Saturday, August 9, 2014

Jemu menulis blog ?!

 بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas lebih 703 lebih entri dalam blog ini dan lebih 5 tahun menulis blog yang bertemakan pendidikan awal Al-Quran kanak-kanak, kebelakangan ini hadir rasa jemu untuk menulis blog....ha...!

Apapun saya rasa antara faktor saya rasa jemu menulis blog ini ialah:

Sudah bersekolah dan banyak dengan urusan sekolah, jadi rasa tiada apa yang boleh dikongsikan

Anak juga sedang menjalani rutin pelajar tahfiz sekarang.
Setiap hari akan, menambah hafazan-hafazan baru mengulang Al-Quran supaya hafazan lebih mantap.

Di samping membetulkan lagi tajwid dan makhraj huruf.


Apa2pun saya berdoa agar semua hasil tulisan saya dalam blog ini dipandang ALLAH dan diganjariNya. Moga ia memberi manfaat kepada semua masyarakat.

InsyaALLAH jika ada sesuatu yang bermanfaat yang boleh saya kongsikan, saya akan update.

Jika senyap sahaja, makna sibuk tiada idealah tu, harap maklum

Selamat membaca entri2 yang lama .... =)

Doakan kami

Thursday, August 7, 2014

Sekitar Syawwal 1435H

بسم الله الرحمن الرحيم

Agak lama tidak update blog... Rasanya tidak ada idea yang boleh dimanfaatkan bersama.. 

Agak lewat untuk mengucap Selamat Hari Raya kepada pembaca blog ini. Moga kita semua mendapat ganjaran puasa setahun penuh dengan menambah 6 hari puasa Syawal selepas puasa Ramadhan, INsyaALLAH.


Puasa tahun ini lebih bermakna apabila kedua-dua anak2 sudah berjaya berpuasa penuh Bulan Ramadhan, mendirikan Solat Terawih di masjid (beberapa hari yang berkelapangan, jika tidak,berjemaah di rumah).

Pagi raya
selepas pulang dari Sembahyang Raya

Sempat juga menziarahi Sheikh Muwaffaq pada hari raya ke-2 di Shah Alam sebelum beliau pulang ke negara pada malam tersebut

Beraya bersama Sheikh Muwaffaq

Sheikh memberi Abang Abbudey cuba serbannya.
Moga menjejaki jalan para pewaris Nabi
Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...