Tuesday, December 30, 2014

Abdul Rahman Si Penulis Kamus

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara aktiviti anak-anak yang tiada Ipad, PSP........etc di rumah ialah:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Menulis kamus!


kamus BM - BI - BA

mengikut kategori

Sebenarnya idea menulis kamus ini diperolehi dari sekolah apabila ada rakan-rakan sekelas Abdul Rahman yang minat juga menulis semula kamus.

Bila Abang Abbudey tanya: "Bagus tak tulis kamus?"

Saya kata: " Mestilah bagus.! mesti nanti abang pandai Bahasa Arab dan Inggeris .."


kamus bergambar pun ada






Abang Abbudey menyalin kamus mengikut kamus pintar soleh ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya pernah tulis tentang info kamus ini di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2014/07/info-buku-kamus-bergambar-pintar-soleh.html

kamus kesukaan anak2 untuk main teka teki dan juga untuk ditenung2, dibaca..

Membaca kamus bergambar seronok juga bagi anak-anak.


Moga mereka mahir banyak bahas untuk meluaskan lagi dakwah Islam. Amin

Saturday, December 27, 2014

Mendidik anak sempena peristiwa banjir

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara perkara yang boleh kita tanamkan dalam diri anak-anak dalam peristiwa banjir yang melanda banyak negeri-negeri di Malaysia ini:


1- AMBIL TAHU
Biarkan anak2 turut serta menonton berita dan mendapat info tentang isu banjir ini.
Begitu juga bawalah ke masjid pada Hari Jumaat, banyak masjid yang berikan khutbah berkisar tentang banjir dan hikmah disebaliknya


2- DOA
Semua yang berlaku adalah dari ALLAH, ada hikmah di sebaliknya
ajarlah anak-anak berdoa agar semuanya baik-baik belaka dan semuanya selamat, InsyaALLAH.


3- DERMA
Ajarlah anak-anak bersimpati dengan musibah yang melanda saudara muslim kita dan ringankanlah tangan menderma kepada pihak-pihak yang dipercayai.

Moga semuanya selamat. Amin ya Rabb

Memujuk hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Sangat suka mengumpul dan berkongsi gambar2 dan kata-kata indah ini untuk memujuk hati dan memberi kata-kata motivasi, peringatan dan semangat untuk diri sendiri.

Antara kata2 yang amat memberi kesan dalam hati, ialah:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

maknanya:
Untuk realiti yang lebih indah,
dekatkanlah diri kepada ALLAH

maknanya:
Kalau seeseorang berkata kepada anda:
"saya ada kejutan/ beri gembira (surprise) untuk awak." tentu anda akan sangat gembira.

Bagaimana pula apabila yang berkata itu adalah ALLAH Subhanahu wa taala
dalam firmannya:
(( dan berilah beri gembira bagi orang-orang yang bersabar.))

Kamu sangka apakah yang Dia akan berikan kepadamu??

Sesungguhnya ALLAH tidak akan menghampakan:
Hamba yang menangis
Hamba yang mengadu
Hamba yang menundukkan kepalanya
kemudian berdoa

Maknanya:
Antara kerugian yang paling besar pada hari kiamat nanti ialah
kamu melihat pahala kamu dalam timbangan orang lain
"Ruginya..!!"

Ya ALLAH, jagalah lidah kami dari mengumpat.
amin.

Tuesday, December 23, 2014

Percutian di Kuala Terengganu


بسم الله الرحمن الرحيم

Pada Bulan September yang lalu, kami bercuti di Kuala Terengganu, antara tempat menarik di Kuala Terengganu ialah :

1- Muzium Terengganu

Muzium yang besar sangat. Seronok dan banyak info untuk anak2

pusing mengelilingi muzium





bg makan ikan di luar muzium



2. Pantai Batu Burok


Walaupun tak boleh mandi sebab ombak kuat, tapi banyak aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak.

Antaranya: 
Kereta kuda




Ini
.
.
.
.
.
.
.





