Sunday, December 31, 2023

APA SELEPAS SPM NANTI?

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


APA SELEPAS SPM NANTI?


Ke Indonesia? Ke Syria?


Mama pesan: 

Banyakkan istikharah. Doa selalu moga Allah letakkan di tempat yang baik, boleh menuntut ilmu sebanyaknya, insyaallah. Gunakanlah masa muda untuk menuntut ilmu.



Baba mama dah cuba berikan ilmu dan tarbiah sebaik mungkin. Contohilah apa yang baik dari kami dan tinggalkanlah kesalahan/ keburukan yang terlihat dari diri kami. Kami manusia biasa yang banyak salah silap.


Doa kami selalu untuk anak-anak dan anak-anak murid semoga sentiasa dalam perlindungan Allah, diberkati dirahmati Allah serta dijauhkan dari maksiat. Amin.

Saturday, December 30, 2023

KALI PERTAMA MINTA CUTI

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/11/2021


Sepanjang 4 bulan tasmik dengan ustazah, malam ni adalah KALI PERTAMA minta izin cuti.


Cuba untuk tasmik juz 13 tadi. Baru 4 ayat, tak mampu nak teruskan.



Ada ulser di bawah pangkal lidah. Sakitnya hingga ke kerongkong. Ulser sekecil itu, tapi sakitnya perit.


Terpaksa berhenti.. Semoga esok ulser semakin pulih dan dapat sambung tasmik.

Thursday, December 28, 2023

BILA ABAH MENULIS DI BLOG.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/11/2021


Dahulu ketika abah giat menulis catatan di blog abah, saya adalah followernya ( tak tau abah tau atau tak?)


Mulai detik itu, tanam azam untuk menulis, paling tidak untuk manfaat untuk anak-anak di masa hadapan, jika bukan untuk orang lain.




Tulislah. 

Mungkin ada manfaat yang boleh dikongsi. 

Mungkin ada memori indah yang boleh dikenang.

Tuesday, December 26, 2023

PENYESALAN.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/11/2021


Sejujurnya setiap kali pulang dari ziarah abah di KL, pasti ada kesal dalam hati. Tak mampu untuk santuni mak abah sebaiknya. 


Mak sangat sabar jaga abah sepanjang masa. Tapi diri ni, untuk bersembang dengan abah pun tak ada idea. BLANK!



GAGAL!


Hanya ini saja dialognya yang abah tanya. Dan saya tak mampu kembangkan perbualan.


Nak tanya abah dah makan, abah puasa. Nak tanya abah sihat, dah tanya dah masa sampai.


Hanya keheningan menyelebungi kekesalan.

😔

Monday, December 25, 2023

Ulangkaji di musim kenduri hujung tahun ni:

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Hakikat perkahwinan adalah:


1. Perkongsian cita-cita, harapan, tujuan kehidupan dan susah senang bersama.


2. Tujuan kehidupan berkeluarga: Mendekatkan diri kepada Allah, memelihara dari maksiat, membina keluarga, anak² soleh solehah untuk masyarakat Islam.










3. Dalam perkahwinan tak akan ada perkara yang 100% bahagia, seronok. Akan ada ujiannya. Banyakkan bersabar dan berdoa.


4. Perbanyakkan doa: 

 رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَ ٰ⁠جِنَا وَذُرِّیَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡیُنࣲ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِینَ إِمَامًا 

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari pasangan dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.


Ringkasan kuliah tentang tanggungjawab hidup berkeluarga:

https://www.facebook.com/share/v/B4fuq7oLUnBRZ2fp/?mibextid=jmPrMh

Sunday, December 24, 2023

Cepat kenyang?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/11/2021


Sejak akhir-akhir ni makan sikit pun dah tak lalu (Bukan promote produk kurus ya😅)



Teringat kata-kata sorang pakcik: 


"Dulu tengok abah makan camna sedap pun, tapi tak lajak, loni kita pun camtu. Bukan tak mau, tapi tak boleh p."


