Saturday, October 31, 2020

Balasan sebab tak suka kucing?

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 4/6/2020




Selepas anak-anak minat bela kucing saya perhatikan Masyaallah betapa Allah boleh campakkan rasa bahagia, gembira dalam hati manusia walau hanya dengan membela binatang.....melihat gelagat dan perkembangan mereka buat kita tersenyum. Pastu jadi topik wajib keluarga tiap-tiap hari cerita pasal kucing 😂😂😂🥰

Adik-beradik saya kata: "itulah balasan sebab masa kecik tak suka kucing."😂😂

Seroiusly, dulu saya selalu tengok orang yang dari kecik tak suka kucing, bila dah jatuh cinta bela kucing, tiap-tiap hari dia cerita pasal kucing. Sekarang ia berlaku pada diri sendiri.😂😂😂

Tuesday, October 27, 2020

Cattus, ibu yang penyayang

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 3/6/2020

Cattus, kucing betina bernama Marble Bengal yang kami ambil dari tuannya di Melaka ketika berusia setahun.

Cattus ketika kecil

Setengah tahun kami bela Cattus, Cattus mengandung untuk kali pertamanya.

Cattus dan Tobby

Masyaallah. Takjub dengan ciptaan Allah bila lihat Cattus pandai menjaga anak-anaknya.



Malahan kami lihat Cattus sangat kasihkan anak-anaknya. Masyaallah

Romie (anak Cattus batch pertama) dan Cattus

Dijaga anak-anaknya penuh rapi. Tak bagi anak-anak berjalan jauh sangat ketika masih kecil.

Nampak sahaja anak-anaknya sudah mula berjalan ketika berusia 1 bulan, terus dia panggil dan ambil semula anak-anaknya.

Cattus bersama anak-anaknya. Romie dan Tobby (kami bagi nama sama dengan nama arwah ayah mereka).



Cattus dan anak-anaknya batch yang kedua
(Bang Chaq -Besar, besar- , Bang Ngah dan Bang Chik -kecik- )


Masyaallah suka tengok Cattus peluk anaknya. Seekor ibu yang penyayang.🥰🥰🥰🥰

Betapa Allah boleh campakkan rasa bahagia dalam hati manusia walau hanya dengan membela binatang, melihat gelagat dan perkembangan mereka.

Alhamdulillah.

Friday, October 23, 2020

Nama anak-anak kucing

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/6/2020



Kebiasaannya nama-nama kucing, mama akan Google dan cadangkan kepada anak-anak seperti nama Romie, Romie, Tobby, Donny, Dash, Whitey, Grey, Kitty, dan Black. Inilah nama kucing-kucing yang pernah kami bela.

Kitty

Di rumah kami, hanya kucing sahaja diberikan nama.

Ayam dan kambing tak diberikan nama. Kalau tidak lagi pening kepala nak pilih nama untuk ayam dan kambing.😅


Cuma untuk anak-anak Cattus yang lahir bulan lepas (bulan 5), tak sempat nak berikan nama, fikir bila besar sikit nanti baru letakkan nama.



Tapi Ahmad banyak kali bertanyakan nama anak-anak Cattus.

Selagi tak tahu nama, selagi tu Ahmad tanya.

Lalu baba meletakkan nama bagi anak Cattus yang agak gemuk: Bang Chaq (Besaq: besar)

Kemudian: Bang Ngah.

Yang paling kecik: Bang Cik (Kecik)


Memberi nama kepada binatang juga adalah Sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam turut memberi nama kepada kuda, unta dan senjata baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Apabila kami memberikan nama kepada binatang, kami dapat rasakan lebih kasih kepada mereka walaupun selepas ketiadaan mereka.

" Teringat kat Tobby, Kitty dengan Black."

Satu lagi kepentingan memberikan nama kepada binatang adalah bila pergi klinik vet. Doktor akan minta nama haiwan untuk rekod simpanan pesakit mereka.😅

Monday, October 19, 2020

Kembali ke hobi lama yang dilupakan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 1/6/2020

Usaha untuk membeli ebook Diari Abah, hasil karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil membuatkan teringat kembali ke hobi lama suatu masa dahulu.



E-Buku yang perlu dibaca.

Info buku pernah ditulis di sini:


Hobi lama: membaca ebook.

Bagai dapat merasakan semula manisnya perasaan dapat membaca ebook yang telah dibeli hingga ke muka surat yang terakhir.



Saya pernah tuliskan tentang manfaat dan keseronokan membaca ebook di sini:



Alhamdulillah satu nikmat anugerah Allah yang dirasakan bila hati berbunga-bunga dapat memilih dan membaca ebook.🥰🥰



Thursday, October 15, 2020

Jangan masuk syurga sorang-sorang

بسم الله الرحمن الرحيم

** Entri ini ditulis pada 28/5/2020

Salah satu nasihat Arwah Ustaz Razali (Mudir tahfiz ketika di sekolah menengah dulu): " Jangan masuk syurga sorang², ajak orang ramai juga. Kalau pandai, tak cukup pandai sorang², mesti ajar dan ajak orang lain juga." Sentap, sampai sekarang pun masih ingat lagi kata² ustaz.

