Tuesday, May 31, 2022

Cuba elakkan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/2/2021


Berdasarkan pengalaman lalu, beberapa perkara yang saya cuba elakkan untuk lakukan di media sosial:



1. Tanya 'makanan' ni ada jual di mana?

2. Puji makanan yang kawan post.

3. Post teringin sekian-sekian makanan.


Sebab kesannya........

Nanti terus ada orang yang hantar depan pintu rumah. Segan pulak.😅

Saturday, May 28, 2022

TAK SEMPURNA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/2/2021


Ada orang pandai bekerja, tak mahir bergaul dengan orang. Ada yang pandai belajar, tak cekap bekerja. Pandai public speaking, tak pandai memasak.



Kerana..... Kita tak sempurna. Dia ada kelebihan, kita pun ada kekurangan.


Kalaulah bukan kerana Allah yang menutup segala aib, pasti tiada siapa yang akan menyukaimu.


_"dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)." AlFurqan_

Wednesday, May 25, 2022

DUIT & OVERTHINKING

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 27/2/2021


Sembang dengan kawan, bila anak kecik, kita fikir nak kena berjimat cermat anak nak masuk sekolah.


Bila anak besar fikir kena berjimat cermat anak nak masuk universiti nanti.



Dulu tak perasan pun mak abah kita dok pikir. Padahal anak lagi ramai.


Pujuk hati....

الله كريم.

Allah Yang Maha Pemurah, Yang Memberikan Rezeki.


"InshaAllah Allah takdir yang terbaik nanti bila tiba masanya." Jawab kawan tu

Sunday, May 22, 2022

Bahagia berkekalan?

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/2/2021


 Jika kamu melihat kebahagiaan seseorang, percayalah mungkin ada kesusahan dan kedukaan yang disembunyikan. Mana ada hidup di dunia yang bahagia terus-menerus sepanjang hayat.


Bahagia berkekalan hanya di Syurga.



Nota: Anak-anak dulu pelat sebut huruf ro. Lama. Dah besar baru betul sebut huruf ro

Thursday, May 19, 2022

Jemu dengan hidup?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/2/2021


Jika tiada TUJUAN hidup, terasa kosong bila bangun tidur setiap hari. Semuanya terasa rutin semata. Diulang-ulang sahaja.





"Bilakah aku nak mati ni? Jemu dah hidup."


Biarlah semakin hari, makin bertambah amal soleh, ilmu, dan kecintaan kepada Allah Subhanahu wata'ala, manfaat kepada masyarakat.


Demi Redha Allah.


Supaya tiada penyesalan kelak.

Monday, May 16, 2022

Kenapa makanan sedap?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/2/2021


Antara faktor sedapnya makanan itu ialah:


1. Jarang makan.

Kalau selalu makan, jadi jemu pula.


2. Sikit.

Kalau banyak sangat, dah kenyang sangat, tak lalu dah nak makan.


3. Berebut


Masa zaman kanak-kanak, biji mangga (yang ada isi sikit-sikit) itulah yang paling sedap, sebab kena berebut dengan 8 orang adik beradik. Lani, sapa pun tak mau makan biji mangga.😅



Foto:. Kenangan bertamu di Universiti Imam As Syafie, Cianjur, Indonesia

Friday, May 13, 2022

Salam 25 haribulan

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/2/2021

 "Duit gaji tiap-tiap bulan bagi kat mak sikit, kat abah takpe, tak payah bagi." Nasihat abah 14 tahun lalu ketika menerima gaji pertama sebagai guru di Sekolah Menengah Islam Al Islah , Sungai Petani.



Kita muda, serba tak tahu. Kalau tak kerana nasihat orang tua, mungkin masih banyak yang kita tak tahu. Tak ada common sense.


Salam 25 haribulan

Tuesday, May 10, 2022

Kemanisan ibadah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/2/2021


Usia dewasa ini banyak keindahan/ nikmat amalan yang dirasakan berbanding ketika kanak-kanak/ remaja.


Nikmat solat, baca Al Quran, berdoa, puasa.......ada kemanisan dalam hati. Bila ditinggalkan rasa rugi, serba tak kena.



Kerana itulah ibadah-ibadah perlu dibiasakan sejak kecil. Ketika itu mungkin anak-anak buat dengan main-main, rasa terpaksa. Moga-moga bila dewasa, dapat mereka rasakan kemanisan mengabdikan diri kepada Allah, insya Allah.

Reviu buku komik Bestnya phD

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/5/22


Ketika dalam tempoh tulis phd, saya cari bahan bacaan tentang Phd untuk menaikkan semangat termasuklah buku Prof Kamil Ibrahim dan Dr Nik Salida Suhaila.


Tapi tak pernah pula jumpa buku tentang phd dalam bentuk komik.

Komik Bestnya! PhD.
Dr. Tony Azleen Yahaya


Komik santai tentang Phd yang baik.


Keutamaannya tentang tujuan buat, perjalanan phd, cabaran dan motivasi.









Banyak perkara yang saya setuju dalam buku ini.


Tahniah kepada penulis buku yang dapat hasilkan komik tentang Phd ini secara santai namun penuh informasi.


Sangat bagus untuk pengenalan kepada pelajar tentang perjalanan phd.



Benar...kawan pascasiswazah mesti setuju dan pernah alami dengan adegan komik ni.... KECUALI yang last tu je😅

Saturday, May 7, 2022

Bayangkan...

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/2/2021


 Bayangkan....

Setiap hari:

Kita tasmik hafazan anak-anak,

Kita baca Al Quran dengan pasangan,




Kita perbaiki bacaan Al Quran dengan rakan-rakan,

ia menguatkan hubungan kita dengan mereka.


Berbanding jika hari-hari kita kosong tanpa bacaan Al Quran bersama mereka


Sungguh.


Al Quran itu penguat kasih sayang ☺️

Wednesday, May 4, 2022

Renungkan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/2/2021


Dalam kita memberi sebanyak-banyak manfaat kepada makhluk, kita juga diminta agar ikhlas dalam beramal.



Dalam kita beramal, sesungguh hati kita berharap semoga Allah menerima amalan kita.


Di mana nilai amalan kita jika tidak Allah terima?


Doa kita adalah gambaran suasana hati kita.

Sunday, May 1, 2022

SESAAT TERDETIK

بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 23/2/2021


Antara perkara yang sering berlaku juga. Ada ketikanya tiba-tiba teringin sekian-sekian makanan. Belum sempat minta, belum sempat cari, dah sampai di meja makan. Masya Allah. No, no, bukan Food Panda yang dimaksudkan😅



Ingat lagi ketika kecil, teringin nak makan nasi impit yang nenek buat dengan kuah kacang yang ada belimbing buluh. Belum pernah lagi jumpa orang lain buat resepi ini kecuali nenek. Hari itu juga, tiba-tiba nenek datang bawa nasi impit dengan kuah kacang yang ada belimbing buluh. Padahal baru terlintas di hati saja, belum sempat pun terlafaz.


Ia bukan kebetulan. Tiada yang namanya kebetulan di sisi Allah.

Ia adalah rezeki dari Allah Yang Maha Mendengar hatta yang belum sempat kita lafazkan. 


Masya Allah💕

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...