👨🏻: Alhamdulillah, baguslah, daripada makan banyak tapi tak kenyang-kenyang.


😅


Nota gambar: Bukan diet seimbang😅

Friday, December 22, 2023

Yang Maha Tahu Tentang Hati Kita

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis 27/11/2021


Hanya Allah yang Maha Tahu betapa kita semua berperang menghilangkan coret-coret mazmumah dalam jiwa.


Berperang untuk hilangkan hasad dengki, buruk sangka, hawa nafsu, kebencian, iri hati, cemburu...... Semuanya tersorok dalam hati.



Dan hanya Allah yang dapat mensucikan hati kita.


Agar hati ini dapat kembali kepadaNya dalam keadaan redha dan diredhai.

Wednesday, December 20, 2023

Musim Shuriken

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/11/2021


👦🏻: Mama. Ni kawan Ahmad bagi hadiah kat Ahmad sebab Ahmad dah masuk Al Quran.


Teringat dulu zaman Abang Abbudey sekolah rendah di SRITM dulu pernah ada dah musim shuriken ni. Sekarang ia kembali lagi.


Pastu musim batu


selambut, musim kapal terbang kertas, musim lawan pemadam.....apa lagi?

Monday, December 18, 2023

Kriteria Pembawa ilmu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/11/2021


Pagi ini terngiang-ngiang di fikiran hadis yang SERING dibaca oleh Dekan Kuliah Dakwah, Mujamma' S.Ahmad Kiftaro, S.Bassam Ajek dulu.


Hingga hari perjumpaan terakhir dengan siswa-siswi yang bergraduasi 14 tahun lalu pun, inilah hadis yang diulang-ulang dan disemat dalam hati kami.



عن إبراهيم بن عبد الرحمن العذري قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم


يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُلُهُ يَنْفُوْنَ تَحْرِيْفَ الْغَالِيْنَ وَ انْتِحِال الْمُبْطِلِيْنَ وَ تَأْوِيْلَ الْجَاهِلِيْنَ . رواه البيهقي


Ilmu ini akan dibawa oleh orang-orang yang adil dari setiap generasi. Mereka membersihkannya dari penyelewengan golongan pelampau, pendustaan orang-orang sesat dan ta’wilan orang-orang jahil. Riwayat al-Baihaqi.


Moga kita dan para pelajar tergolong dalam kalangan mereka ini, insya Allah

Saturday, December 16, 2023

LUASKAN DOAMU


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/11/2021


Kita tidak kurang apa pun bila mendoakan orang lain.


Masukkanlah mereka dalam doa kita:

Anak-anak, adik beradik, saudara mara, para pelajar, guru-guru, rakan taulan dan kaum muslimin semuanya.



Ibu ayah jangan lupa didoakan setiap hari.


Para Malaikat mengembalikan doa-doa itu kepada kita apabila kita mendoakan orang lain.

ANAK SOLEH SOLEHAH

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Semua kita impikan anak-anak soleh solehah. Ia memerlukan kepada KONSISTEN. 



Konsisten dalam mendidik, memberi tunjuk ajar dan contoh tauladan, bangun malam merintih berdoa. 


Semoga Allah permudahkan dan bantu kita semua.

Thursday, December 14, 2023

Ahmad Zaid , 6 tahun habis juz

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/11/2021


Alhamdulillah hari ni habis juz 30.





Doakan Ahmad Zaid dapat khatam hafazan Al-Quran di sekolah rendah seperti abang-abangnya.


Tuesday, December 12, 2023

Reading tracker: December 2023

 بسم الله الرحمن الرحيم


BACAAN BULAN DISEMBER 


Terapi diri bila kepenatan, kesedihan dan tak sihat.


Sebahagian dah habis baca, dan sebahagian lagi masih menghayati ayat-ayatnya. Memang pesyen baca buku dari kulit ke kulit. 



