Showing posts with label Umrah kami. Show all posts
Showing posts with label Umrah kami. Show all posts

Wednesday, August 12, 2020

Abdul Rahman nak jadi imam Masjidil Haram

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 27/12/2019

"Mama tau, masa dekat Mekah, abang doa abang nak jadi imam Masjidil Haram." Abang Abbudey mula bercerita.

Moga kita dapat sentiasa menjadi tetamu Allah dalam keadaan sihat sejahtera bersama seisi keluarga.

"....... tapi tak makbul." Abang Abbudey menyambung.

"Insyaallah satu hari nanti Allah perkenankan." Baba optimis.


"Prinsip mama: tak ada perkara yang mustahil di sini Allah. Insyaallah doa abang akan menjadi kenyataan."


Abdullah pula menyambung: "Adik tau macamana abang boleh jadi imam Masjidil Haram. Abang solat belakang imam, pastu bila imam kentut, abang naiklah ganti imam." 😅

Kalau tak berfikir di luar kotak, bukan Abdullah lah namanya.


Masya Allah.

Bagi saya Abdul Rahman adalah seorang yang berkeyakinan tinggi, sering menjadi imam di masjid-masjid apabila mengikut baba ke kuliah.

Kerana keyakinannya itulah dia bercita-cita menjadi imam Masjidil Haram.

Tiada yang mustahil di sisi Allah.

Insyaallah diperkenankan.

Amin.

Saturday, June 20, 2020

Barangan berguna dari MAS untuk keperluan ketika di Mekah

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 18/12/2019


Alhamdulillah beberapa barangan ini sangat berguna ketika berada di Mekah dan Madinah.


Semua penumpang MAS  mendapatbeg yang mengandungi pelbagai barangan yang berguna ketika di tanah haram ketika dalam kapal terbang menuju ke Mekah.

Baragan yang terdapat dalam beg ini ialah:


Sejadah yang nipis dan mudah dibawa ke mana-mana. Saya gunakan sejadah ini sepanjang berada di tanah haram.




Sejadah boleh dilipat sekecil ini

Terdapat juga spray wuduk, tasbih digital dan topeng muka.

Alhamdulillah barang-barang yang sangat bermanfaat sepanjang berada di Mekah dan Madinah.


Satu lagi keperluan yang saya perlukan ialah stokin tebal kerana lantai Masjidil haram yang sejuk. Tak tahan kaki sejuk.

Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan.

Besar pahala orang yang turut serta dalam mencadangkan dan memberi barangan ini kepada jemaah umrah dan haji.
Masyaallah

Monday, June 8, 2020

Kisah kasut hilang di Mekah dan Madinah

بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 14/12/2019

Walaupun sering mendengar cerita orang yang kehilangan kasut di Mekah dan Madinah  namun tidak pula saya terfikir untuk membawa kasut yang murah dan kasut lebih. 

Saya fikirkan insyaAllah saya dapat menjaga kasut dengan baik dengan membawanya dalam karung kasut. 

Namun seringkali juga risau di hati jika kehilangan kasut. 

Kali pertama kasut hilang ketika Abdullah,  baba dan Ahmad hendak keluar dari masjidil haram selepas solat subuh pada hari terakhir kami di Mekah. 

Mereka menunggu saya seperti biasa di pintu 89.

Kasut kami letakkan dalam beg bawah stroller Ahmad seperti biasa.

Abdullah dan baba mengeluarkan semua kasut dan mereka memakai kasut mereka. 

Mereka juga turut meletakkan kasut saya di atas lantai sambil menunggu saya datang dari tempat solat wanita dalam masjidil haram. 

Tak berapa saat,  kasut saya yang diletakkan di atas lantai terus ghaib. 


Mungkin ada orang tersepak. 

Bila saya tiba,  lihat kasut sudah tiada. 

Kesudahannya,  saya memakai selipar Abdullah, muat sahaja. 

Abdullah pula memakai selipar Ahmad Zaid yang sangat kecil. 

Suruh Abdullah naik atas stroller dengan Ahmad Zaid ,  dia tak mahu,  malu. 

Selepas sarapan,  saya turun ke kedai di bawah hotel dengan selipar hotel untuk membeli kasut dan kemudian mengerjakan tawaf widak selepas solat zohor. 

Sandal yang paling mudah ditemui berharga 60 riyal.  Beli sahaja memandangkan masa yang singkat nak solat zohor dan tawaf widak pula. 

Mujur ada beberapa selipar hotel. 

Sandal yang dibeli di Mekah dengan harga 60 riyal itu pula dipakai beberapa hari sahaja apabila hilang ketika letak di rak kasut di dalam masjid Nabawi selepas subuh ketika ingin masuk Raudhah. 


Letak di sini 

Saya tak mahu membawa banyak barang ke dalam Raudhah kerana khuatir tercicir kerana berhimpit-himpit, jadi saya tinggalkan  sandal tersebut di rak kasut sebelah dalam masjid nabawi. 

Ini adalah kali ke 4 saya masuk Raudhah. 

Hari-hari sebelum itu juga saya letakkan di rak kasut ini dan ia tidak hilang pun. 

