Monday, March 30, 2009
JADUAL PENGAJIAN USTAZ AMRI UNTUK BULAN APRIL 2009
*SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN JADUAL.
**SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI USTAZ AMRI MOHD. NASON DI 013-420 2206
Saturday, March 21, 2009
RASULULLAH (sallahu alaihi wasallam) IDOLA DALAM INTERAKSI BERSAMA ANAK-ANAK
1- Rasulullah i sangat berlemah-lembut dan memanjakan kanak-kanak.
Lihatlah, bagaimana muamalah Rasulullah i bersama cucunya, Hasan dan Husin. Betapa baginda i memanjakan kanak-kanak. Taraf baginda i sebagai ketua negara dan ummat sedikitpun tidak menyebabkan baginda sombong dan menjauhkan diri dari kanak-kanak.
عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّيْ، فَإِذَا سَجَدَ وَثَبَ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ عَلَى ظَهْرِه،ِ فَإِذَا أَرَادُوا أَنْ يَمْنَعُوهُمَا، أَشَارَ عَلَيْهِمَ أَنْ دَعُوهُمَا، فَلَمَّا قَضَى الصَّلاَةَ وَضَعَهُمَا فِي حجْرِهِ، وَقَالَ: «مَنْ أَحَبَّنِي فَلْيُحِبَّ هَذَيْنِ» رواه أبو يعلي بسند حسن.
Maksudnya:
Daripada Ibnu Mas’ud berkata: Pada satu ketika, nabi i sedang bersolat. Apabila baginda bersujud Hasan dan Husin memanjat belakang baginda i .
{HR Abu Ya’la}
2- Rasulullah i mengajar mereka kalimah tauhid dan al-quran walaupun di usia kecil.
عَنْ جُنْدُبِ بن عَبْد اللَّه قَالَ: "كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ فِتْيَان حَزَاورة فَتَعَلَّمْنَا الإِيْمَانَ قَبْلَ أَن ْنَتَعَّلمَ القُرْآنَ، ثُمَّ تَعَلَّمْنَا القُرْآنَ فَازْدَدْنَا بِهِ إِيْمَانًا". أخرجه ابن ماجه وغيره
Maksudnya:
Daripada Jundub bin Abdullah berkata: ((Kami bersama Rasulullah i sewaktu kami kecil maka kami mempelajari iman sebelum kami mempelajari al-quran, kemudian apabila kami belajar al-quran maka bertambahlah iman kami.))
{HR Ibnu Majah}
3- Rasulullah i tidak melarang kanak-kanak bermain.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : [ سَابَقَنِي رَسُول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَبَقْتُهُ ، فَلَمَّا أَرْهَقَنِي اللَّحْم سَابَقَنِي ، فَسَبَقَنِي ، فَقَالَ : هَذِهِ بِتِلْكَ. ] صحيح مسلم
Maksudnya:
Daripada Aishah Radiallahu Anha berkata: Rasulullah i pernah berlumba lari dengan aku dan aku berjaya mengalahkannya, ketika badan aku semakin berisi Rasulullah i pula mengalahkan aku lalu baginda i berkata: ((Kemenangan ini untuk kekalahan hari itu.))
Perlu diingatkan di sini, walaupun Rasulullah i tidak melarang kanak-kanak bermain secara umumnya, tetapi apabila sampai masa-masa yang tententu seperti pada penghujung petang dan awal malam kerana syaitan berlegar-legar pada waktu itu.
4- Rasulullah i menyuruh ibu bapa mengajar mereka bersolat kerana ia adalah tiang agama.
Solat adalah perkara yang pertama yang akan ditanya kepada manusia apabila manusia menghadap Allah di akhirat nanti. Justeru Allah meminta ibu bapa mengajar anak-anak bersolat sedari kecil. Ibu bapa bukanlah hanya mengajar anak-anak kaifiat bersolat, tetapi mereka perlu menyedarkan anak-anak juga apa tujuan mereka bersolat, bagaimana pensyariatan solat itu terjadi dan apa hikmat di sebalik solat yang dikerjakan sehari semalam itu.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (( مَنْ لَمْ تَنْهَهُ صَلاَتُهُ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ لَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللهِ إِلاَّ بُعْداً .))رواه الطبراني
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas Radiallahuanhuma bahawa nabi i bersabda: ((Barangsiapa yang solatnya tidak menghalangnya dari melakukan maksiat dan kemungkaran maka dia adalah semakin jauh daripada Allah.))
{HR At-Tabrani}
5- Rasulullahi hanya menyuruh ibu bapa memukul mereka kerana tinggalkan solat dan bermalas-malas untuk mendirikannya, itupun pada umur sepuluh tahun, bukan kurang dari itu dan bukan kerana perkara-perkara remeh yang lain.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ : (( عَلِّقُوا السَّوْطَ حَيْثُ يَرَاهُ أَهْلُ الْبَيْتِ ، فَإِنَّهُ أدب لَهُمْ.)) رواه الطبراني
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas Radiallahu Anhu daripada Rasulullah i bersabda: (( Gantunglah cemeti di tempat yang dilihat oleh ahli rumah, maka sesungguhnya ia dapat mendisiplinkan mereka)) {HR At-Tabrani}
6- Rasulullah i menanam semangat berusaha dan berlumba-lumba dan menggalakkan mereka dengan hadiah kerana ia dapat mengeluarkan bakat yang terpendam.