3. TH HOTEL KUALA TERENGGANU

Kami tinggal di TH Hotel Kuala Terengganu. Hotel ada mempunyai ciri-ciri Islam.

Penting untuk kita mencari hotel yang islamik kerana ia lebih selamat untuk kita dan jua menjaga permakanan dari segi halal haramnya. Sebolehnya carilah hotel yang bercirikan Islam jika melancong. Sarapan di hotel ini juga sedap2. Ada Nasi Dagang dan Ayam masak merah




Gym di TH hotel


4. AIRPORT TERENGGANU

Sempat juga singgah ke airport Terengganu yang sangat dekat dengan Th Hotel Kuala Terengganu kerana lihat airport ini sangat cantik dari luar.





5- Masjid Kristal



6- PULAU DUYONG

Melihat kapal2 di sana




Ini di Royal Belum, Perak
dalam perjalanan balik ke Kedah


Saturday, December 20, 2014

Tips melancong ke Jakarta, Indonesia

بسم الله الرحمن الرحيم


Tips ini adalah berdasarkan pengalaman kami sepanjang berada di Indonesia.

1- SOKET ELEKTRIK

Sebelum pergi ke Indonesia, memang ada terfikir tentang soket, samada sama dengan Malaysia ataupun tidak supaya mudah nak cas HP.

Plug soket elektrik di Indonesia adalah yang lubang 2 sahaja. Jadi kena cari penyambung jika alatan eletrik kita 'berjari 3'

Ada juga hotel yang mempunyai soket tiga lubang, tapi kebanyakkanya adalah 2 lubang

2- KERETA SEWA
Ramai yang mengatakan bahawa khidmat syarikat sewa kereta yang paling dipercayai ialah SILVER BIRD. Pihak hotel juga biasnaya boleh hubung syarikat sewa kereta.

Yang kami dapat harga MPV (sesuai untuk 6 orang + bagasi yang banyak) untuk 12jam = 500ribu rupiah. Pergilah ke mana sahaja, asalkan dalam had masa 12 jam

Untuk menjimatkan wang juga, pilih hotel yang menyediakan shuttle bus dan ada tranfer ke airport secara percuma (gratis) (maklumat boleh dapat dalam web online hotel seperti agoda, trivago, booking.com, jimat banyak ribu rupiah juga



3- AIRPORT TAX
Jangan terkejut jika ketika anda ingin pulang semula ke tanah air, anda akan dicas beberapa ratus ribu di airport sebagai cukai airport.

Yang kami kena, untuk 6 orang lebih kurang 600k rupiah (atau 900k rupiah, lupa dah)

4- HOTEL
Sewa hotel boleh bandingkan harga dan jauh tempat di dalam website hotel seperti trivago, agoda dan booking.com

Kena buat banyak perbandingan dan banyak search sampai puas hati

5- TEMPAT LAWATAN
Baca banyak info dalam blog2 tentang tempat menarik di Indonesia, biasanya dalam sehari hanya boleh ziarah 1 hingga dua tempat sahaja kerana keadaan jalan yang sesak dan jem (macet)

6- TEMPAT MAKAN
Pilihlah restoren dan kedai makanan yang bersih dan halal. Jika di airport, saya lihat ada saja kedai makan yang ada sijil halal Indonesia. Itu salah satu jalan untuk memastikan tahap halal makanan di sini.

Jika masih ragu-ragu tahap halal dan kebersihan makanan di sini, bawa sahaja beberapa bekalan makanan yang tidak mudah rosak sama dari Malaysia.



Harap sedikit tips ini dapat membantu anda bercuti ke Indonesia


TEMPAT MENARIK DI INDONESIA

  1. Cianjur ( November 2014)
  2. Taman Bunga Nusantara, Indonesia
  3. Taman Safari Indonesia 2014 ( November 2014)
  4. Ziarah ke Maahad Az-Zein Al Makki, Tegalwaru, Bogor, Indonesia
  5. Percutian di Lido Lakes And Resort, Sukabumi, Bogor ( November 2014)
  6. Percutian di Jakarta dan FM7 Hotel Jakarta ( November 2014)
  7. Tips melancong ke Indonesia

Tuesday, December 16, 2014

Hari terakhir di Jakarta

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari terakhir kami di Jakarta, kami luangkan masa di FM7 hotel yang berdekatan dengan Airport Jakarta.