Namun pada hari itu,  balik dari Raudhah tak jumpa dah sandal itu.  Malahan ramai orang yang letak kasut di rak kasut tersebut pun mengadu hilang. 

Siapa pula yang membuang kasut-kasut yang diletakkan di rak kasut. 

Padahal tidaklah lama sangat.  Dalam 2 jam sahaja. 

Saya menelefon suami yang sedang sarapan di dalam bilik hotel dan  minta bawakan selipar Abdullah ke gate 25.

Memandangkan hari masih pagi dan banyak kedai belum dibuka saya pakai dahulu selipar Abdullah. 

Tengahari sedikit, saya pakai selipar hotel semula dan beli selipar berharga 10 riyal dari kedai berhadapan Masjid Nabawi. 

Selipar 10 riyal

Ramai juga jemaah kami yang dapat pengalaman hilang kasut termasuk ibu mertua. 

Katanya lupa bahawa dia masuk dari pintu lain dan letakkan kasut di rak kasut di sana.  Dia keluar dari pintu lain dan pulang dengan stokin sahaja.  Bila ingat semula,  dia pergi mencari semula kasut, namun sudah tidak ada. Nasib baik mak bawa 2 kasut.

Jadi kesimpulannya,  bawa kasut yang murah sahaja untuk ke tanah suci. 

Thursday, June 4, 2020

Lagi pengalaman di Madinah



بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 14/12/2019

Antara kenangan di Madinah :
Kenduri di Madinah

Memasuki perpustakaan Masjid Nabawi



Hidangan selepas asar dalam Masjid Nabawi

Ahmad Zaid bergilir-gilir ikut mama dan baba ke dalam masjid. 

Jika baba ingin masuk ke Raudhah,  Ahmad akan ikut mama solat. 

Membawa Ahmad pasti akan menerima banyak coklat dan biskut. 

Berbeza betul rasa bila tak jalan dengan Ahmad. 


Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat ke tanah suci dengan keluarga 

Di kawasan telaga dalam perjalanan ke Badar. 

Alhamdulillah.. 

Monday, June 1, 2020

Kenangan Madinah 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 14/12/2019

Setelah 4 hari di Mekah, kami bergerak ke Madinah. 

Kami berjaya melakukan 3 kali umrah.  Ramai yang mengatakan sakit belakang betis akibat banyak berjalan.

4 hari sahaja di Mekah memang tidak cukup.

InsyaAllah semoga dapat kembali lagi menjadi tetamu Allah. 
Perjalanan ke Madinah dihiasi dengan rantaian bukit berbatu. 

Singgah solat di sini

Setelah hampir 8 jam,  kami sampai ke Madinah lebih kurang jam 10 malam. 

Alhamdulillah hotel sangat hampir dengan  Masjid nabawi. 

Masuk melalui pintu yang paling hampir,  iaitu pintu 15.

Antara tempat ziarah di Madinah ialah:


Pasar kurma

Membeli belah

Untuk anak menakan


Menunggu abang-abang dan baba membeli jubah

Kucing-kucing di Madinah cantik-cantik, Masya Allah 


Ziarah ke Badar,  tempat peperangan pertama. 

Sejauh 150km dari Madinah. 

Masjid Al Arisy,  tempat Nabi Sallahu Alaihi wassalam berdoa dan bermunajat sebelum bermulanya peperangan.  Dahulunya khemah,  kemudian didirikan masjid. 

Tertarik dengan bukit padang pasir yang terdapat dalam perjalanan ke Badar. 

Merpati di Masjid Quba

Di masjid Nabawi 

Ahmad Zaid terlena menunggu mama solat

Di luar masjid nabawi

Menaiki bas hijau untuk ke Masjid Qubaa 

Tiket 10 riyal seorang. 
Tiket yang boleh diulang guna selama 1 hari



Scan tiket sebelum naik bas

Teh susu 2 riyal dan teh o 1 riyal 

Hotel kami menetap di Madinah

Seperti hotel bajet sahaja


Alhamdulillah 


Alhamdulillah pengalaman yang tak dapat dilupakan 

Thursday, May 28, 2020

Pemberian yang berharga di Mekah

Entri ini ditulis pada 14/12/2019

Ketika di Mekah dan Madinah,  Ahmad Zaid selalu saja mendapat biskut dan coklat ketika di jalan atau di Masjid.

Antara pemberian yang sangat bermakna ketika di Mekah ialah ini:


Gula-gula angin  ini saya dapat dari wanita Malaysia ketika sedang tawaf untuk umrah pertama untuk kali ini. 

Wanita tersebut memegang satu plastik yang berisi banyak Gula-gula angin seperti ini. 

Mungkin dia beli banyak dari Malaysia. 

Masya Allah... 

Gula-gula angin ini sangatlah bermanfaat kepada saya dan juga jemaah lain kerana berada di Mekah dan Madinah sering kita diserang sakit tekak dan batuk. 

Masya Allah. 

Pemberian yang bermanfaat dapat digunakan oleh orang ramai. 


Alhamdulillah 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...