7- Rasulullah i mengasah minda para sahabat termasuklah kanak-kanak dengan bermain teka-teki.
8- Rasulullah i tidak memperkecilkan kanak-kanak.
9- Mengajar mereka adab, doa-doa dan akhlak mulia
10- Rasulullah i mengingatkan ibu bapa supaya jangan mengajar mereka menipu dan berhati-hati dengan dosa-dosa yang kecil.
YA RASULULLAH, BETAPA INDAHNYA AKHLAKMU, BETAPA LUHURNYA PERIBADIMU...
اللهم صلِّ على سيدنا محمد
*PETIKAN BUKU MOTIVASI RASUL oleh Amri Mohd Nason dan Aishah Hashimee yang bakal diterbit....
Wednesday, March 18, 2009
Ujian Allah
Ya Rabb! Terkadang diri ini selalu leka, hari ini engkau ingatkan aku betapa maut begitu mudah menjengah. Semoga engkau terus berkati sisa-sisa hidup ini ya Allah.
Seingat aku, selama tiga tahun usia Abbudey dah tiga kali dia menerima kemalangan yang menyebabkan luka agak teruk..
Pertama: sewaktu di Syria. Masa aku angkat dia atas push chair (ada org sebut stroller atau kereta sorong). untuk naik ke rumahku di tingkat tiga yang dianggap antara rumah yang tertinggi di kalangan pelajar Malaysia Syria, kalau nak panjat ke rumah aku, mesti semput. Tak tau camna, tempat pegang depan push chair tu terbuka n kena pipi dia, berdarah sikit.
-Pipi Abbudey yang berdarah terkena pemegang depan push chair_
kedua: Dia jatuh depan rumah wan dia di Kuala Ketil, berdarah kat atas mulut, sampai lani ada lagi tanda.
ketiga: kemalangan motosikal dua hari lalu dan ini luka yang paling teruk. Tapi Alhamdulillah, aku anggap Abbudeyy seorang yang tabah n kuat... Dia taklah menangis teruk sgt..Taklah merap sgt..Masih boleh bermain dengan sepupu2nya....Tapi untuk mengembirakan hatinya yang mungkin terkejut n trauma, semalam aku bw dia beli mainan di Giant, sampai biji 3 lori dia beli..takpelah, sekali sekala...
InsyaAllah, Allah akan memelihara keluarga aku n semua muslimin n muslimat..
Monday, March 16, 2009
Zoo lagi...
-Acik Yep bertindak mengawal kanak2 dari memberi beruang makan jari mereka-
-Abdullah tanpa sedikit pun rasa teruja berbanding kanak2 Ribena di blkg sana-
-Abdullah ke'boring'an kerana masih tak faham apa itu zoo-
-Baba Amri turut seronok-
-Anak emas baba ni-
-Abdullah n Abdul Rahman lena dalam kereta kerana kepenatan pulang dari zoo n kenduri kahwin-
-Driver yg keseorangan terus berjuang meredah hujan lebat utk sampai ke rumah walau penumpang semua lena-
Akhirnya kawin jugak hang
Teringat aku waktu pi buat umrah dengan kawan2 dan Sheikh Mahir (2004). Satu hari aku ngan Nasbir (pengantin baru) duduk berhadapan dengan Ka`abah seusai tawaf sunat. Ada sorang pak cik arab (orang saudi) semawa (pelawa) kami makan tamar dengan dia (sebab dia posa sunat hari tu). Selera kami jamah tamar dia dia yang segar dari ladang dia sendiri. Sambil dok makan kami bersembang bertanyakan latarbelakang dan kewarganegaraan masing2. Nasbir yang mula ta`aruf kemudian aku. Kami bagitau kat dia yang kami berdua ni dari kecik ngaji sekali, kemudian pi Syria sama-sama (2002) dan tinggal pun serumah kat sana dan juga umur kami memang sebaya.
-Aku bersama Nasbir yang kegembiraan di Kenduri perkahwinannya di Parit Buntar-
Kemarin dulu (dua hari lepas) sempurnalah perkahwinan dia dan aku habaq kat dia “hang kena cepat pulun, kawan2 sekelas kita semua dah ada anak dua tiga orang dah”.
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
Tahniah! Mubarak! Semoga AllaH berkati hidup hampa sebagai suami isteri.
Sunday, March 8, 2009
MEMORI ANAK-ANAK SYRIA YANG COMEL
GAMBAR DI ATAS DI MALAYSIA DAN GAMBAR DI BAWAH DI SYRIA...SECARA KEBETULAN DAN TANPA DIRANCANG UWAIS PAKAI BAJU BIRU DALAM DUA-DUA GAMBAR DAN ABBUDEY MEMAKAI BAJU KUNING DALAM DUA-DUA GAMBAR....CUMA USIA, TAHUN DAN TEMPAT YANG MEMBEZAKAN MEREKA...