sedih sangat. Biasa je gagal ni. Tengok Aishah,  biasa je repeat exam."


Cikgu tak tahu betapa sedihnya dan stressnya saya menghadapi kegagalan berulang kali ini.

Akhirnya, hingga pak guard pun ucapkan tahniah. Mungkin kerana dilihat sering ke sini berulang kali. Perasaan seperti mentari bersinar ceria di hari yang indah. 





Kawan kata: nasib baik kejayaan saya dalam bidang tak hilang seperti hilangnya MH 370.


Kata adik saya😅😅😅

Alhamdulillah.🤲🏻

Tuesday, November 29, 2022

Pembelajaran Al Quran sepanjang hayat

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/4/2021


Saban hari sembang dengan suami tentang pembelajaran Al Quran, antara perkara yang dirumuskan:


1. Bacaan Al Quran perlu SENTIASA diperbaiki, makhraj, panjang pendek dan tajwidnya.


Peranan pelbagai pihak sangat penting.


Ada rakan dalam bidang akademik (SK dari kecil) tapi bacaan Al Qurannya baik. Kerana ayahnya (bukan ustaz) dan tokwannya melatih anak cucu baca Al Quran dengan konsisten (dan garang😅)


2. Hafazan Al-Quran bukan hanya tambahan baharu. Ulangan itu penting agar tidak lupa. Ulang semaksimum mungkin.


Yang buat hafazan lama pun belum tentu mantap hafazannya, apatah lagi yang hanya tambah hafazan baru tanpa mengulang. Kemungkinan untuk lupa itu adalah besar.




*Video tahun 2016, Abdullah 8 tahun.


3. Kebolehan untuk baca dan hafaz Al-Quran dengan baik itu berbeza antara kita. Doakanlah sentiasa agar anak/pelajar dibukakan hati, dapat ingat Al Quran dengan baik, dimudahkan untuk menghafaz dan menuntut ilmu.


4. Faham, tadabbur dan amalkan Al Quran jangan dilupa. Tapi bukanlah semuanya nak dikuasai sedebuk dalam masa yang pendek.


Perjalanan bersama Al Quran adalah perjuangan seumur hayat kita.


*Nota video: Beza bacaan Al Quran Abdullah seiring dengan peningkatan usia. 



Video tahun 2020 (12 tahun) Masih perlu usaha tanpa henti untuk meningkatkan kualiti bacaan Al Quran


Semoga hubungan kita dan zuriat kita terus kuat bersama Al Quran.

Sunday, November 27, 2022

Menyertai SPR 2021: Sekolah Penulisan Ramadhan 2021

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/4/2021


Kali terakhir saya sertai kursus penulisan kreatif adalah 15 tahun lalu di Syria ketika Kak Ummu Hani Abu Hassan datang ke sana. Ia diteruskan dengan membantu Kak Ummu menulis buku kanak-kanak tentang imam-imam mazhab fekah dan beberapa karya lain.



Tujuan menyertai Sekolah Penulisan Ramadhan 2021 adalah untuk mengasah bakat untuk mempelbagaikan medium menyampaikan ilmu dan manfaat.


Masya Allah, sangat kagum dengan usaha sistematik para penulis/ panel berkarya.


Menulis membuka minda dan hati.

Saturday, November 26, 2022

Reviu buku: DEMI MASA. Penulis: Abu Hassan Morad

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/11/22


 Bacaan minggu ini.


Antara kebijaksanaan/ hikmah yang dapat kita kutip ialah daripada pandangan orang yang lebih berpengalaman.





Buku ini menceritakan tentang pendapat penulis dalam pelbagai aspek. Tentang pendidikan, kehidupan, jati diri, nilai agama, keibubapaan dan banyak lagi.


Walaupun buku ini telah lama diterbitkan, namun pandangan yang nasihat yang diberikan masih relevan untuk kita. Sungguh banyak manfaat yang dapat diperolehi dalam buku ini.


Umpama mutiara nasihat daripada seorang ayah kepada anak-anaknya.


Antaranya yang menusuk dalam hati saya ialah:


Ini juga antara perkara yang pernah saya dengar:
Renungkanlah hikmah peristiwa setiap hari. Musibah itu bukan pada kejadian yang berlaku, tetapi pada hati yang tidak dapat mengambil pengajaran/ hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.


Benar. Sekali kita berazam untuk mengubah diri, meningkatkan kualiti diri, bayaran yang kita perlu sediakan untuk menjayakannya ialah: cabarannya.

