Wednesday, February 28, 2024

Kenangan akhir tahun 2021

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/12/2021


"Aku kena kuat, esok nak cuti dah." Seharian jerit kuat-kuat dalam hati.


Alhamdulillah Allah selalu bagi kesihatan. Dalam setahun nak demam, batuk, selsema sekali pun jarang. Syukur Alhamdulillah.




Bangun pagi, masih sakit kepala, hidung ketat, mata pedih, sakit-sakit badan. Alhamdulillah, result RTK negatif. 


Wasiat siap-siap kat kawan-kawan: "Apa-apa jadi, ready untuk ganti ana bagi ucapan🤣."


Alhamdulillah semua berakhir dengan selamat.

Jazakumullahu Khairan Kathira sahabat-sahabat yang tolong cover kerja🥺

Monday, February 26, 2024

Terkedu...

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/12/2021 


Rutin perhimpunan pagi selasa adalah pengajian Bahasa Arab bersama Sheikh Mahmud.


Pagi ini tajuk perbincangan adalah tentang APA YANG KAMU LAKUKAN KETIKA CUTI NANTI?

ماذا تفعل في العطلة؟


Ramai pelajar dipanggil untuk menjawab soalan.



Sampai giliran pelajar bernama LATIF AMIR.

"Apa yang akan kamu lakukan ketika cuti nanti?."


"سأزور قبر والدي."


"Saya akan pergi ziarah kubur ayah saya." Pelajar ini kematian ayah bulan lepas.


Terkedu....


Tiba-tiba, air mata tak henti-henti mengalir........

Saturday, February 24, 2024

Berkongsi kegembiraan

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/12/2021


Berkongsi kegembiraan menghargai usaha mereka yang bersungguh-sungguh, saban hari menghafaz Al-Quran sehingga sempurna 604 mukasurat.



Insyaallah semoga pelajar-pelajar Huffaz ini terus istiqamah bersemangat menjaga hafazan sepanjang hayat.


Nota: Keras tangan, bukan kraf tangan ni😅. Tak boleh lawan ustazah-ustazah/ staf Maahad lain yang lagi kreatif buat hadiah.

Thursday, February 22, 2024

MINTALAH

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/12/2021


Sejak akhir-akhir ni selalu baca/dengar kuliah tentang Surah Al Fatihah.


Kita MEMINTA daripada Allah sekurang-kurangnya 17x sehari.



Kerana Allah tahu kita lemah, hati kita rapuh, untuk jalani kehidupan ini. Allah panggil kita untuk meminta.



MINTALAH!


Dan mintalah agar dilorongkan ke jalan yang benar.

Tuesday, February 20, 2024

MAKBULKAH DOA?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/12/2021


"Sepanjang hidup, ada rasa Allah makbulkan doa tak?" Saya terima soalan ni ketika bersembang semalam.


"Ya. Ada doa yang dipohon berbelas-belas tahun dulu dan pernah rasa berputus harap, kini ia diperkenankan Allah."




Terus teringat surah yang baru tasmik dengan ustazah semalam.

Sunday, February 18, 2024

PUTUS ASA SEBELUM BERJUANG

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 15/12/2021


7pm: Hafazan untuk hari ni tak selesai ulang, lagi 2 jam nak tasmik. Nak ajar Ahmad lagi, nak selesaikan kerja rumah.


 

'Wassap jelah ustazah habaq tak larat nak tasmik hari ni.'


 'Tapi rasa rugi pulak.'


Begitulah dilema sebelum tasmik. 


Tengah tasmik pun rasa putus asa. Tekanan untuk FOKUS, takut terlupa ayat.



'Hantar 10muka cukuplah, takut sangkut.'





'Tapi sayang pulak tak genapkan sejuzuk.'


Alhamdulillah walaupun berperang dengan rasa putus asa. Hafazan berjaya ditasmik penuh, kerja rumah pun selesai.


Terbayang dalam fikiran 15 tahun dulu melihat adegan:

"Rugi enti tak masuk exam subjek tsaqafah tadi? Sheikh bagi soalan mudah je" seorang siswi bersembang dengan rakannya yang putus asa untuk masuk exam bsubjek sukar, tapi sebenarnya soalan mudah sahaja. Kecewa.

Saturday, February 17, 2024

Ulasan buku: Srikandi Mujahidah Solehah.

 


بسم الله الرحمن الرحيم




Mengisahkan tentang beberapa kisah yang boleh kita ambil manfaat dari kehidupan Ustazah Hairul Azimah yang meninggal pada 30/10/2022 akibat kanser pankreas.













Iktibar perjalanan hidup beliau yang ditulis oleh rakan-rakannya, anak muridnya, gurunya, ahli keluarganya dan suaminya. Tentang semangatnya, kecekalan dan kesungguhannya menyebarkan ilmu Al Quran dalam keluarga dan masyarakat yang boleh dicontohi, terutamanya oleh remaja muslimah, guru Al Quran, ibu dan isteri.

Friday, February 16, 2024

Adukanlah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 15/12/2021


Bawalah segala keperitan, kegusaran, kebimbangan untuk diadukan kepada Allah di sepertiga malam.


