Friday, May 16, 2008

REMAJA.....

Semalam kuliah kat Masjid Batu Permatang Pauh. Kebetulan YB Dr Badrul Amin sibuk dengan sidang DUN yang baru berlangsung, jadi kekosongan tempat beliau diminta supaya saya isikan.

Macam biasa, dalam kuliah-kuliah saya di tempat lain pun saya pasti tidak akan terlepas untuk menyebut tentang masalah muda-mudi Negara kita. Selalu saya bandingkan dengan remaja-remaja agung didikan ulung Baginda SAW.

Selesai kuliah, dalam perjalanan pulang ke rumah gelagat-gelagat remaja di jalanraya amat mencabar tanggungjawab saya. Masakan tidak, serak tekak memperkatakan tentang gejala tidak mereka tetapi keadaan tetap tidak berubah. Nak berubah macam mana kalau yang hadir mendengar kuliah kebanyakannya warga emas. Dan mereka-mereka ini jugalah pengunjung setia siri kuliah yang diadakan. Sedikit sangat orang muda yang hadir. Bahkan di sesetengah tempat tidak ada langsung wakil dari kalangan mereka.

Apa saya kena buat?

Gelagat mereka yang sudah tidak segan silu lagi mempertontonkan aksi maksiat kepada umum tidak boleh terus dibiarkan. Berpelukan di atas motor, berpakain menjolok mata bahkan yang terbaru mereka sendiri merakam aksi romen mereka dan menyebarkannya melalui telefon bimbit dan internet.

Apa yang saya dan anda perlu buat?

Zaman sekarang orang muda tak boleh ditegur secara berhadapan lagi. Lebih-lebih lagi kalau yang menegur itu orang yang muda sebayanya. Ini dikira sebagai mengganggu urusan mereka. Boleh berlaku pergaduhan dan perkara-perkara lain yang lebih dahsyat lagi. Nak kumpul mereka untuk diberi ceramah motivasi? Jauh sekali akan berjaya kalau perhimpunana itu tidak aktiviti yang menerik minat mereka.

Dalam hal ini saya selalu meletakkan tanggungjawab dan kesalahan ke atas pihak berkuasa pertamanya dan sebahagian ibu bapa keduanya.

Pemerintah kita mempunyai kuasa mutlak untuk menyekat golongan muda ini dari terus hanyut dalam dunia syaitan. Contoh paling simple, pihak polis yang mengadakan sekatan jalanraya, kenapa hanya memeriksa lesen, cukai jalan dan kesalahan kenderaan sahaja. Tanya juga pasangan-pasangan yang menonggeng-nonggeng atas motor atau macam siput babi dalam kereta tu status hubungan mereka. Bawak sama seorang pegawai jabatan agama untuk turut serta dalam setiap sekatan jalanraya yang dibuat. Jangan tunggu mereka ini bawak masuk pasangan dalam rumah atau hotel-hotel sahaja baru nak buat serbuan.

Yang dok pakai ketat-ketak tersembur sana tersembur sini tu juga boleh dikenakan saman kerana melanggar ajaran Islam. Kenapa tak boleh buat? Susah sangatkah?

Perkara tersebut boleh dibuat dan sangat mudah untukdibuat. Cuma…..

Bila kebanyakan anak perempuan dan isteri pemimpin mendedahkan aurat mereka…..

Bilamana pemimpin Negara memuja artis-artis yang mewakili syaitan durjana…..

Bilamana peminpin-pemimpin sendiri terlibat dengan kegiatan seks melampau…..

Bilamana muda-mudi hanya diterapkan semangat kebangsaan (perkauman) yang dilaknat Allah……

Bilamana hiburan menjadi zikir muda-mudi dan konsert-konsert berpermit yang haram menjadi tempat pergaulan bebas mereka….

Bilamana penerapan nilai-nilai murni dicedok dari kawah Barat yang menyesatkan……

Tentu tidak akan ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghapuskan gejala jijik lagi keji yang melanda muda-mudi islam sekarang.

Justeru apa tindakan yang boleh saya lakukan?

Saya akan terus bersuara dalam kuliah-kuliah saya di samping cuba untuk mendampingi golongan ini. Moga-moga Allah tidak akan mensia-siakan usaha dakwah untuk menarik generasi yang bakal meimipin masa depan dari lembah kehinaan…..

Aaamiiiin Ya Rabbal `aalamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...