Semoga hidup kita dapat banyak memberikan manfaat dan inspirasi  kepada orang lain.

Kelmarin terlibat video sahabat sepengajian ketika di Syria yang berbangsa Indonesia mengajar Nahu kepada anak lelakinya di Facebook. Sangat kagum dan suka tengok suasana keluarga yang membudayakan ilmu.

Masyaallah. Rakan2 Indonesia memang terkenal dengan kesungguhannya dan ketekunan dalam menuntut ilmu ketika di Syria dahulu. Moga dapat kita contohi. Amin

Sunday, October 11, 2020

Giliran Abdul Rahman menjadi Qari Jemputan rancangan Bicara Nurani terbitan Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 25/5/2020


Alhamdulillah, beberapa hari selepas Abdullah dijemput menjadi Qari Jemputan rancangan Bicara Nurani terbitan Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah 2020, Abang Abbudey pula dijemput untuk menjadi Qari Jemputan.



Rancangan disiarkan di web tv di Facebook Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah

Abdul Rahman duduk berlatarbelakangkan tasik Maahad kerana kebiasaannya line internet di situ agak kuat, namun masih tersekat-sekat lagi.

Boleh ditonton di sini:

Alhamdulillah persediaan untuk Abang Abbudey lebih mudah kerana kami sudah ada pengalaman ketika siaran langsung Abdullah beberapa hari yang lepas.

Ketika di akhir siaran langsung

Ketika mencuba line internet bersama Teacher Norsapina


Cuma masalah line internet yang tak berapa kuat masih tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah, beberapa orang pelajar Maahad Al Iman juga turut dijemput untuk menjadi Qari Jemputan juga.



Saturday, October 10, 2020

Info buku: Kisah Malaysia Berkurung. Pesan Cinta Daripada Tuhan


بسم الله الرحمن الرحيم

Satu kepuasan bila dapat menghayati tiap patah perkataan dari awal buku hingga ke noktah terakhir.

Buku yang tidak hanya merakam kenangan PKP, tetapi mengupas pelbagai fenomena PKP termasuk menujum tilik Al Quran, Hikmah PKP yang tersembunyi, hikmah kekeluargaan, bagaimana menjadikan rumah kita tumpuan Malaikat ketika PKP.

 
Antara hasil tulisan yang saya minati, penuh informasi beserta dengan dalil. Hasil karya Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim.

 
Buku ini tentang KITA SEMUA KETIKA PKP.

Ia juga masih relevan untuk dibaca, supaya kita lebih menghargai masa PKP/PKPD dan tahu bagaimana untuk menggunakan setiap detik ketika DIKURUNG








Begini jugalah keluarga kami ketika PKP. Alhamdulillah.



Wednesday, October 7, 2020

Menang atau kalah

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/5/2020

Yang orang nampak yang menang, padahal yang kalah 2 kali ganda lagi banyak rasanya😅. 

Yang penting terus mencuba dan jangan putus asa.

Kesedihan kerana kegagalan semua itu adalah pengajaran. Kalau pergi pertandingan antara sekolah-sekolah, kalau kalah, satu bas bersedih, tapi ia akan kenangan indah tika dewasa nanti.

Begitulah lumrah kehidupan.

Kemenangan yang hakiki bila dapat mengalahkan syaitan dan hawa nafsu.

Amin.




Saturday, October 3, 2020

Rezeki 10 malam terakhir Ramadhan 1441H

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/5/2020

Alhamdulillah walaupun Ramadhan kali ini dalam tempoh pkp,  banyak rezeki yang Allah berikan.  Antaranya Cattus beranak lagi. Untuk kali kedua sepanjang kami belanya. 

Anak-anak Cattus yang pertama lahir pada pertengahan bulan Disember 2019.

4 ekor Marble Bengal yang kami beri nama Romie,  Ronny,  Dobby dan Tobby. 

Namun 2 ekor hilang dan tinggallah Dobby dan Romie sahaja. 


Romie dan Tobby

Ketika beranak pertama kali,  Cattus beranak di celahan batu,  bawah tanah di halaman rumah .

Punya Cattus nak sorokkan anaknya.

Jadi untuk kali ini,  apabila kami nampak Cattus dan sarat,  kami kurung ia di ruang tamu depan. 

Hanya sesekali sahaja dibenarkan keluar rumah waktu pagi. 

Alhamdulillah Cattus pun nampak selesa duduk di ruang tamu .


Anak-anak Cattus batch pertama



Selepas 5 bulan Cattus beranak lagi


Anak-anak Cattus batch kedua. 

4 ekor juga .

Kami kurung Cattus di ruang tamu depan dan sediakan kotak dan kain untuk tempat bersalin, namun Cattus untuk bersalin di belakang almari akuarium. 

Kambing pun beranak juga.
Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah. 


Cattus beranak belakang almari akuarium. 

Beberapa minit sebelum Cattus beranak kami jumpai titisan cecair warna koko atas lantai. 

Rupanya ia adalah tanda Cattus nak beranak. 

Terus kami biarkan Cattus di ruang tamu. 

Alhamdulillah. 

Begitulah Allah jadikan haiwan peliharaan ini sebagai hiburan menyeronokkan hati manusia. 

Alhamdulillah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...