Hotel ini juga ditempah dari website Agoda setelah membandingkan harga di beberapa website.

Kami pilih hotel ini kerana ia sangat dekat dengan airport. Memandangkan keadaan jalanraya yang selalu macet, jadi rasanya ada baiknya tempah hotel yang terdekat dengan airport.

Dan untuk pergi dari hotel ke Airport ada shuttle bus yang disediakan oleh hotel tanpa sebarang cas untuk penghuni hotel. Untung juga tu. Shuttle bus yang selesa sesuai untuk kami 6 orang dengan beg yang banyak. Yang penting: free,, erk


Suasana di hotel.




Cumanya, oleh kerana hotel ini dekat dengan airport, jadi ramailah pelancong yang menginap di sini dan pakaiannya macam-macamlah. Jadi kenalah menjaga pandangan dari maksiat mata.

Walaupun hotel ini dekat dengan airport, jalan ke sini sangat sesak dan banyak lori yang melalui jalan ini.




Sementara menunggu menaiki kapal terbang, anak-anak bermain di kawasan ini dalam airport. Bagus juga ada tempat permainan seperti ini, barulah kanak-kanak tak jemu kena tunggu lama. Ada tempat untuk bermain dan berlari.



Kemudian dari airport ke kapal terbang perlu menaiki aerobus.




Berakhirlah cerita percutian kami ke Indonesia untuk tahun 2014


LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

TEMPAT MENARIK DI INDONESIA

  1. Cianjur ( November 2014)
  2. Taman Bunga Nusantara, Indonesia
  3. Taman Safari Indonesia 2014 ( November 2014)
  4. Ziarah ke Maahad Az-Zein Al Makki, Tegalwaru, Bogor, Indonesia
  5. Percutian di Lido Lakes And Resort, Sukabumi, Bogor ( November 2014)
  6. Percutian di Jakarta dan FM7 Hotel Jakarta ( November 2014)
  7. Tips melancong ke Indonesia

Saturday, December 13, 2014

Lido Lakes And Resort Hotel

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari safari kami terus ke Hotel Lido Lakes and resort di Sukabumi, Bogor, Indonesia.

Kami tempah hotel ini melalui online, mendapat harga termurah di Agoda selepas dibandingkan di beberapa website online tempahan internet.


Kami sampai pada waktu hampir Maghrib kerana keadaan jalan yang sangat sesak dan jam. Dari Safari ke Hotel ini sentiasa sesak (sebenarnya kebanyakkan tempat di Indonesia, selalu sahaja macet (jem)

Jalan masuk ke hotel ini juga agak teruk, berlubang, banyak kereta, dan sempit, tapi suasana di hotel ini sangat indah. Begitulah biasanya keadaan di Insonesia. Jalannya teruk sehingga kita ingat tersesat jalan, tapi bila sampai ke tempat itu, indahnya.








Terdapat playground juga


Tasik yang indah

Apa yang Abdul Rahman buat tu?

Ohhh....
Abdul Rahman selamatkan kumbang yanga lemas dalam kolam renang

kumbang yang terselamat


Biliknya juga ok. Boleh lihat di Agoda.

LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

TEMPAT MENARIK DI INDONESIA

  1. Cianjur ( November 2014)
  2. Taman Bunga Nusantara, Indonesia
  3. Taman Safari Indonesia 2014 ( November 2014)
  4. Ziarah ke Maahad Az-Zein Al Makki, Tegalwaru, Bogor, Indonesia
  5. Percutian di Lido Lakes And Resort, Sukabumi, Bogor ( November 2014)
  6. Percutian di Jakarta dan FM7 Hotel Jakarta ( November 2014)
  7. Tips melancong ke Indonesia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...