Terima kasih puan Aina Dayana atas template reading tracker yang comel ini💕

MASA DI RUMAH


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/11/2021


Sejak dulu usaha saya untuk membahagikan masa di rumah kepada beberapa bahagian:


1. Mengajar anak.

2. Siapkan kerja rumah.

3. Ulang Hafazan

4. Tasmik dengan ustazah

5. Membaca

6. Menulis, berkongsi ilmu.

7. Dengar kuliah dalam YouTube.



Semuanya dibahagikan mengikut KEUTAMAAN dan masa yang terluang.

Setiap hari sedikit-sedikit, namun insyaallah ada hasilnya.


Rutin 5,6 dan 7 penting untuk memberi idea, muhasabah diri dan penyelesaian kehidupan seharian.


Kita berusaha, berdoa. Insyaallah hasilnya Allah yang anugerahkan.

Sunday, December 10, 2023

TEGURAN DAN NASIHAT KEPADA PENGHAFAZ AL-QURAN.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/11/2021


Tulisan U.Abdullah Bukhari tentang penghafaz Al-Quran sering bersifat REALISTIK.



Tegurannya dirasakan bagai kena tempeleng berpusing kepala (dahsyat kan?)😅


Motivasi yang diberikan kepada penghafaz Al-Quran pula sering menaikkan semangat.


Mengulang Al Quran itu AMANAH SEUMUR HAYAT KITA.

Friday, December 8, 2023

ALAT BANTU MENGHAFAZ AL-QURAN.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/11/2021


DULU MASA ANAK SULUNG:

Gunakan pen audio untuk bantu anak hafaz Al-Quran. (Kenangannyaa...🥺)



SEKARANG ANAK BONGSU: 

Guna apps Al Quran Android untuk bantu hafaz Al-Quran.


Dan selepas dapat hafaz, tasmik dengan mama. Sebelum itu mereka berulangkali mendengar surah tersebut.


Begitulah cara anak2 belajar menghafaz Al-Quran.

Wednesday, December 6, 2023

SIAPA NAK PINDAH?

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/11/2021


 Tadi dalam kelas:


🧕🏻:Siapa yang ada nak pindah sekolah tahun depan?



👦🏻: Ana nak sekolah kat Maahad sampai masuk universiti, ustazah.


🧕🏻: (Touching ustazah) Kalau camtu belajar elok-elok, hafaz Al-Quran elok-elok, jangan kacau kawan-kawan. (Ustazah ghenyih di sebalik face mask🤭)

Monday, December 4, 2023

TIADA RAHSIA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/11/2021


2010 merupakan detik-detik awal saya menulis tentang pengalaman anak-anak menghafaz Al-Quran di Blogspot (ketika itu Facebook belum meluas dan Whatsapp belum 'lahir' lagi)


2016: Syarikat Galeri Ilmu terbitkan buku hasil tulisan kami tentang pendidikan Al Quran anak-anak.


Setiap langkah dikongsi untuk manfaat semua, tiada rahsia yang disembunyikan.



Perlahan-lahan memimpin anak-anak menghafaz dan murajaah Al Quran dari kecil dan hingga kini pun masih pantau murajaah mereka (bila di rumah).


Moga terus bersemangat dan berkekalan, insya Allah.


Moga ada manfaatnya kepada orang lain.

Saturday, December 2, 2023

FOKUS PADA KEBAIKAN.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/11/2021


Tesis untuk master dulu adalah tentang kajian Surah Yusuf.


تهذيب النفس والشهوات في ضوء سورة يوسف.


Antara pengajaran Surah Yusuf ialah FOKUS PADA KEBAIKAN.



Walau ditimpa ujian, dibuang, dibenci orang lain, dipenjara, tetap FOKUS KEPADA NIKMAT ALLAH.


Begitulah hidup kita. Walaupun UJIAN YANG MELANDA, JANGAN DILUPAKAN nikmat Allah yang melimpah ruah kepada kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...