Namun Allah itulah sebaik-baik penolong. Berdoalah banyak-banyak kepada Allah. Yakinlah Allah akan menjayakan azam kita.




Antara persoalan yang sering berlegar dalam fikiran saya tentang kepentingan merancang rutin harian dan pengurusan masa. Saya mencari apakah natijah/ kejayaan jika kita merancang rutin harian kita.

Biarlah hidup kita ini sibuk dengan perkara yang bermanfaat bagi diri dan masyarakat. Bukan hanya pada masa sekarang sahaja, tapi juga pada masa akan datang, ketika jasad dimamah bumi.





Ya. Itulah juga yang selalu saya fikirkan. Perancangan yang kita hendak lakukan perlukan:
1. Ketegasan
2. Berterusan 


Allah.... kejadian yang berlaku setiap hari adalah untuk mendidik diri kita agar tidak lalai terhadap tanggungjawab sebagai seorang Hamba Allah.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang mengasihiNya dan dikasihiNya.

Thursday, November 24, 2022

Remaja yang serius memikirkan pahala

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/4/2021

12 Ramadhan 1442


👦🏻: Kalau adik tak sempat nak habiskan Al Quran dalam bulan Ramadhan ni, apa pahala yang lagi besar lagi yang adik boleh dapat?


🧕🏻: (Krik krik Krik)............... (Mama tak tahu nak jawab apa.)


🧔🏻: Adik mengulang hafazan Al-Quran tu pun dah termasuk pahala adik khatam Al-Quran. Adik kan ulang hafazan 4 juzuk sehari.

------------------------------------



Sebenarnya Abdullah dalam dilema kerana kerja sekolah yang banyak, ulangan hafazan juga banyak dan ulangkaji untuk peperiksaan. 


Namun di sebalik itu, hati saya bersyukur kerana di usia remaja ini dia dapat memikirkan secara serius untuk mengaut pahala sebanyaknya di Bulan Ramadhan dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wata'ala.


Semoga semua anak-anak kita meningkat dewasa dalam rahmat Allah.

Amin.

Monday, November 21, 2022

Dilema Abdullah bergelar remaja

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/4/2021


Sejak Abdullah masuk sekolah menengah tahun ini, beberapa perubahan pada dirinya yang berlaku.


Bagi saya ia adalah perkara normal kerana itu adalah proses perubahan dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan dalam tempoh menyesuaikan diri.



Rata-rata pelajar yang naik ke sekolah menengah pun begitu juga saya lihat, cuma samada lebih atau kurang sahaja.


Perubahan pada diri Abdullah yang berlaku ialah:

Stress, banyak menangis kerana tekanan dan dia merasakan banyak kerja sekolah. Ditambah pula ulangan hafazan yang banyak, sebanyak 4 juz sehari. 


Sebelum ini ketika sekolah rendah, ulangan hafazannya ialah


Hinggakan Abdullah pernah meminta supaya dibelikan ubat stress.


Bila dibawa ke klinik, doktor kata Abdullah migrain.


Seingat saya ketika abangnya Abdul Rahman naik ke sekolah menengah tidak berlaku begini.


Bila sembang-sembang dengan rakan-rakan guru, ada yang berpendapat bahawa ia berlaku kerana Abdullah bersifat perfectionist.


Babanya kata perangai stress dan mahukan kesempurnaan ini turun dari mamalah ni.


Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Abdullah untuk mendepani masa depan.


Amin

Friday, November 18, 2022

Status tentang kerjaya guru

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 25/4/2021


Ini adalah status Whatsapp peribadi yang mendapat reaksi dari rakan-rakan.


Berikut adalah respon rakan-rakan:







Sejujurnya saya tidak berapa gemar untuk menulis tentang kerjaya guru ini kerana khuatir indah khabar dari rupa saja😅.

Dan saya mengakui terlalu banyak kelemahan saya dalam menjadi seorang guru.

Kalau kelemahan dalam mendidik anak-anak sendiri ada juga terkilan. Kalau berkaitan dengan anak-anak pelajar, lebih banyak penyesalannya.

Begitulah menjadi guru. Selalunya timbul penyesalan jika tidak dapat mengawal emosi bersama pelajar.

Kerana itulah, walaupun sudah hampir 15 tahun menjadi guru, jarang sekali saya menulis tentang kerjaya guru ini.

Rasa serba salah dan kekurangan itulah yang menyebabkan kurang menulis tentang perkara ini.

Moga ampunkan dosa-dosa kita.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...