Itulah penguat hati di siang hari.

____________


_______


Pagi tadi sempat dengar kuliah tentang tarbiyatul Aulad (tarbiyah anak-anak). 


Terus fikir, sudah cukupkah didikan yang kita berikan kepada anak-anak?


Sudah mampukah untuk mereka menjaga diri ketika jauh daripada kita?


Fikir masa depan selalu membuatkan risau tak kesudahan.

Wednesday, February 14, 2024

Apakah ukuran sebenar KEJAYAAN?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/12/2021


Apakah ukuran sebenar KEJAYAAN?


Adakah kita benar-benar BERJAYA atau sekadar SYOK SENDIRI saja, perasan sendiri sudah berjaya, padahal tidak?



Sejak dulu, inilah persoalan yang sering berlegar di fikiran. Berulang-ulang.


Pengajian pagi tadi yang deep.

Monday, February 12, 2024

Kerja yang telah lama dilupakan......

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/12/2021 


Kerja yang telah lama dilupakan......


Pernah lukis komik untuk majalah Persatuan Pelajar Malaysia Syria PPMS dulu .......



Banyak hasil kartun yang dah hilang ditelan zaman....ini je arkib yang tinggal..tinggal kenangan

Saturday, February 10, 2024

Ahmad hafal Al Quran dalam kereta

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/12/2021


🧕🏻: Ahmad, hafal sampai ayat 13.

👦🏻: Awat kena hapai banyak?

🧕🏻: Kan Ahmad kata nak potong kawan.



Akai banyak ni...😅 Doakan Ahmad rajin hafal Al Quran ya.


Dulu Abang Abbudey dan Abdullah pun kalau pi jalan jauh, hafal Al Quran dalam kereta. Esok nak sekolah. Balik rumah satgi dah penat, mengantuk.

Thursday, February 8, 2024

MAKCIK !

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/12/2021


Tahun 2008:

ketika mengajar di SMAI ISLAH, guru-guru lain lebih senior. Bila panggil 'kak', depa kata: "Aishah ni baya anak-anak kami, patutnya panggil kami 'makcik'."


Dunia berputar. Sekarang kita pula yang jadi makcik.🤣🤣🤣



Bila dapat rakan tasmik online (untuk tasmik 1 juzuk extra tambahan bagi hafazan yang tasmik dengan ustazah) berusia sebaya dengan anak sulung kita.


Masyaallah..Bagusnya..Usia muda remaja dah usaha gigih jaga hafazan di samping pembelajaran di sekolah.

Tuesday, February 6, 2024

Reviu buku: Orang-orang biasa

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/12/2021


👦🏻: Mama, orang-orang biasa tu monyet ke?



Ketika Ahmad tanya tentang cover buku ini, saya tak dapat menjawab kerana masih di awal bab. Tapi jawapannya ada dalam buku ini.


Buku ini adalah sambungan buku GURU AINI. Seorang remaja yang dari keluarga miskin dan tidak berpelajaran berjuang untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan.


Terhalang kerana kewangan membuatkan masyarakat sekelilingnya tekad untuk MEROMPAK BANK untuk menampung dana pengajian Aini !


Sebelum ini saya lebih prefer baca Travelog kisah benar berbanding cerita rekaan. Tapi ramai yang syorkan baca buku ini kerana nilai-nilai yang diterapkan dalam buku ini. 


Semua orang ada PERANAN PENTING walaupun ORANG BIASA.

Sunday, February 4, 2024

Super sibuk

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/12/2021


Minggu-minggu akhir sekolah adalah minggu yang super sibuk bagi warga Maahad. 


Rasa 24 jam sehari tak cukup. Kerja bertimpa-timpa kena selesaikan sebelum mula cuti hujung tahun.



Rasa macam main aci ligan dengan dengan tugasan. Sana kena tengok, sini kena siapkan, itu kena follow up, ini kena buat.


Alhamdulillah atas kurniaan rakan-rakan kerja yang membantu.


Semoga segala urusan mereka dunia akhirat dipermudahkan dan mendapat ganjaran yang berganda. Amin.

Friday, February 2, 2024

HARTA KARUN ABANG ABBUDEY


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/12/2021


Bila Ahmad Zaid jumpa harta karun Abang Abbudey kumpul ketika sekolah rendah dulu.


Sekarang Abang Abbudey nak masuk tingkatan 4 dah. 



Antara alatulis yang punyai pelbagai fungsi untuk pelajar sekolah rendah. 😅



Tapi tak mau jenis yang lain, mesti jenis yang petak ada lukisan ni juga.

Ulasan buku: Bijak Emosi Dengan Kisah Al Quran (Bekiqu) Vol.1: Ego. Penulis: Nur Khairunnisa Iskandar.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Buku yang ringkas namun banyak pengajaran dan merungkaikan kekeliruan yang timbul dalam hati melalui kisah-kisah dalam Al Quran.






Kenapa rasa sombong, bangga, mudah marah, suka bergaduh? 










Cara penyampaian dalam buku ini menusuk kalbu walaupun disampaikan secara SANGAT santai.


Boleh hubungi pengedar untuk pembelian:

http://www.wasap.my/60126340961/Bekiqu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...