Sunday, February 27, 2022

Sebelum dan selepas PhD

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/2/2021


Soalan sebelum habis phD:


"Bila nak habis menulis ni?".



"Laaa tak habis lagi ke? Lamanya."


Soalan bila dah habis phD.


"Takkan tak tau kot, ko kan doktor phD."


😑😑😑


__________________________________


🧕🏻: Lepas habis buat phD ni, nak buat apa pulak ye?


🧔🏻: Beramal.

_________________________________




ISLAH (PERBAIKI) DIRI DAN MASYARAKAT DARI SUDUT AKIDAH DAN AKHLAK BERPANDUKAN SURAH LUQMAN, KAJIAN TEMATIK.


Begitulah terjemahan tajuk tesis ini. Dengan taufiq dan Inayah Allah, ia berjaya diselesaikan. Alhamdulillah. 


Soalan yang diajukan oleh suami:

"Berapa banyak jiwa yang dah mama islahkan?"


Lebih sentap dari soalan-soalan penilai ketika Viva. Nasib baik penilai tak tanya soalan ni.😅


Moga-moga dapat melaksanakannya.


Islah bermula dari diri, keluarga dan masyarakat. Insyaallah.

Thursday, February 24, 2022

Detik hijrah diri

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/2/2021


Dalam hidup kita juga ada detik yang merubah diri kita samada melalui pengalaman orang lain, insan yang hadir, buku yang dibaca, nasihat yang diterima...dan lain-lain.



Satu malam, saya terbaca blog yang mengubah diri saya dan lebih berazam untuk lebih mendidik anak-anak.


Ketika berjuraian air mata mengenangkan diri yang tak serius mendidik anak-anak berbanding penulis blog tersebut (beberapa tahun selepas itu, kami pergi ziarah beliau di Kelantan, menjalinkan hubungan persahabatan)


Ia adalah satu detik hijrah.

Monday, February 21, 2022

Tentang buku: Berani Berhijrah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/2/2021


Kita tak tahu detik mana yang akan merubah diri kita?


Kita juga tidak tahu apakah kita berperanan merubah hidup orang lain kepada lebih baik?



Semua orang punya pengalaman, tapi tak semua mahu berkongsi. Tak semua juga punya kebolehan untuk mencatat semula untuk manfaat orang lain.


Buku ini menghimpunkan kisah-kisah benar tentang detik hijrah penulis-penulis

Friday, February 18, 2022

Perasaan awal-awal buat tesis

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/2/2021

Rasa macam nak ambik berus dawai, letak sabun cuci pinggan, lepas tu tonyoh otak sampai hilang karat malas-malas tu.


Walau dengan rasa malas dan berat, perlahan-lahan melangkah, membaca, menganalisis, tulis, hantar kepada penyelia, buat pembetulan dan ulang proses ini hingga tamat.


Semua pastinya dengan pertolongan Allah.

Tuesday, February 15, 2022

Berjalan di negara orang 20 tahun lalu

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/2/2021


 "Kalau mengaji luar negara, pergilah berjalan juga, sebab belum tentu kita boleh pergi sana lagi." Selalu orang kata macam tu kan?


Untuk urusan kami berjalan dalam Syria (ketika universiti cuti), jika jauh dari Damsyik:

1. Ambil passport di universiti.

2. Cari service (van) untuk kami sekeluarga

3. Bila sampai, baru cari tempat penginapan (jangan bayangkan Agoda booking ya, HP pun belum ada internet lagi 20 tahun lalu ye adik-adik😅)



Beberapa kenangan yang masih dalam simpanan:

1. Kincir air, Hama

2. Pameran Dinosaur, Jisr Raies.

3. Halab.

4. Salji, Bludan.

5. Pameran bunga, Hadiqah Tishreen.

6. Latakia/ Tartous? (Tak ingat)


Namun ketika itu, tak berkesempatan untuk berjalan di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Turki. Jeles juga dengan kawan-kawan yang dapat pergi.

Saturday, February 12, 2022

Kenangan 20 tahun lalu

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/2/2021


 20 tahun lalu:


👦🏻🧒🏻: Bosannya duduk rumah!

🧕🏻: Pergi duduk tengah jalan raya.


Begitulah bisingnya kami 7 beradik bila tiba cuti musim panas di Damsyik, Syria. Bising dan banyak bergaduh. Paling besar belajar di universiti dan paling kecik belajar di tadika.


Pernah mak ajak panjat makam Arbain atas bukit sebab bising bosan duduk rumah😅. Maka, pergilah berjalan kaki panjat Bukit Qasiyun.



Ada juga mak abah bawa jalan² ke pesta bunga, pesta buku, pameran Dinosaur, Pantai Tartous, Pantai Latakia,Halab... Semuanya dalam Syria sahaja. Next time pula share cerita, insyaallah.


Begitulah kenangan.

Wednesday, February 9, 2022

Terkilannya seorang guru

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/2/2021


Antara perkara yang membuatkan rasa terkilan sejak PKP, sekolah dengan SOP tahun lepas ialah:

 Anak-anak sekolah rendah yang tak boleh solat di sekolah.



Ketika solat di sekolah, para pelajar akan baca zikir-zikir dalam solat beramai-ramai, guru yang bertugas akan perbaiki cara pelajar duduk antara 2 sujud, cara tahiyat....dan lain-lain. 


Beginilah antara cara untuk mengukuhkan amali solat pelajar. Setiap hari solat baca kuat dan betulkan cara solat. Ulang hingga biasa dengan cara solat yang betul.


*NOTA: GAMBAR-GAMBAR TAHUN-TAHUN LEPAS. TAHUN NI PDPR DULU.

Sunday, February 6, 2022

Rasa diri hebat?

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/2/2021


 Tazkirah pagi ini.


Hakikatnya kalau bukan kerana Allah yang beri, satu pun tidak mungkin menjadi milik kita.



Setiap apa yang kita miliki adalah kerana taufik dan anugerah Allah.


Salam Jumaat. Perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan bacalah Surah Al Kahfi

Thursday, February 3, 2022

CONTOH TAULADAN ANAK-ANAK

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 4/2/2021


Saya percaya hati ibu ayah sentiasa ingin tunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak, agar dapat mereka ikuti, dari segi ibadah, berdamping dengan Al Quran, akhlak, menuntut ilmu dan lain-lain.


Dalam aspek menuntut ilmu, anak-anak sentiasa kami bawa bersama ke kuliah di masjid (sebelum era PKP), meeting dengan penyelia (sampai anak-anak tertidur di sofa sebab meeting lama 😅), hingga untuk bentang seminar di USIM dan KUIS dulu. Orang lain bawa laptop, kami bawa laptop dan anak-anak. Moga tertumpah semangat menuntut ilmu dalam hati mereka.



Begitulah juga hati ibu ayah yang sebolehnya cuba untuk hindari sebolehnya dari mempamerkan keburukan, bimbang-bimbang dicontohi oleh anak-anak.


Namun hakikatnya kita adalah manusia yang punya banyak kekurangan dan kepada Allah jualah tempat mengharap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...